Terkini

Pelancaran Tabung Waqaf Rakyat Johor


Tabung Waqaf Rakyat Johor ini juga adalah ikhtiar kita dalam menggunakan pelbagai model Islam untuk menyuburkan kebaikan.


Apabila rakyat dan Kerajaan berganding bahu untuk menyelesaikan kemasalahan umum, maka pasti akan terjelmalah masyarakat terbaik. Alangkah indah dan menyenangkan bila setiap Bangsa Johor dan rakyat di bumi Malaysia ikhlas menjalin keeratan yang tulus, di atas nama muafakat, demi melakukan amal dan kebaikan kepada masyarakat umum.


Tabung Wakaf Rakyat Johor


Maka kerana itu, Kerajaan Negeri Johor merasakan bahawa pembangunan kesejahteraan sosial di Johor ini memerlukan sentuhan baharu. Sentuhan yang bersumberkan syarak yang berinspirasi dari ilmu wahyu yang sesuai dengan jati diri kita sebagai Muslim.


Tabung Wakaf rakyat Johor dirasmikan oleh DYMM Sultan Johor mencemar duli, pada 08 Nov 2016 turut kerajaan negeri telah menyumbangkan sebanyak RM5 Juta ke tabung wakaf dan InsyaAllah, tabung ini akan berfungsi sebagai wadah amal jariah bagi seluruh umat Islam di Johor dan cara Johor mengukuhkan muafakat Bangsa Johor.


Sudah sampai masanya negara Malaysia mencontohi negara seperti Mesir dan Turki yang mengasaskan wakaf bagi tujuan pembangunan infrastruktur mereka.


Membangun Swadaya Ummah


Diatas adalah sedikit sebanyak keterangan logo bagi tabung wakaf rakyat johor dimana setiap bentuk dan warna mempunyai maksud-maksud tersendiri yang perlu rakyat johor ketahui dan fahami demi memperkukuhkan lagi kerjasama antara satu sama lain.


Universiti Al-Azhar di Mesir mengenakan yuran yang rendah kepada pelajar dari negara mereka, manakala masjid-masjid di Turki pula sentiasa terpelihara kerana kedua-dua negara itu mengasaskan wakaf bagi tujuan tersebut.


Manakala jumlah terbaru yang berjaya diperolehi setakat ini sekitar RM13 Juta bagi Tabung Wakaf Rakyat Johor. Tahniah diucapkan kepada semua hartawan dan dermawan yang telah berbesar hati memberikan sumbangan ikhlas ini kepada tabung wakaf. Semoga kita menjadi umat terbaik yang dijanjikan Allah di dalam Alquran. insyaAllah.


Kepada rakyat johor mahupun seluruh rakyat Malaysia yang beragama muslim , haruslah kamu mengeluarkan sedikit sebanyak dari hasil pencarian itu untuk kearah kebaikan demi menjamin ekonomi ummah serta untuk membantu fakir miskin kerana semua rezeki yang kamu miliki pada hari ini adalah datangnya dari Allah.


Wakaf Menggunakan Wang Kertas


Sumber Terkait : Tabung Waqaf Rakyat Johor

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)