Terkini

Google Chrome Tanda HTTP Sebagai 'Not secure' Mulai Julai 2018

Mulai julai 2018, penyemak imbas Google Chrome akan menandakan HTTP sebagai 'Not secure' yang mungkin akan mengganggu pelawat.



Penggunaan HTTP pada hari ini mungkin sudah tidak releven lagi untuk pembangun laman web mahupun pemilik blog kerana ia boleh menyukarkan pelawat untuk akses.


Google sentiasa melakukan tahap security yang terbaik untuk memastikan internet adalah tempat yang selamat bagi pengguna dan pemilik laman web.



Jadi jangan panik dan sila rujuk posting sebelum ini mengenai bagaimana untuk memiliki Https secara percuma 90hari dari google blogspot.


HTTPS percuma untuk blogspot


** Beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan antara PERCUMA & SSL berbayar

1. Sokongan

Sijil (CA) untuk sijil berbayar komited untuk menyediakan sokongan 24/7 kepada pelangan. Sebaliknya, SSL percuma tidak membantu pelanggan jika berlaku sebarang ralat pada laman web.


2. Perlindungan Liabiliti

Secara umum, jika anda membeli sijil SSL, anda akan mendapat perlindungan liabiliti yang lebih baik daripada SSL percuma. Jika anda menjalankan kedai eCommerce, fikirkan ini sebagai insurans untuk perniagaan anda.


3. Jenis Pelbagai Pengesahan

Hanya SSL percuma yang menawarkan Pengesahan Domain (DV) dan bukan Pengesahan Organisasi (OV) dan Extended Validation (EV) . Extended Validation SSL mengambil keselamatan laman web satu langkah lebih jauh berbanding dengan pengesahan domain SSL. Ia selamat dengan proses pemeriksaan yang ketat juga membolehkan pemilik mempunyai bar alamat hijau serta tandatangan di bahagian penyemak imbas anda.


4. Tempoh Pengesahan

Sesetengah sijil SSL Percuma memerlukan pengguna memperbaharui setiap 30-90 hari. Dalam kes sijil berbayar, mereka boleh bertahan untuk tempoh 1-2 tahun.


Jadi jangan tunggu, ambil tindakan hari ini dan biarkan pelawat anda tahu bahawa laman web anda adalah selamat dan boleh membeli dengan yakin.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)