Terkini

Data Internet Di India Lebih Murah Berbanding UK Dan AS Betul Ke?

Satu kajian yang dibuat mendapati bahawa UK mempunyai beberapa syarikat yang menawarkan harga paling mahal di Eropah.



Penyelidikan dari laman perbandingan harga Cable.co.uk mendapati satu gigabyte (GB) data kos sekitar $ 0.26 (MYR 1.06) di india tetapi di UK ia menjadi mahal dengan harga $ 6.66 (MYR 26.91).


Sumber kajian mendapati kedudukkan harga data mudah alih itu terjejas setelah isu Brexit.


Di Eropah Timur Poland adalah yang paling murah sekitar $ 1.32 setiap gigabyte di ikuti oleh Romania $ 1.89 dan Slovenia $ 2.21.



Lima Negara Teratas


India - $ 0.26

India - $ 0.26

Kyrgyzstan - $ 0.27

Kazakstan - $ 0.49

Ukraine - $ 0.51

Rwanda - $ 0.56


Lima Negara Terbawah:


Zimbabwe - $ 75.20

Equatorial Guinea - $ 65.83

Saint Helena - $ 55.47

Kepulauan Falkland - $ 47.39

Djibouti - $ 37.92


Manakala kelajuan data mudah alih di Malaysia pula setakat penilaian pada tahun 2018 adalah di tangga 79 dan pernah mengalami musim perang harga diantara syarikat gergasi telekomunikasi.


Bagaimanapun, syarikat-syarikat gergasi telco mudah alih di Malaysia telah dalam usaha memperluaskan lagi pakej kelajuan internet dengan harga yang berpatutan berbanding 5 tahun lepas.


Sementara itu, Norway dan Singapura masing-masing mendominasi carta dalam kelajuan internet mudah alih dan jalur lebar tetap yang tidak berubah sejak November tahun lepas.


Share this:

Catat Ulasan

 
HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)