Terkini

Cara Menggunakan ProxyChains Di Linux Dan Windows

ProxyChains merupakan suatu program yang mampu mengalihkan koneksi yang dibuat oleh setiap aplikasi di komputer atau telefon pintar untuk keluar melalui server proxy yang ditetapkan.



Juga boleh dikatakan adik-beradik kepada Virtual Private Network(VPN) kerana cara kerja kedua-dua juga sama dibabkan mampu alihkan semua koneksi aplikasi untuk melalui satu terowong dengan harapan tidak dapat dikesan oleh pihak pembekal perkhidmatan internet di negara masing-masing.


Namun yang menjadikan program ini beza, kita dapat membuat tetapan pada ProxyChains untuk memaksa koneksi aplikasi mana yang patut dialihkan ke server proxy berbanding dengan konsep Virtual Private Network(VPN) dimana ia akan bekerja mengalihkan keseluruhan koneksi peranti terus ke server proxy.



Dengan adanya ProxyChains, urusan menentukan koneksi aplikasi mana yang patut dialihkan demi menjaga indentiti lokasi pengguna atau dalam cubaan melepasi sekatan laman web dari pembekal perkhidmatan internet akan menjadi mudah.


Cara Penggunaan Di Sistem Linux Debian


Sila menjalankan beberapa perintah di terminal mengikut aturan yang diberi bawah ini:


- Sudo apt-get install proxychains

- Sudo nano /etc/proxychains.conf


- Pergi config paling bawah sekali dan tukarkan 'socks5 192.168.43.1 1080' mengikut setting proxy server anda serta jenis proxy iaitu http' https' socks4' socks5' berakhir dengan alamat proxy server.

- Tekan CTRL+Z untuk save dengan menekan Enter sehingga selesai, cara menggunakan pula anda perlu menjalankan perintah 'sudo proxychains firefox' melalui terminal setiap kali nak buka pelayar web atau pun kemaskini sources 'sudo proxychains apt-get update && upgrade' manakala jika ingin install aplikasi 'sudo proxychains apt-get install packages'.


Cara Penggunaan Di Sistem Windows



Tidak perlu pening cari config atau apa-apa perintah seperti linux kerana versi sistem windows memang sudah mengajar tukang programer dan pengguna hidup senang dengan hanya perlu next.. next.. finish pada program yang dinamakan Proxifier.


Untuk pengetahuan anda aplikasi Proxifier adalah jenis berbayar dan sila jangan tanya kenapa tidak sediakan pautan url untuk dapat versi penuh secara percuma disini kerana perbuatan sedemikian akan membuatkan pembangun malas nak kemaskini produk mereka kerana tiada pengguna nak sokong dari segi kewangan.


Lakukan tetapan alamat proxy server anda disitu supaya koneksi aplikasi dapat dialihkan ke proxy server luar negara demi keselamatan mungkin.


Kepada yang masih baru sila tinggalkan pertanyaan anda diruangan bawah manakala kepada yang status otai-oatai mohon jangan kecam jika ada tersalah maklumat.


Share this:

Catat Ulasan

 
HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)