Terkini

Cara Mengurangkan Penggunaan CPU Ketika Memainkan Youtube Di Pelayar Web

Sekali sekala kita sembang perihal IT, bukan apa risau ketinggalan zaman jadi sekali sekala kena juga buat pencarian di internet.



Perihal software dan hardware komputer ni jika kita seorang pengguna yang lambat menaik taraf perkakasan komputer ia boleh menggangu prestasi kerja kita.


Apabila ia memberikan kita tekanan dengan permasalahan lembab dan sering sangkut ketika guna sekaligus kerja di komputer semua gagal disiapkan.



CPU lama adakalanya bukan tidak boleh digunakan cuma teknologi yang ada itu tidak dapat menampung ciri-ciri baharu yang disediakan oleh pengeluar terutama dalam pembuatan software drivers sesebuah komponen di dalam.


Ringkas cerita penulis masih menggunakan laptop acer edisi lama yang tidak mempunyai sebarang komponen graphic untuk menyokong gambar HD, pada masa sama memory juga tidak besar seperti model baharu yang mampu mencecah sehingga 8GB memory ram dan memiliki kelajuan processor yang luar biasa.


Jadi dengan adanya komponen baharu seperti diatas pengguna memiliki kepuasaan dalam melakukan kerja editing gambar, video juga boleh memainkan video games tanpa sangkut.



Kepada yang masih menggunakan laptop variasi lama tapi gemar buka laman web youtube anda perlu memasang beberapa extension yang mampu mengurangkan penggunaan CPU ketika memainkan video kesukaan anda di youtube.


Hanya disebabkan kadar CPU anda di paras yang tinggi inilah pelayar web atau apa sahaja sedang anda guna itu akan menjadi sangkut kerana tiada lagi ruang untuk bekerja.


Kepada pengguna pelayar web chrome atau brave , sila memasang extension h264ify dan enhanced-h264ify untuk menghalang player youtube memutarkan video menggunakan codes VP8/VP9 .


Dapati codes VP8/VP9 ini memerlukan penggunaan CPU yang tinggi sekaligus menyebabkan komputer / laptop lama korang mengalami permasalahan perlahan atau sangkut ketika memainkan video di youtube atau ketika mengguna pelayar web chrome.


Cuba h264ify jika anda rasa video YouTube sangkut disebabkan guna CPU terlalu banyak, kuat guna bateri atau buat laptop anda cepat panas.


Secara tetap, youtube streaming menggunakan codes VP8 / VP9. Walau bagaimanapun, ini boleh menyebabkan komputer kita kurang berkelajuan. Sebaliknya, jika kita menggunakan codes H.264 biasanya ia dipercepatkan oleh GPU kurangkan penggunaan CPU.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)