Terkini

Motosikal Tidak Laju Seperti Baru Beli Sebab Apa?

Posting ini menceritakan tentang motosikal 4 lejang Yamaha LC135 dan seangkatannya iaitu yang memiliki komponen dan teknologi lebih kurang sama.



Nak menang memakai atau menang membaiki? pilihan di tangan korang sebab atas pengalaman penulis setiap kali bawa kenderaan baik motosikal atau kereta ke bengkel harga dalam resit mesti luar biasa sedangkan kelajuan tetap tahap tu je.


Sebelum ini penulis ada sediakan artikel berkaitan motosikal boleh rujuk di pautan Motosikal Semput. Posting itu menceritakan tentang segala macam coil api dari murah hingga mahal dan dari mudah hingga susah semuanya bergantung pada kerajinan masing-masing.



Semestinya kita tahu setiap motosikal baru pasti sedap dan selesa manakala motosikal lebih 5 tahun serba kekurangan dan tiada kelajuan. Penelitian penulis akan isu ini ialah faktor 'kewangan' masing-masing kerana kalau ia mencukupi komponen lama pun boleh ganti baru jadi tidak perlu beli motosikal baru kecuali kita memang ada niat nak pakai model baru.


Setiap kelajuan sebenarnya terletak pada mata kita kerana ada spesis pakai kapcai jer tapi dalam hati ingat pakai superbike maka macam-macam komponen racing dia nak pasang dan akhirnya laju tahap tu juga.


Manakala kalau motosikal korang benar-benar hilang kelajuan atau terasa macam tidak normal sehinggakan naik bukit pun tidak bertenaga apa lagi nak memotong kenderaan itu tandanya korang kena periksa dan servis beberapa komponen.


1 . Sparkplug

2 . Carburetor

3 . Rantai / Sprocket

4 . Valve / Piston

5 . Clucth plate / AutoShoe

5 . Minyak Hitam


Selebihnya korang boleh periksa bahagian coil api contoh CDI dan lain-lain tapi jika coil api bermasalah motosikal korang akan kerap mati enjin dan tersenguk-senguk macam kuda.


Tapi kalau enjin maintain jer walaupun dah pulas minyak habis tetap tak nak pergi juga tak kira gear 1 mahupun 4 haa masalah tu wajib korang cuci Carburetor kerana itu adalah tanda petrol tersumbat dalam jarum atau lubang angin Carburetor tu tersumbat sebab itu dia tidak boleh bernafas dengan baik.


Selepas cuci Carburetor haa periksalah sprocket dan rantai kut dah guna terlalu lama maka kekuatan untuk bekerja pun turut tidak lancar.


Valve / Piston pula ciri kerosakan adalah mengeluarkan asap putih ketika pulas minyak atau enjin berbunyi bising seperti ada ketukkan orang namakan sebagai masalah 'Tappet' atau handle rasa terlalu bergegar maka ini dinamakan sebagai penyakit valve bocor atau piston calar.


Minyak hitam adalah perkara wajib dan selalu kena tukar setelah ia hitam kerana minyak enjin ni yang melindungi segala macam komponen dalam enjin supaya lancar semasa pembakaran api turut menjaga hayat clucth plate.


Clucth plate ni ada hayat bila mana kevlar dia menipis atau longgar jentara korang tidak mempunyai kelajuan seperti biasa sebagai contoh naik bukit kalau boleh nak pakai gear 1 sebabnya gear 3 atau 2 macam tiada cengkaman. Tapi ada jenis enjin motosikal membenarkan pengguna mengikat sedikit ketat bahagian clucth plate dan selepas itu enjin sudah mula terasa mencengkam semula.


Artikel ini bukanlah ditulis oleh pomen tapi ia berdasarkan pengalaman pengguna, mana-mana info yang tidak benar atau tidak tepat sila tinggalkan pada ruang komen dibawah.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)