Terkini

Pengalaman Buat Pemeriksaan Puspakom Premier - Mobile Van

Puspakom telah menaik taraf tahap perkhidmatan mereka iaitu pemeriksaan secara out-door ekoran pandemik covid-19.



Perkhidmatan mobile van premier sangatlah sesuai kepada pemilik yang malas beratur menunggu lama di pusat pemeriksaan Puspakom. Harga yang ditawarkan bermula dari RM100 dan keatas mengikut perkara-perkara yang anda pilih.


Penulis anggap harga yang dikenakan sangat berpatutan disebabkan mereka akan datang ke lokasi kita untuk melakukan pemeriksaan dan jauh berbeza dari SOP di pusat mungkin disebabkan bayaran mahal kut.




Pemeriksaan puspakom ini terpaksa buat disebabkan kenderaan pernah digunakan sebagai pengangkutan E-hailing jadi syarat yang dikenakan oleh bekas kerajaan Pakatan Harapan(PH) sebelum ini adalah diwajibkan menjalani pemeriksaan setiap tahun walaupun menggunakan kenderaan sendiri.



Syarat ini juga telah dibawa dan diguna pakai sehingga kerajaan Perikatan Nasional(PN), jadi penulis telah membuat keputusan untuk membatalkan akaun E-Hailing dan kembalikan status kenderaan ke 'individu'. Tempoh pemeriksaan mobile van premier Puspakom mengambil masa sekitar 1-2jam turut bergantung tahap kelajuan sistem mereka.


Dalam mobile van diorang lengkap dengan komputer, pencetak dan lain-lain jadi selepas diorang buat pemeriksaan tidak lama begitu terus dapat salinan laporan selalunya LULUS jika kenderaan anda sudah siap sedia mengikut syarat yang ditetapkan oleh JPJ/Puspakom.



Tapi jika gagal, harap bertabahlah dan cuba lagi pada hari lain, mengikut kes kenderaan penulis iaitu E-Hailing jika telah melepasi tarikh pemeriksaan Puspakom maka sebarang kerja memperbaharui insurans tidak akan dibenarkan sama sekali.


Walaubagaimanapun perkhidmatan Mobile Van Premier ini sangat sesuai jika anda seorang yang menghargai masa tambahan lagi semasa isu covid-19 adalah lebih baik berada dirumah, namun jika masih inginkan penjimatan boleh sahaja terus walk-in atau membuat temu janji terdahulu.



Semasa artikel ini ditulis adalah jatuh pada hari Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia(PKP) maka ketika ini juga kebanyakkan kaunter kerajaan tidak dibuka atau perlu membuat temujanji atas talian dahulu termasuk kaunter JPJ dimana tidak semua urusan boleh dibuat semasa musim PKP.


Mujur selepas dapat laporan puspakom terus dibenarkan untuk membeli insurans kenderaan jika tidak memang niaya jugalah nak menunggu tempoh PKP tamat baru boleh berurusan di pejabat JPJ untuk pertukaran status kenderaan sekaligus untuk dapatkan cukai jalan.


Maklumat lanjut

https://www.puspakom.com.my/premier-mobile-inspection/

Tempahan atas talian

https://www.mypuspakom.com.my/


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)