Terkini

Gaya Hidup Sihat : 8 Perkara Yang Perlu Anda Amalkan

Gaya hidup sihat melibatkan keseimbangan dari pelbagai aspek seperti kesihatan fizikal, mental emosi dan rohani.


gaya hidup sihat

Tahukah anda tubuh badan kita juga seperti mesin dimana perlu dijaga dengan baik oleh itu sila pastikan emosi sentiasa berada dalam kondisi yang baik.


Dibawah mempunyai beberapa perkara boleh cuba amalkan supaya dapat menjalani gaya hidup sihat dengan tenang dan gembira.



1. Beribadah - Menjaga Solat dan melakukan hal kebaikan bagi orang muslim sangatlah penting kerana ia menandakan kita sentiasa dekat dengan Allah maha besar.

2. Sedekah - Amalan bersedekah ini bukan sahaja dapat menyucikan harta namun ia turut mampu menenangkan jiwa serta rohani seseorang.

3. Makanan Berkhasiat - Miliki pola makanan sihat dari pelbagai jenis makanan yang seimbang seperti buah-buahan, sayuran, biji-bijian, protein sihat dan lemak sihat. Elak makanan segera seperti fast food dan makan dalam kuantiti sederhana.

4. Bersukan/Bersenam - Melakukan aktiviti fizikal secara teratur ini termasuk berjalan kaki, berlari, berbasikal, berenang atau bersukan yang diminati anda.

5. Rehat/Tidur - Pastikan tidur anda menerima jumlah yang mencukupi, biasanya antara 7-9 jam untuk orang dewasa. Tidur yang cukup diperlukan untuk pemulihan fizikal dan mental serta untuk keseimbangan hormon oleh itu pastikan tidur awal diwaktu malam.

6. Tabiat Buruk - Elak dari merokok mahupun asap rokok, kurangkan alkohol bagi(Non-Muslim) dan penggunaan barang terlarang seperti dadah.

7. Menjaga Mental - Berbual dengan seseorang yang rapat jika anda mengalami masalah emosi serta dapatkan nasihat dari pakar kesihatan mental.

8. Positif - Sentiasa dalam keadaan tenang dan berfikiran positif kerana ia sangatlah membantu dari melakukan perkara yang buruk.


Akhir kata sila hargai orang sekeliling terutama jiran-jiran kerana tanpa komunikasi yang baik mungkin akan berlaku salah faham sekaligus akan ganggu emosi setiap masa.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)