Terkini

Tealive Promo RM2.50 :Touch 'n Go Digital Wallet

7:25:00 PTG

Touch 'N Go E-wallet telah mula diperkenalkan secara menyeluruh di lokasi-lokasi yang terpilih terutama kedai minuman Tealive di seluruh Malaysia.



Jika kita mengintai di negara China rakyat mereka memang boleh dikatakan sudah sepenuhnya menggunakan pembayaran digital tanpa ragu-ragu. Manakala Malaysia juga tidak ketinggalan akan teknologi sebegitu kerana pada tahun 2018 sahaja sudah banyak syarikat korporat melabur untuk pembangunan sistem dompet digital.


Walaupun dapat saingan dari syarikat teknologi dari China tapi di Malaysia sendiri telah mempunyai saingan tersendiri. Cara pemasaran mereka untuk menarik pengguna juga telah dipelbagaikan salah satu yang trending sekarang pengguna boleh menerima sejumlah pulangan tunai selepas melakukan pembayaran mengguna app mereka.



Dapatkan minuman Tealive dengan harga serendah RM2.50 tertakluk terma dan syarat.


Harga promosi RM2.50 hanya sah pada minuman harga RM6.50 sahaja selebihnya pelangan harus tambah dengan duit sendiri dan pastikan baki dompet digital mencukupi kerana mereka tidak boleh terima separuh dari dompet digital dan separuh lagi tunai.


Perkara diatas telah kami buat pengesahan pada beberapa cawangan Tealive yang terpilih dan untuk pengetahuan anda kedai minuman ini bukan sahaja menerima dompet digital dari Touch 'N Go malah ia turut menerima dari pelbagai jenama dompet yang lain.


Cara pembayaran sangatlah mudah dimana anda hanya perlu memuat turun app touch 'n go E-Wallet dari gedung playstore atau apple mengikut telefon pintar anda masing-masing.



Tempoh promosi ini adalah sah sehingga hujung tahun 2018 ini jadi mana yang belum silakan daftar dan tambah nilai untuk dapatkan harga istimewa untuk minuman Tealive.


Untuk maklumat terma dan syarat sila layari laman web https://www.tngdigital.com.my/promotions/tealive-promo.html


Percutian Singkat Ke Temerloh - Go'Bang Maju

11:49:00 PG

Negeri Pahang tidak hanya terkenal dengan lokasi percutian malah ia turut mempunyai tarikkan ikan patin tempoyak yang superrr!!



Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Temerloh memakan masa sekitar dua jam jika kekalkan pemanduan yang baik dan paling penting ia bukan pada hari perayaan atau cuti sekolah.


Jika pergi ketika musim cuti haaa mendapatlah korang kesesakkan lalu lintas yang luar biasa apa pun sila rancang perjalanan terdahulu sebelum membuang masa diatas jalan raya.



Ikan patin tempoyak di Temerloh patut anda cuba.


Setelah puas pusing temerloh maka perut pun sudah mula memberikan signal luar biasa maka kami pun mencari lokasi ikan patin tempoyak yang terdekat iaitu Go'Bang Maju yang betul-betul berada di tepi jalan berbanding yang lain-lain ada yang kata kena masuk kawasan pendalaman.



Hidangan yang diperkenalkan oleh restoran ini sungguh unik kerana lauk-pauk yang disediakan semua sudah berada didalam piring atau bekas masing begitu juga set nasi yang telah disertakan daun salad dan sambal belacan.


Kami memuji restoran ini kerana harga lauk pauk telah ditetapkan mengikut pingan atau mangkuk, maksudnya korang hanya ambil sahaja mana-mana lauk pauk yang telah disediakan itu kerana setiap kuantiti lauk dalam bekas itu sudah pun diletakkan harga tetap.


Cara perniagaan mereka jauh berbeza dari kedai nasi campur yang masih mengekalkan harga tidak menentu kepada pelangan setianya. Kebiasaan jika kita menikmati makanan di kedai nasi campur yang hari-hari kita datang tapi malangnya terpaksa membayar harga yang berlainan setiap hari walaupun hidangan lauk yang sama.



Pendapat dari pemilik restoran berkata semalam kuantiti lain hari ini kuantiti pun sudah pasti berbeza dan oleh kerana itu harganya turut berbeza setiap hari. Nahh, logik tak jawapan dari pemilik kedai makan nasi campur?? manakala pendapat pelangan pula ia sudah pasti tidak masuk akal disebabkan tiada cara untuk sukat kuantiti hidangan itu.


Jadi apa yang kami dapat pelajari dari perniagaan Go'Bang Maju adalah pemiliknya sudah menyukat lauk pauk bersama harga mereka menggunakan piring atau bekas yang disediakan dan pelangan hanya perlu ambil berapa bekas yang diperlukan.


Cari penginapan bajet di kawasan Temerloh, sila gunakan kotak carian agoda dibawah.


Advertisement

Luno Merancang Buka Ibu Pejabat Di Malaysia

11:06:00 PTG

Syarikat cryptocurrency yang berpusat di London Luno telah mengumumkan rancangan untuk membuka sebuah ibu pejabat di Malaysia pada tahun 2019.



Dalam satu sumber, syarikat pertukaran cryptocurrency dan pengendali dompet digital crypto yang dipercayai di Malaysia mengatakan mereka menjangka akan melabur lebih RM25 juta dalam ekonomi Malaysia.


Pelaburan itu turut membuka peluang besar kepada rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi yang mempunyai sekitar lebih 100 bidang pekerjaan yang akan di perkenalkan."Kami percaya bahawa industri cryptocurrency memegang janji besar kepada Malaysia dan kami berharap dapat menonjolkan Malaysia sebagai pemimpin revolusi digital di Asia Tenggara," Kata David Low ketua Luno Asia Tenggara.


Sebelum ini syarikat ini dikenali sebagai BitX dan diberi nafas baharu dengan menukar nama app kepada Luno dan mengekalkan nama syarikat sebagai BitX. Luno juga berharap keputusan kerajaan Malaysia tentang penubuhan rangka kerja untuk meluluskan pertukaran wang crypto serta penubuhan organisasi.



Luno menanti berita positif dari kerajaan baharu Malaysia mengenai penerimaan cryptocurrency.


Syarikat pertukaran cryptocurrency ini juga telah menghadapi masalah setelah akaun mereka di Malaysia telah dibekukan semenjak Januari tahun ini oleh kerajaan sebelum ini atas beberapa masalah seperti cukai dan lain-lain.


Dalam proses kemaskini pihak Luno mengumumkan mereka masih dalam proses perbincangan bersama rakan-rakan perbankan di Malaysia untuk mengizinkan semula proses deposit dijalankan.


Pada bulan April syarikat itu mengumumkan bahawa ia telah didaftarkan secara rasmi dengan Bank Negara Malaysia(BNM) seperti yang dikehendaki demi pencegahan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.


Advertisement

Rebut Ganjaran Berganda Bpoints Di Caltex Yang Terpilih

11:41:00 PG

Kempen ini dikeluarkan oleh Chevron Malaysia dan terbuka kepada semua pemegang Caltex card dan Bcard.



Cara mendapatkan mata ganjaran 3x ganda setiap liter di station Caltex yang terpilih adalah pelangan harus mempunyai Caltex Card atau bcard mana yang belum ada silakan daftar di mana-mana petrol pump caltex berdekatan.


Kempen promosi ini hanya sah pada station Caltex terpilih di perak sahaja dengan bermula pada tarih 1 oktober sehingga 31 disember 2018. Masa yang ditetapkan adalah dari jam 2pm sehingga 5pm.



Anda harus mengisi petrol sambil memberi caltex card pada masa dan lokasi yang ditetapkan.


Pelangan caltex yang luar kawasan pula sila bertabah dan tunggu kempen seterusnya. kawasan caltex yang terpilih adalah seperti gambar dibawah mana yang dekat tu bolehlah singgah sambil mengumpul mata ganjaran berganda dan bila dah banyak boleh menebus mata ganjaran di lokasi yang terpilih.



Pengalaman kami bersama kempen Caltex pernah memenangi mata ganjaran sebanyak 3000 Bpoints ketika itu adalah musim perayaan dimana setiap pembelian petrol harus mengambil gambar resit dan hantar kepada pihak penganjur melalui borang atas talian. Bila tempoh kempen itu tamat kami dapati ada SMS dari penganjur dimana kami telah layak menerima Bpoints.


Tanpa berlengah lagi kami pun carilah tempat yang boleh tebus dan pilihan kami adalah kedai minuman TeaLive, nilai Bpoints ketika itu adalah (100pts - RM1) maka keseluruhan yang kami ada (3000pts - RM30) kira puas jugalah beli minuman.


Laman Web 'Drama Fever' Telah Ditutup

11:40:00 PG

Drama Fever kesukaan kaum wanita terutama di Malaysia sudah meninggalkan peminatnya.



Hidupkan TV tersiar pula drama korea yang boleh dikatakan layan jugalah tapi yang tak seronoknya terpaksa buang masa untuk menonton beberapa episod iklan dari pihak penyiaran.


Tiada masalah jika iklan itu dimainkan sikit, cumanya yang jadi masalah boleh dikatakan kau sempat masuk tandas keluar tandas pun masih sesi pengiklanan TV.


Oit mana nak tahan kalau masa yang ada dibuang begitu sahaja, tapi beginilah situasi ketika zaman menonton filem dari syarikat penyiaran TV di Malaysia.


Apakah Alternatif Yang Terbaik Buat Masa Ini?


Nak dibandingkan kemudahan sekarang dengan dahulu memang jauh ketinggalan dimana telefon ketika dulu tidak secanggih sekarang kata orang siap boleh nonton filem berbayar seperti Viu bagi yang minat cerita korea.


Walaubagaimanapun masih wujud lagi laman web yang menyediakan kandungan tidak berbayar tapi korang akan terasa kembali ke zaman TV disebabkan kandungan laman web itu mempunyai sistem pengiklanan yang melampau.


Tapi jangan risau kerana ramai yang dah sedia maklum apabila mempunyai saluran menyediakan kandungan percuma pasti akan terselit iklan. Secara logiknya jika mereka menyediakan kandungan percuma tanpa meletakkan iklan maka siapa yang nak tanggung kos operasi?


Jadi pilihan aku setelah Drama Fever dan lain-lain saluran yang percuma bakal ditutup, maka ambil keputusan tutup mata langan sahaja Viu dengan harga RM10 sebulan. Apalah sangat jika nak dibandingan tiada gangguan iklan dan masa semasa menonton iklan tu dapat digunakan untuk episod yang seterusnya.


Pula tu jika siaran TV satu drama hanya dimainkan sehari sahaja manakala jika saluran berbayar dalam sehari tu korang nak nonton drama tu sampai habis pun tiada masalah.


Cumanya cadangan diatas itu sesuai untuk golongan yang gila drama korea, kalau yang suam-suam tu eloknya tak perlu langan sebab ia akan jadi satu pembaziran.



DramaFever sudah beroperasi selama 9 tahun dan ditutup pada 16 october, jadi imagine berapa lama dia cuba bertahan dalam arena penyiaran dalam internet itu belum kira keuntungan yang dibuat melalui subscribers mereka.


 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)