Terkini

Motosikal Tidak Laju Seperti Baru Beli Sebab Apa?

7:10:00 PTG

Posting ini menceritakan tentang motosikal 4 lejang Yamaha LC135 dan seangkatannya iaitu yang memiliki komponen dan teknologi lebih kurang sama.



Nak menang memakai atau menang membaiki? pilihan di tangan korang sebab atas pengalaman penulis setiap kali bawa kenderaan baik motosikal atau kereta ke bengkel harga dalam resit mesti luar biasa sedangkan kelajuan tetap tahap tu je.


Sebelum ini penulis ada sediakan artikel berkaitan motosikal boleh rujuk di pautan Motosikal Semput. Posting itu menceritakan tentang segala macam coil api dari murah hingga mahal dan dari mudah hingga susah semuanya bergantung pada kerajinan masing-masing.



Semestinya kita tahu setiap motosikal baru pasti sedap dan selesa manakala motosikal lebih 5 tahun serba kekurangan dan tiada kelajuan. Penelitian penulis akan isu ini ialah faktor 'kewangan' masing-masing kerana kalau ia mencukupi komponen lama pun boleh ganti baru jadi tidak perlu beli motosikal baru kecuali kita memang ada niat nak pakai model baru.


Setiap kelajuan sebenarnya terletak pada mata kita kerana ada spesis pakai kapcai jer tapi dalam hati ingat pakai superbike maka macam-macam komponen racing dia nak pasang dan akhirnya laju tahap tu juga.


Manakala kalau motosikal korang benar-benar hilang kelajuan atau terasa macam tidak normal sehinggakan naik bukit pun tidak bertenaga apa lagi nak memotong kenderaan itu tandanya korang kena periksa dan servis beberapa komponen.


1 . Sparkplug

2 . Carburetor

3 . Rantai / Sprocket

4 . Valve / Piston

5 . Clucth plate / AutoShoe

5 . Minyak Hitam


Selebihnya korang boleh periksa bahagian coil api contoh CDI dan lain-lain tapi jika coil api bermasalah motosikal korang akan kerap mati enjin dan tersenguk-senguk macam kuda.


Tapi kalau enjin maintain jer walaupun dah pulas minyak habis tetap tak nak pergi juga tak kira gear 1 mahupun 4 haa masalah tu wajib korang cuci Carburetor kerana itu adalah tanda petrol tersumbat dalam jarum atau lubang angin Carburetor tu tersumbat sebab itu dia tidak boleh bernafas dengan baik.


Selepas cuci Carburetor haa periksalah sprocket dan rantai kut dah guna terlalu lama maka kekuatan untuk bekerja pun turut tidak lancar.


Valve / Piston pula ciri kerosakan adalah mengeluarkan asap putih ketika pulas minyak atau enjin berbunyi bising seperti ada ketukkan orang namakan sebagai masalah 'Tappet' atau handle rasa terlalu bergegar maka ini dinamakan sebagai penyakit valve bocor atau piston calar.


Minyak hitam adalah perkara wajib dan selalu kena tukar setelah ia hitam kerana minyak enjin ni yang melindungi segala macam komponen dalam enjin supaya lancar semasa pembakaran api turut menjaga hayat clucth plate.


Clucth plate ni ada hayat bila mana kevlar dia menipis atau longgar jentara korang tidak mempunyai kelajuan seperti biasa sebagai contoh naik bukit kalau boleh nak pakai gear 1 sebabnya gear 3 atau 2 macam tiada cengkaman. Tapi ada jenis enjin motosikal membenarkan pengguna mengikat sedikit ketat bahagian clucth plate dan selepas itu enjin sudah mula terasa mencengkam semula.


Artikel ini bukanlah ditulis oleh pomen tapi ia berdasarkan pengalaman pengguna, mana-mana info yang tidak benar atau tidak tepat sila tinggalkan pada ruang komen dibawah.


Motosikal Semput Adakah Masalah Coil Api ? Jom Ambil Tahu

1:37:00 PTG

Motosikal adalah kenderaan yang paling berisiko diatas jalan raya namun ia juga paling banyak digunakan oleh masyarakat.


Walaupun motosikal adalah pilihan utama oleh sebahagian masyarakat di asia termasuk Malaysia namun masih ramai yang tidak ambil peduli tentang Penyelerangaan bagi mencegah dari berlaku kerosakan kritikal.


Berbalik pada tajuk sebab apa motosikal terasa semput sehingga terasa seakan nak mati enjin semasa menunggang? jawapannya mengikut pengalaman penulis semasa menunggang motosikal Yamaha LC135 selalunya ia berkaitan dengan Coil Api.



Coil api? bahagian mana tu sebab pomen cakap cecah ratusan ringgit juga kalau nak ganti.

Ya benar, memang akan dikenakan sehingga ratusan ringgit jika anda meletakkan sepenuhnya tanggungjawab kepada pomen di bengkel(juga pomen kengkawan). Kepada pomen yang ada bengkel mereka perlu melunaskan komitmen semasa contoh sewaan bengkel dan alatan yang lain maka tidak hairan bila buka bil jer cecah ratusan ringgit.


Kepada yang selalu takut bila dengar bunyi Coil api, selepas habiskan bacaan artikel ini korang tidak lagi perlu risau kerana penulis akan terang apa itu yang dikatakan coil api dan manakah yang perlu korang diagnosis dahulu.


Perkara Diagnosis ni kalau korang letak sepenuhnya kepada pomen bengkel maka korang tidak akan ketahui berapa bajet Ringit Malaysia yang perlu keluar dari poket.



Coil api ini sebenarnya satu sahaja iaitu fungsinya akan mengecas semula bateri motosikal selepas dihidupkan enjin ia dipanggil sebagai coil magnet. Tapi sebelum tenaga api itu menuju ke bahagian bateri haruslah melalui regulator atau dikenali sebagai katab(item ni pun orang panggil sebagai coil api) maka jangan keliru dengan mitos tersebut.



Selepas melalui katab seperti dalam gambar diatas ini tenaga api tersebut akan disalurkan kepada bateri untuk kerja pengecasan berterusan dan sekaligus akan menyalakan setiap mentol lampu terutama lampu hadapan.



Seterusnya tenaga api dari CDI pula akan mengawal jumlah tenaga api yang akan disalurkan kepada Coil Plug(sparkplug) untuk melajukan enjin atau disebaliknya iaitu semput macam enjin nak mati semasa menunggang.



Diatas ini adalah beberapa item yang selalu dipanggil sebagai Coil Api dan perkataan ini juga selalu digeruni oleh pengguna motosikal empat lejang atau scooter. Dan perkataan ini juga pernah mengoyakkan poket seseorang jikalau meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada pomen.


Bila korang sudah tahu setiap gambar item diatas ni maka senanglah penulis nak ulas lebih lanjut tentang bagaimana nak Diagnosis, bermula dari sumber penjana api iaitu coil magnet sehingga akhir.


Coil Magnet

Berfungsi secara automatik selepas ia dihidupkan sebagai contoh selepas enjin motosikal dihidupkan cuba korang cabut kabel bateri, jika enjin masih bergerak itu tandanya coil magnet dalam kondisi yang baik jika disebaliknya ia perlu ditukar.


Katab

Pastikan mentol lampu hadapan ada hitam(kesan hangus) dan kerap terbakar, maka puncanya adalah katab gagal mengawal tenaga api dengan sempurna dan menyebabkan api berlebihan.


Bateri

Jangka hayat sekitar 1 tahun sekali patut ditukar, cara mengesan bateri kong bilamana starter tangan gagal berfungsi atau lampu meter tidak menyala selepas kunci dalam keadaan ON. Tapi kalau bateri ini kong kurang dari setahun itu tandanya barang tiruan atau katab sudah mula menandakan ingin rosak.


CDI atau ECU

Item ini kerja dia adalah menghidupkan enjin dan menstabilkan kelajuan enjin dengan cara mengawal kemasukkan api kepada sparkplug. Item ini juga selalu pomen racing offer kepada kaki modi jentera konon boleh menambah kelajuan sebab tiada cut off. Cara mengesan CDI ni rosak adalah ketika motosikal korang terasa semput atau secara tiba-tiba mati enjin semasa menunggang tidak lama kemudian boleh dihidupkan semula pastu mati semula atau terus tidak boleh dihidupkan.


Coil Plug

Item ini pun sama seperti CDI, ia bekerja mengeluarkan percikkan api kepada sparkplug bagi menambah kelajuan atau disebaliknya sebagai contoh jika percikkan api kurang atau tiada langsung mana mungkin sparkplug dapat menyalurkan tenaga api kepada piston oleh kerana itu jentera akan terasa semput kerana api tidak mencukupi(kehabisan petrol pun semput juga).


Info tambahan

Pastikan segala wayering jentera dalam keadaan baik, kalau ada kesan putus atau gigitan tikus sila perbaiki dengan segera supaya ia tidak merosakkan alatan elektronik lain. Kalau keliling kawasan parkir jentera ada kesan najis tikus maka sila kerap bersihkan motosikal supaya tidak menjadi sarang tikus.


Akhir sekali jika nak hayat barang motosikal tahan lama sila guna barang standard ori kilang, manakala jika guna barang aftermarket seperti Racing atau lebih kepada aksesori maka sediakanlah wang yang secukupnya bagi menghadapi segala cabaran kerosakan yang bakal tiba tidak lama.


Advertisement

Jam Tangan G-Shock Edisi Terhad - MTGB1000VL4A

9:02:00 PG

Casio telah berusaha sedaya upaya untuk menjadikannya kelihatan unik. MTG-B1000VL mempunyai ton warna diilhamkan dari petir dan gunung berapi.



Setelah melihat intro dari youtube ternyata paparan kali ini mempunyai pelbagai warna antara merah, ungu, biru, dan oren berapi senang cerita memang ohsem!..


Casio telah memperkenalkan teknologi Bluetooth pada koleksi MT-Gnya tahun lalu, dan B1000VL baru juga mampu menghubungkan ke telefon pintar. Ini bukan jam tangan pintar, melainkan jam tangan yang disambungkan, dengan aplikasi G-Shock Connected berfungsi sebagai cara mudah untuk menetapkan waktu dunia dan berinteraksi dengan ciri lain seperti pencari telefon dan penggera.




Kepada sesiapa yang berminat anda boleh terus ke laman G Shock untuk melakukan tempahan awal sebelum terlambat kerana ramai yang suka terhadap produk keluaran limited.


Siri MT-G dibuat menggunakan monocoque G-Shock Carbon Core Guard , memberikan kekuatan paling tertinggi. Ia juga mampu menahan gegaran seperti bersukan, graviti sentrifugal dan getaran, serta tahan air hingga 200 meter dalam. Ditutup dengan kristal nilam untuk perlindungan calar juga. Baterinya berkuasa solar dan tidak perlu mengecas jam tangan kecuali anda seharian di dalam rumah.



malaysia online casino
Advertisement

Cara Nak Dapatkan Apps Compatible Untuk iOS 9.x.x

2:36:00 PTG

Masalah compatibility sering memberi permasalahan kepada pemilik peranti lama tidak kira jenama apa cuma yang paling pantas buat kemaskini adalah dari pembangun iOS diatas sebab tertentu.


Ulasan dari beberapa developers adalah disebabkan yuran App Store apple lebih mahal berbanding jenama lain. Oleh kerana itu pasukan pembangun kena utamakan iOS terdahulu disebabkan Apple terlalu pantas mengemaskini perisian dan produk.


Situasi ini telah memberi tekanan kepada pengguna peranti lama kerana terpaksa mengikuti perubahan yang dilakukan oleh Apple serta pembangun perisian.



Kepada yang sedang mencari jalan penyelesaian untuk terus manfaatkan peranti lama adalah:

Penggunaan minima dengan mencari perisian apakah yang masih menyokong iOS lama seperti perisian Nota, filem, MP3/MP4 dan sebagainya. Seterusnya cari kenalan yang telah menggunakan iOS sejak sekian lama kerana ia mungkin ada menyimpan perisian lama di i-Tunes.


Juga boleh cuba manfaatkan perisian dari laman web ios ninja atau forum iosgods. Tapi ada sumber mengatakan laman web sebegini selalunya tidak lama kerana pihak Apple sentiasa memperbaiki kelemahan bagi menyukarkan cracker/hacker menyebarkan virus.


Jadi pilihan penulis adalah dengan mengunakan akaun i-Cloud rakan-rakan dan dari situ kita boleh memuat turun semula aplikasi lama. Kepada yang tidak tahu caranya korang hanya perlu pergi 'App Store' -> 'Puchase' nah disini sejarah yang pernah anda atau rakan anda memuat naik.


Tapi ia bukan tanda korang sudah boleh bergembira kerana tidak semua pembangun perisian masih menyimpan apps versi lama mereka. Ada apps boleh muat turun tapi belum tentu boleh launch nah ada juga terus tidak boleh muat turun dan ada tidak boleh digunakan langsung.


Akhirnya sekali lambat atau cepat korang tetap kena upgrade kepada model dan iOS baru bagi memastikan semua apps berjalan lancar dan terus dapat sokongan dari pembangun perisian.


Resepi Nasi Arab Berlauk Ayam Goreng Ikut Cara Sendiri

9:17:00 PTG

Sekarang ni jika nak cuba masakan arab tidak perlu sampai ke negeri arab kerana usahawan arab pun datang ke tanah Malaya buka perniagaan Restoran.


Nasi Arab

Usahawan tempatan pun tidak terlepas peluang menyajikan masakan arab terutama dalam hidangan Nasi Arab Kambing mahupun ayam juga mempunyai pelbagai variasi yang telah diubah suai mengikut citarasa tempatan.


Manakala jika dirumah pula tidak salah juga jika ingin mencuba resepi nasi arab ni cuma cara masakan tidaklah serupa seperti air tangan orang arab yang sememangnya mempunyai teknik penyedian tersendiri.



Dari segi perapan daging/ayam juga turut menjadi titik tolak dalam hidangan mereka tapi ikut jelah cara kita dan kerajinan yang ada sebabnya kalau bab makan ni kalau boleh semua nak cepat kalau lambat masak boleh kemurungan orang dalam rumah.


Kepada yang ingin mencuba resepi nasi arab gaya tersendiri bolehlah ikut bahan-bahan dan cara dibawah dan sila ubah suai mengikut citarasa korang. Bahan mana yang terkurang tu pandai korang la tambah sendiri dan mana yang tidak perlu korang abaikan sahaja yang penting masakan sedap.


(A) Bahan-bahan Sup Ayam

1 Ekor Ayam

1/2 sudu biji ketumbar

1/2 sudu jintan manis

1/2 sudu lada hitam

1 tangkai lada merah - potong 3 atau 4

1 paket sup bunjut

2 biji bawang merah - potong 4

Garam secukupnya


(B) Bahan-bahan sambal

2 biji tomato

4 tangkai lada merah

4 tangkai cili merah

Daun ketumbar

Garam dan gula secukupnya


(C) Bahan-bahan acar

1 batang timur

1 biji tomato

1 biji bawang merah

1 biji nenas - optional (saya tidak letak)

Cuka

Garam dan gula secukupnya

(D) Bahan-bahan nasi

Beras 3 pot dicuci bersih dan tapis

1/2 sudu biji ketumbar

1/2 sudu jintan manis

1/2 sudu lada hitam

Sedikit minyak untuk menumis

(E) Bahan Ayam Rebusan untuk digoreng

Sedikit serbuk kunyit

Madu secukupnya - (saya tidak letak sebab tiada)

Cara-cara

Rebus ayam bersama bahan-bahan B dalam periuk dengan air secukupnya, resbus selama 30 minit boleh tutup api. Sementara rebus ayam boleh sediakan bahan-bahan sambal (B) dan kisarkan, sedap rasanya manis manis masam.


Selepas itu,kita sediakan bahan bahan (C) timun, bawang tomato potong dadu dan renjiskan cuka. Perasakan secubit garam dan gula secukupnya, gaul rata.



Bahan-bahan untuk nasi pula ambil kuali panaskan sedikit minyak masukkan biji ketumbar, jintan manis dan lada hitam tumiskan sekejap lepas tu masukkan nasi yang telah dibersihkan gaul rata tutup api. Alihkan beras dalam periuk nasi, curah air rebusan ayam tadi ikut sukatan beras. Masak nasi seperti biasa.


Keluarkan ayam yang direbus tadi, lumurkan dengan kunyit dan madu. Satu ketul saya masukkan dalam periuk nasi masak sekali dengan beras tadi. Selebihnya ayam saya goreng seperti biasa, api kecil untuk elak hangus.




Air nasi pun dah kering boleh masukkan setangkai atau dua daun ketumbar bagi naik bau wangi nasi. Tutup semula tunggu nasi masak.


Cantik tekstur nasi dengan hanya guna beras biasa saja serta isi ayam juga lembut dan sedap dimakan begitu sahaja kerana sudah mempunyai rasa rempah.


 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)