Terkini

Resepi Nasi Arab Berlauk Ayam Goreng Ikut Cara Sendiri

Sekarang ni jika nak cuba masakan arab tidak perlu sampai ke negeri arab kerana usahawan arab pun datang ke tanah Malaya buka perniagaan Restoran.


Nasi Arab

Usahawan tempatan pun tidak terlepas peluang menyajikan masakan arab terutama dalam hidangan Nasi Arab Kambing mahupun ayam juga mempunyai pelbagai variasi yang telah diubah suai mengikut citarasa tempatan.


Manakala jika dirumah pula tidak salah juga jika ingin mencuba resepi nasi arab ni cuma cara masakan tidaklah serupa seperti air tangan orang arab yang sememangnya mempunyai teknik penyedian tersendiri.



Dari segi perapan daging/ayam juga turut menjadi titik tolak dalam hidangan mereka tapi ikut jelah cara kita dan kerajinan yang ada sebabnya kalau bab makan ni kalau boleh semua nak cepat kalau lambat masak boleh kemurungan orang dalam rumah.


Kepada yang ingin mencuba resepi nasi arab gaya tersendiri bolehlah ikut bahan-bahan dan cara dibawah dan sila ubah suai mengikut citarasa korang. Bahan mana yang terkurang tu pandai korang la tambah sendiri dan mana yang tidak perlu korang abaikan sahaja yang penting masakan sedap.


(A) Bahan-bahan Sup Ayam

1 Ekor Ayam

1/2 sudu biji ketumbar

1/2 sudu jintan manis

1/2 sudu lada hitam

1 tangkai lada merah - potong 3 atau 4

1 paket sup bunjut

2 biji bawang merah - potong 4

Garam secukupnya


(B) Bahan-bahan sambal

2 biji tomato

4 tangkai lada merah

4 tangkai cili merah

Daun ketumbar

Garam dan gula secukupnya


(C) Bahan-bahan acar

1 batang timur

1 biji tomato

1 biji bawang merah

1 biji nenas - optional (saya tidak letak)

Cuka

Garam dan gula secukupnya

(D) Bahan-bahan nasi

Beras 3 pot dicuci bersih dan tapis

1/2 sudu biji ketumbar

1/2 sudu jintan manis

1/2 sudu lada hitam

Sedikit minyak untuk menumis

(E) Bahan Ayam Rebusan untuk digoreng

Sedikit serbuk kunyit

Madu secukupnya - (saya tidak letak sebab tiada)

Cara-cara

Rebus ayam bersama bahan-bahan B dalam periuk dengan air secukupnya, resbus selama 30 minit boleh tutup api. Sementara rebus ayam boleh sediakan bahan-bahan sambal (B) dan kisarkan, sedap rasanya manis manis masam.


Selepas itu,kita sediakan bahan bahan (C) timun, bawang tomato potong dadu dan renjiskan cuka. Perasakan secubit garam dan gula secukupnya, gaul rata.



Bahan-bahan untuk nasi pula ambil kuali panaskan sedikit minyak masukkan biji ketumbar, jintan manis dan lada hitam tumiskan sekejap lepas tu masukkan nasi yang telah dibersihkan gaul rata tutup api. Alihkan beras dalam periuk nasi, curah air rebusan ayam tadi ikut sukatan beras. Masak nasi seperti biasa.


Keluarkan ayam yang direbus tadi, lumurkan dengan kunyit dan madu. Satu ketul saya masukkan dalam periuk nasi masak sekali dengan beras tadi. Selebihnya ayam saya goreng seperti biasa, api kecil untuk elak hangus.




Air nasi pun dah kering boleh masukkan setangkai atau dua daun ketumbar bagi naik bau wangi nasi. Tutup semula tunggu nasi masak.


Cantik tekstur nasi dengan hanya guna beras biasa saja serta isi ayam juga lembut dan sedap dimakan begitu sahaja kerana sudah mempunyai rasa rempah.


Share this:

Catat Komen

 
HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)