Terkini

Berbelanja Atas Talian Secara Ansuran Dengan Atome

5:22:00 PTG

Semenjak pandemik covid19 di Malaysia penulis perasan kaedah beli dahulu bayar kemudian semakin mendapat perhatian dari penyedia e-dagang.



Sebelum ini penulis ada kongsikan pengalaman ketika menggunakan keadah bayaran SpayLater dari Shopee MY boleh rujuk disini.


Tidak lama kemudian muncul lagi satu iaitu Atome.my turut buat tawaran lebih menarik dengan ansuran 3 bulan tanpa faedah.




Semasa dalam proses ujicuba dapati Atome.my hanya boleh digunakan pada rakan niaga e-dagang mereka yang terpilih sahaja. Setakat ini kelihatan masih belum banyak vendor yang boleh dimanfaatkan oleh penulis kecuali laman e-dagang EzBuy namun ia turut dapat kritikan dari pengguna bahawa servis penghantaran sangat bermasalah kerana mengambil masa terlalu lama.


Pihak Atome.my dikatakan juga sedang berusaha untuk perluaskan lagi rakan niaga e-dagang mereka supaya pengguna di Malaysia boleh manfaatkan kaedah bayaran ansuran yang lebih baik dimasa akan datang.



Pengalaman Beli-Belah Menggunakan Kaedah Pembayaran SPayLater - Shopee(MY)

5:25:00 PTG

SpayLater telah mula diperkenalkan di Malaysia bagi merancakkan lagi jumlah pembelian atas talian semenjak dunia dilanda pandemik.



Tapi khabarnya bukan semua akaun menerima kemudahan ini iaitu beli dahulu dan bayar pada hujung bulan tanpa dikenakan sebarang faedah jika bil tidak melebihi 1 bulan dari tarikh pembelian namun jika melebihi maka menjawablah korang.


Penulis berkesempatan buat beberapa pembelian menggunakan kaedah bayaran SPayLater Shopee untuk beberapa barang dan apa yang boleh dikatakan korang tidak boleh jelaskan bil secara berasingan mengikut barangan dan ini sangatlah bahaya jika pengguna gagal langsaikan jumlah keseluruhan dalam tarikh yang ditetapkan.



Apa akan terjadi jika gagal membuat pembayaran dalam tarikh yang ditetapakan? YA, anda akan dikenakan bunga faedah sila rujuk terma syarat SPayLater untuk mengetahui jumlah faedah yang dikenakan.


Pada waktu ini jumlah SPayLater yang ditawarkan oleh Shopee sekitar RM2,400 - RM3,000 sahaja. JIka ada akaun boleh melepasi dari jumlah ini mungkin score credit dia dalam keadaan cemerlang. Penulis harap sesiapa yang dapat kaedah pembayaran SPayLater dari Shopee gunakanlah secara berhemah dan bayarlah bil tepat pada waktunya supaya manfaat ini dapat bertahan.



Pro dan Cons masing-masing sudah tahu jadi berbelanja bilamana sedang ada duit dan hindarkan dari terjebak dalam sistem riba iaitu terlewat bayar bil atau ansuran melebihi sebulan maksima 3 bulan di SPayLater Shopee.


Sumber - https://www.lowyat.net/2021/230300/shopee-malaysia-spaylater-here/


Advertisement

Resepi Biskut Coklat Chip Seakan Famous Amos

5:25:00 PTG

Angan-angan nak buat coklat chip tapi beberapa peratusan kurang menjadi dan terus corner buat biskut lain, rasa tetap sedap cuma rupanya kurang menjadi.



Sebelum berjaya kena tempuhi kegagalan dahulu namun Keindahan coklat bersama kekacang tetap masih terasa. Semasa proses buat biskut teringat pula wajah seorang ibu keluarkan dulang biskut dari ketuhar semasa kecil berebut-berebut kami nak merasa.


Resepi biskut ini sangatlah mudah tapi adakala kita kena tempuhi juga kegagalan tambahan lagi jika rupa bentuknya tidak mengikut seperti yang kita harap.



Bahan-bahan

Marjerin 250g (nak sedap pakai pure butter)

1 cawan gula perang

2 cawan tepung gandum

1/2 cawan Tepung jagung

1 biji telur

Vanilla essence

1 sudu kecil soda bikarbonate

1 sudu kecil baking powder

1 cawan coklat chips

Sedikit kacang badam hancur

6 sudu besar minyak

Cara-cara

-Gaul marjerin dan gula perang (tips : jangan pukul sampai gebu, cukup sebatikan adunan sahaja pakai senduk)

-Masukkan telur dan vanilla essence

-Masukkan tepung gandum, tepung jagung, soda bikarbonate, baking powder (ayak semua ni dulu) dan masukkan minyak gaulkan sebati.

-Akhir sekali masukkan coklat chips. (sejukkan coklat chips dalam peti ais dulu bagi keras sikit kalau tidak nanti lembik kena aduanan)

-Perap adunan dalam peti ais selama 30 minit.

*Masa bakar letak secubit saja adunan sebab nanti kembang dan kena jaga jarak musim PKP ni. kalau tidak biskut akan melekat.

Bakar dalam oven suhu 150/20minit guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing. Selamat mencuba.

Advertisement

Resepi Ayam Bakar Menggunakan Air Fryer atau Ketuhar

4:09:00 PTG

Ramai prihatin terhadap kesihatan ahli keluarga mereka terutama dari segi pemakanan dan lebih baik jika ia dari dapur kita sendiri. Dalam posting ini penulis akan kongsikan resepi Ayam bakar menggunakan air fryer atau ketuhar



Sebelum tu pastikan peralatan pembakar anda mempunyai besi penapis minyak ayam kerana tanpa penapis minyak ini hidangan anda mungkin akan dipenuhi dengan minyak ayam. Resepi cukup ringkas bahan juga mudah didapati dan hasilnya juga sama seperti ayam bakar di restoran.


Bahan-bahan

Ayam (separuh ayam)

5 ulas bawang merah kecil

4 ulas bawang putih

1 inci halia

3 sudu serbuk kari ayam/ikan

1 sudu serbuk cili

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil perasa (maggi cukup rasa)

Daun kari (optional)



Caranya

Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk. Sediakan ayam campur semua bahan dan perap sekurangnya 1 jam. Bakar dalam air fryer atau ketuhar dengan suhu panas 200 celcius selama 20 minit. Pusingkan ayam tersebut dengan suhu yang sama sekitar 10 minit (Bergantung jenis peralatan pembakar).


Perkara Yang Perlu Kita Tahu Semasa Claim Cermin Depan Kereta : Bahagian 2

9:46:00 PG

Sangat berbaloi jika kita beli tambahan insurans cermin depan kenderaan tapi sebelum tu sila ambil tahu beberapa perkara sebelum serah ke bengkel cermin kenderaan.



Semasa perbaharui insurans kenderaan pastikan insurans cermin depan anda mengikut harga pasaran contoh beli insurans RM90 dapat cover RM600 punya cermin depan kenderaan jika berlaku retak tapi bengkel cermin sarankan biar lebih sebab boleh cover dengan tinted dan getah.


Jika tidak lepas korang klaim cermin satu kerja pula kena berhabis duit pasang tinted depan dengan kos angaran RM150-RM250 kan rugi tu haaa lebih baik beli insurans lebih sikit.



Sebelum ke bengkel cermin pastikan softcopy dokumen semua lengkap iaitu "kad pengenalan, lesen, geran, cover note, roadtax hidup". Selepas tu buat survey beberapa bengkel terdahulu adakah mereka panel insurans anda dan paling penting boleh cover dengan tinted sekali atau tidak.


Bahagian tinted ini pelangan selalu terciduk dengan bengkel dimana mereka tidak menyediakan sebarang pemasangan tinted atau lebih sedap didengari insurans yang kita beli tu tidak boleh tanggung kos tinted tapi yang sebenarnya kos harga tinted tu telah masuk poket mereka jadi sila berhati-hati dengan teknik ini.


Lagi satu teknik mereka adalah menyediakan pemasangan tinted tapi kualiti tidak mencapai standard dengan alasan jika nak yang bagus pelangan kena tambah tunai. Untuk pengetahuan anda tinted bahagian depan sewajarnya adalah jenis anti UV(tahan panas).


Dialog yang perlu kita guna adalah berbunyi begini.."Tokey ada cover insurans jenama sekian sekian tak, tinted boleh cover sekali tak untuk anti UV dan boleh tukar getah cermin sekali."


Kalau bengkel banyak cerita itulah inilah maka sila survey bengkel seterusnya kerana insurans yang kita beli sudah boleh cover semua kos pemasangan tersebut tanpa mengeluarkan satu sen pun di bengkel cermin sila rujuk posting sebelum ini "Penting Beli Insurans Cermin Depan Kenderaan"
Bagaimana jika anda tidak klaim cermin depan dalam masa setahun?

Ada berpendapat sangat rugi sebab tiada sebarang refund boleh dilakukan, maka golongan ini akan mengambil kesempatan dengan melakukan sedikit retak dimana-mana bahagian cermin depan sebelum tamat tarikh insurans.


Golongan satu lagi pula agak sibuk dengan pelbagai urusan dan kurang kerajinan jadi ia memilih untuk abaikan selagi cermin depan dalam kondisi sempurna dan sedap mata memandang.


Sangat Penting Beli Insurans Tambahan Untuk Cermin Depan Kenderaan : Bahagian 1

9:01:00 PG

Sebagai pemilik kenderaan pasti tidak boleh lari dari masalah cermin retak dibahagian hadapan kenderaan, adakala terkena batu kecil dari lori pasir dan adakala tidak tahu datang dari mana batu kecil tersebut.



Disebabkan isu ini sering terjadi maka syarikat insurans telah menawarkan tambahan insurans cermin depan kenderaan dengan harga yang begitu murah mengikut jenis model kenderaan.


Kepada yang belum tahu insurans tambahan ini hanya cover cermin hadapan sahaja dan cermin selebihnya boleh klaim menggunakan potongan NCD atau tunai. Namun sehingga sekarang ada yang masih berkira-kira untuk beli insurans cermin depan atas sebab-sebab...:



"Kereta jarang pakai"

"Beli untuk pusing dalam taman sahaja"

"Kos perlindungan cermin mahal"

"Tinted depan kalis peluru"

"Kesan retak di cermin kelihatan bergaya"

"Rugi jika tidak klaim dalam masa setahun"


Diatas adalah beberapa cetusan idea penulis apa pun bergantung kepada bajet poket anda ketika memiliki kenderaan, orang kata sekarang ini kenderaan sudah menjadi satu keperluan kepada golongan miskin dan keatas jadi faktor kewangan turut menjadi isu bila tiba masa untuk perbaharui insurans sampai ada yang sanggup beli third party alasan usia kenderaan sudah melebihi 10 tahun.


Penulis akan kongsikan perkara yang berbaloi setelah beli insurans cermin hadapan di posting seterusnya, lepas ini pasti kereta korang akan nampak berseri-seri setiap tahun "Klaim Cermin Depan Kereta".

Apa Punca Handle Motosikal Bergegar Lebih Teruk Ketika Langgar Garisan Kuning? - Yamaha LC135

9:05:00 PG

Disebabkan penulis pengguna LC135 jadi setiap rujukan akan di ambil dari model motosikal jenis ini kecuali suatu hari nanti penulis ada rezeki buka sebuah bengkel haaa ketika itu macam-macam model boleh kita huraikan setiap permasalahan dan penyelesaian.



Posting ini adalah sambungan dari artikel sebelum ini iaitu "Cone Bearing Bambo", "SCK Racing Fork Spring" sebabnya kalau nak cerita troubleshoot dari mula memang berjela-jela kena sembang.


Kisah handle motosikal bergegar mempunyai banyak faktor dan kena periksa dari bawah hingga atas iaitu kadar ketebalan bunga tayar seterusnya kondisi fork ada kebocoran atau tidak dan lain-lain seperti penulis telah lakukan sila rujuk pautan artikel sebelum diatas.



Selepas itu jika motosikal sudah mencecah 5 tahun usianya eloklah periksa cone bearing sama ia masih ada minyak grease atau sudah berkecai dan paling akhir adalah tukar handle rack atau handle bush sahaja. Dalam dua perkara itu jika anda serah pada bengkel mereka memang akan syorkan untuk tukar handle rack sebabnya tak kan laa nak buka hanya untuk tukar handle bush kemon laa.


Tapi kalau korang jeniskan suka DIY yeah! tukar handle bush je motorsikal korang akan kembali mantap seperti baru tapi sebelum itu pastikan handle rack tiada sebarang kerosakkan seperti kesan retak atau bengkok.


Fork LC135 Standard Bunyi Ktok Ktok! Apa Masalahnya? - SCK Racing Fork Spring

8:18:00 PG

Sebagai penunggang motosikal pasti akan peka dengan pelbagai permasalahan maklumlah barang tidak sentiasa baru jadi daya ketahanan komponen pun semakin pendek hayatnya.



Nak dijadikan cerita hayat fork LC135 v2 hanya boleh bertahan setahun sahaja dengan kadar berat penunggang sekitar 80kg belum termasuk lalu jalanraya berlubang dan tidak rata jadi walaupun ia fork dan memiliki besi spring didalam namun hayatnya tetap berkurang dari masa ke semasa.


Setelah penulis troubleshoot satu persatu bahagian yang agak mengganggu fikiran boleh rujuk artikel sebelum disini "Bearing Cone Bambo" boleh dikatakan dari fork hinggalah ke bearing tengkuk handle penulis buat pertukaran parts tapi masih belum cukup puas hati walaupun hanya terdapat sedikit sahaja perbezaan dari sebelum ini.



Jadi penulis pun teruskan buat siasatan susulan dimana fork masih berbunyi ktok! ktok! ketika brake atau langgar sesuatu dan paling tidak seronok diikuti kepala handle bergegar terlalu kuat sehingga menyebabkan lenguh bahagian tangan. Disini ada dua perkara yang perlu penulis selesaikan dengan cara DIY supaya misi penjimatan ekonomi dapat dikekalkan.



Dalam artikel ini meyentuh bahagian fork dimana sebelum ini penulis telah pun buat pertukaran minyak fork dan dust/oil seal(getah fork) tapi hasilnya bunyi masih ada. Maka terlintas di fikiran ingin cuba tukar spring fork kepada after market dengan memilih jenama SCK Racing fork spring harga sekitar RM30 dan 40% lebih keras dari standard kilang jadi agak sesuai dengan kadar berat badan yang semakin membimbangkan.


Masa yang diambil untuk proses pemasangan secara DIY adalah 1jam dan hasilnya memang mantap sebab tiada lagi tekanan di bahagian hadapan. Langgar bonggol atau garisan kuning terasa lembut cuma ada lagi satu permasalahan disini iaitu handle masih gegar semasa menunggang jadi pendek cerita masalah fork berbunyi ktok! ktok! selesai dengan hanya tukar spring dan setting semula minyak fork manakala masalah handle gegar tu ada masa terluang akan penulis cerita di artikel yang lain.


 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)