Terkini

Digi Next Unlimited 40 Mengatasi Segalanya? FUP 300GB

9:31:00 PG

Sedang mencari pelan prepaid yang super power di Malaysia? Tahukah anda Digi hadir dengan unlimited pelan iaitu next 40.



Mereka juga mendakwa pelan itu mempunyai unlimited data internet fare usage policy(FUP) 999GB sebulan dan mempunyai unlimited panggilan seluruh rangkaian (FUP) tidak dapat disahkan juga 10GB Hotspot.


Perbandingan jenama lain telah dilakukan namun penulis anggap pelan prepaid Digi paling hangat kerana (FUP) 999GB dengan kelajuan 6Mbps rasanya sudah mencukupi untuk melakukan aktiviti streaming dan muat turun tanpa batasan.



Walaupun penulis kata ini adalah pelan paling hangat setakat ni tapi ia tetap bergantung pada kawasan tempat tinggal kita. Saya ujicuba pelan internet telco memang berdasarkan liputan yang ada sahaja jika tiada tu memang malas nak layan.


Cara nak tahu kawasan korang kuat telco apa adalah dengan melihat statistik dari aplikasi Opensignal walaupun ketepatan hanya beberapa peratus tapi ia cukup membantu untuk kita buat pilihan.


Digi Next Unlimited 40 ini pada mulanya belum official di laman sesawang mereka kerana ia hanya akan ditawarkan secara dalaman iaitu boleh didapati dari aplikasi Digi addons pengguna tapi jangan terkejut kalau baru beli sim Digi Next tapi tak nampak pilihan kerana ia memerlukan masa kurang lebih 7 hari dari hari pendaftaran berdasarkan pengalaman penulis.


Tapi sekarang korang tidak perlu tunggu lagi kerana pelan ini telah pun dilancarkan secara official pautan url di bawah.


Sumber: www.digi.com.my/promotion/next-unlimited-40



Mengapa Motorsikal LC135 Atau Model Lain Keluar Asap Putih?

8:27:00 PTG

Jika kenderaan anda sudah mulai keluar asap putih baik kereta mahupun motorsikal sememangnya tiada lagi cara melainkan overhoul.



Tahukah kita material dalaman enjin boleh dikatakan besi yang boleh terhakis sedikit demi sedikit berdasarkan kelajuan yang korang bawa setiap hari. Dalam enjin mempunyai beberapa getah bertujuan menyekat kebocoran minyak hitam dari mengalir keluar jadi bayangkan jika getah itu anda tidak tukar selama 5-7tahun pasti prestasi enjin semakin berkurangan.


Dalam artikel ini penulis kongsikan permasalahan asap putih motorsikal berdasarkan model Yamaha LC135. Teori yang penulis nak kongsikan ini adalah pendapat peribadi kerana mungkin pomen diluar sana mempunyai pengalaman tersendiri dari apa yang dikongsikan didalam ini.



Jika asap putih mulai kelihatan itu tandanya piston calar tapi janganlah hanya tukar bahagian tu sahaja memang masalah korang tidak akan selesai sebab punca yang menyebabkan calar adalah dari bahagian lain seperti connecting rod longgar, bearing karat, oil pump dan lain-lain termasuk saluran minyak hitam tersumbat.


Jika alatan khas korang mencukupi silakan turun enjin dan ganti setiap parts seperti bearing, oil seal, connecting rod, timing chain dan lain-lain yang kelihatan sudah terhakis atau rosak.


Kalau hantar bengkel korang sediakan sahaja bajet kurang lebih 1.7k ikut kawasan. Jika berkemampuan, sila tukar motorsikal setiap 5 tahun atau mileage 90k supaya tidak berisiko kena turun enjin banyak kali.


Pastikan kewangan anda cukup untuk menampung kos sparepart original kilang dan elak beli sparepart copy ori atau jenama racing kerana hayat dan kualiti produk mereka tidak tahan lama.


Advertisement

Cara Tukar Hak Milik Motorsikal Di Portal MySikap(JPJ)

11:35:00 PG

Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) telah menyediakan portal atas talian MySikap bagi memudahkan urusan orang awam supaya tidak perlu lagi beratur kecuali urusan yang terpilih sahaja.



Cara pendaftaran portal MySikap anda perlu membuat pengesahan indentiti di mana-mana cawangan JPJ berhampiran, perkara yang perlu anda sediakan adalah alamat emel, nombor telefon dan kad pengenalan.


Sebagai penjual atau pemilik berdaftar anda hanya perlu log masuk ke portal MySikap lalu pergi bahagian kenderaan seterusnya pilih "Permohonan Pertukaran Hak Milik(Pemilik Berdaftar)".


Ikut sahaja arahan yang diberi sehingga langkah yang terakhir supaya anda boleh mencetak rujukan bukti permindahan milik tersebut.


Pembeli atau Pemilik baru pula boleh juga log masuk ke portal MySikap untuk pengesahan lalu membuat pembayaran secara atas talian atau boleh sahaja buat pembayaran di kaunter JPJ supaya terus boleh buat thumbprint dan cetak geran baru.



Kepada yang tidak tahu, setiap pertukaran nama yang dilakukan pihak JPJ akan membatalkan polisi insurans kenderaan lalu mengambil cukai jalan serta merta.


Pegawai JPJ akan tanya pemilik baru ingin beli polisi insurans atau tidak? jika korang belum sediakan wang yang mencukupi boleh je kata "Tidak" dulu pada pegawai tu dan fokus pertukaran nama je dahulu.


Kos urusan pertukaran hak milik ini, sebagai pemilik baru cuma perlu bayar RM3 sahaja untuk dapatkan geran baru di kaunter JPJ. Jika ada sebarang pertanyaan sila tinggalkan di ruang komen dibawah.


Portal MySikap


Advertisement

DuckDuckGo Email - Perisian Penyulitan Alamat Emel Tujuan Privasi

7:48:00 PTG

DuckDuckGo melancarkan perkhidmatan penyulitan alamat emel versi percubaan, bagaimana ia berfungsi?


DuckDuckGo Email

Sekarang boleh dikatakan semua urusan dalam internet memerlukan alamat emel pengguna untuk kemudahan pendaftaran dan diguna pakai untuk sebarang komunikasi.


Katakan penulis menggunakan alamat emel utama untuk melakukan pendaftaran di laman web yang berpontensi melakukan kerja spamming emel pengguna, emel utama kita akan dipenuhi dengan segala jenis pemasaran atau apa sahaja yang boleh membuatkan inbox kita penuh dan terganggu.



Oleh kerana itu duckduckgo telah berusaha membangunkan perisian penyulitan alamat emel pengguna supaya tidak dimanfaatkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Teori penyulitan emel yang dibangunkan oleh DuckDuckGo pada penulis sangatlah mudah iaitu anda akan menerima satu alamat emel penyulitan contoh "XXXX@duck(dot)com" dan ia akan di foward kepada emel utama anda.



Hasilnya webmaster laman web itu akan terima pendaftaran emel kita sebagai "XXXX@duck.com" tanpa mengetahui alamat emel utama. Pada penulis teori ini sangat menarik kerana "XXXX@..." boleh jadi sebagai dummy ketika melakukan pendaftaran disebabkan alamat penyulitan itu boleh berubah-ubah mengikut tujuan masing-masing.


Bilakah Coolant/Water Pump LC135 Sesuai Diselenggara?

12:00:00 PTG

Bila masa sesuai untuk servis coolant? Ada yang kata setiap 6 bulan dan setahun sekali namun ia bukanlah yang kita sangkakan kerana komponen water pump juga memainkan peranan jadi apalah gunanya tukar coolant.



Tahukah anda water pump LC135 dan lain2 model mempunyai hayat yang begitu pendek kerana ia bergantung sepenuhnya pada kualiti bearing dan komponen kecil yang lain seperti kipas dan seal.


Jadi apa akan berlaku jika hanya tukar cecair Coolant sahaja?

1. Bearing karat

2. Kipas terhakis

3. Seal bocor



Dengan punca komponen kecil inilah akan berlakunya kerosakan disebabkan campuran coolant dan minyak hitam maka jadilah seperti teh susu bak pepatah pomen.


Mesti korang tertanya ada ke jual parts kecil tu atau kena tukar sebiji waterpump. Jawapannya 'Ada' tapi memerlukan beberapa tools khas untuk proses membuka. Jadi jika tak nak pening kepala beli je water pump sebiji dari mana-mana dealer.



Orang lama guna teknik ketuk mengetuk je tapi bagi yang baru nak cuba tu sila fikirkan dulu, sebabnya boleh berlaku insiden calar balar di permukaan nanti.


Cara Daftar Perniagaan Atas Talian : Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM)

11:46:00 PG

Pentingnya usahawan mendaftar entiti perniagaan mereka supaya ia lebih diyakini serta dapat memenuhi syarat dari segala aspek seperti pembiayaan.



Masih ada berfikiran "berniaga sekadar suka-suka", tapi tahukah anda jika mempunyai entiti perniagaan ia lebih diyakini dan boleh berkembang dengan pelbagai inisiatif pembiayaan kerajaan.


Pendaftaran juga serendah RM30 untuk nama sendiri, RM60 untuk nama trade selama setahun. Kepada usahawan atas talian(Online) juga disarankan untuk mendaftar entiti perniagaan mereka supaya hak pengguna sebagai pembeli akan lebih terjamin dan dilindungi.


Bagaimana Mendaftar Perniagaan Atas talian?

Layari "https://ezbiz.ssm.com.my/" lalu tekan butang Sign Up untuk pendaftaran akaun.


Isi butiran peribadi seperti yang diminta lalu tekan butang "Register" seterusnya ikut sahaja langkah-langkah yang diberi seperti isi maklumat alamat, nombor telefon dan emel.


Cara Aktifkan User ID ezbiz.ssm.com.my

Nampaknya SSM masih memerlukan pengesahan anda untuk aktifkan fungsi portal ezbiz tersebut. Jangan khuatir kita ikut sahaja arahan yang diberi dengan menekan butang Download Manual kerana semua sudah diberitahu didalam tu.



Secara ringkas untuk pengesahan portal ezbiz ini mempunyai dua kaedah iaitu melalui temujanji panggilan video Whatsapp oleh pegawai SSM atau hadir di cawangan berdekatan untuk pengesahan.


Daftar Entiti Perniagaan Secara Online

Tekan "My Business Services > New Business" lalu isikan segala maklumat yang diminta contoh seperti nama perniagaan dan lain-lain yang diperlukan. Akhir sekali lakukan pembayaran secara atas talian dan tunggu beberapa jam untuk keputusan lulus atau tidak.


Diatas ini adalah langkah-langkah ringkas untuk mendaftar entiti perniagaan milikan tunggal (enterprise). Tapi kalau untuk syarikat berstatus Sdn. Bhd / Berhad anda haruslah mencari khidmat pendaftaran yang bertauliah kerana mempunyai tahap prosedur yang lebih sukar.


Drama Siri 'Peaky Blinders' Diambil Dari Kisah Sebenar

5:14:00 PTG

Peaky Blinders ialah siri televisyen drama jenayah British yang dicipta oleh Steven Knight.


Geng fiksyen ini berdasarkan geng belia bandar sebenar dengan nama yang sama yang aktif di bandar dari tahun 1880-an hingga 1910-an.


Netflix, di bawah perjanjian dengan Syarikat Weinstein dan Endemol, memperolehi hak untuk mengeluarkan rancangan itu di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia. Pada Januari 2021, telah diumumkan bahawa siri keenam akan menjadi yang terakhir disiarkan pada tahun 2022.



Penulis begitu tertarik dengan drama ini disebabkan watak lakonan mereka begitu tenang walaupun ditimpa pelbagai cabaran seperti pengkhianatan, kerajaan, perniagaan dan lain-lain.


Drama ini juga menyelit beberapa mesej yang baik walaupun jalan ceritanya mempunyai adegan jenayah dan keganasan juga tidak sesuai untuk tontonan keluarga terutama yang dibawah umur.


- sumber wiki


Dunia Di Ambang Krisis Makanan, Bersediakah Kita?

4:31:00 PTG

Pakar-pakar bidang pertanian dan ekonomi telah lama memberi amaran berhubung keselamatan makanan pada masa ini berada di paras membimbangkan.



Konflik diantara negara kuasa besar juga memainkan peranan ekoran berlakunya aktiviti sekatan ekonomi termasuk bahan mentah.


Masalah konflik di negara luar boleh memberi kesan buruk terhadap aktiviti export/import dimana harga barangan menjadi mahal sekaligus tekanan inflasi bagi sesebuah negara atau bakal memberi kesan buruk di seluruh dunia.



Berkaitan masalah ini kerajaan Malaysia yang ditakbir oleh Ismail Sabri telah bersetuju untuk memansuhkan cukai AP import bahan makanan serta merta bagi mengatasi kenaikkan harga makanan.


Pakar ekonomi berpendapat Malaysia harus perhalusi cara melariskan barangan tempatan dengan kawalan harga yang maksima supaya dapat bersaing dengan harga dan kualiti barangan import.


Secara tidak langsung Malaysia juga banyak bergantung pada barangan import berbanding barangan tempatan dengan alasan barangan import lebih murah dan berkualiti.


Isu kenaikkan harga barang secara mendadak mungkin disebabkan aktiviti menyorok bekalan dari peringkat pemborong namun permasalahan ini sedang disiasat oleh KPDNHEP.


Nasihat supaya pengguna tidak membuat pembelian panik seperti yang pernah berlaku sebelum ini ketika negara sedang menghadapi masalah pandemik Covid-19.


 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)