Terkini

Rahsia Petua Ubati Masalah Resdung Secara Traditional


Secara sintifik semua manusia mempunyai resdung cuma adakah ia ditahap kritikal atau pun tidak, caramana nak tahu ciri-ciri kritikal teruskan membaca.



Resdung adalah sejenis penyakit yang boleh membuatkan diri anda berbau terutama ketika anda bernafas atau bercakap.


Masalah nafas berbau ini sebenarnya tuan badan memang tidak dapat bau akan tetapi pasangan atau orang sekeliling kita yang akan terus terang atau pun cuba mengelak dari bercakap dengan kita.


Beberapa ciri yang lain jika anda mempunyai masalah resdung yang kritikal adalah bahagian muka akan merasa berat serta sakit di sekitaran dahi.


Mata pula akan sahaja merasai gatal-gatal atau sering terasa seperti mempunyai lendir selaput atau kelihatan seperti tahi mata.


Sering bersin ketika mandi diwaktu pagi kerana suhu ketika itu kemungkinan dalam keadaan sejuk maka pernafasan hidung selepas bersin mungkin sahaja macam sempit atau terasa sedikit sesak.


Ciri seterusnya adalah sering merasa sakit gigi, sakit kepala, kepalada berkelemumur, tidur mula berdengkur dan muka mula timbul jerawat.


Alahan kepada makanan laut pula memang tak perlu kata, makan sahaja makanan laut sudah pasti rasa hidung gatal macam nak tercabut.


Adakah individu yang mempunyai masalah resdung ini perlu berpantang?


Secara logik dari penulis sebenarnya bukan sahaja diperlukan pantang tapi lebih elok ranjinkan diri untuk ke pusat rawatan resdung.


Tahukah anda dimana letaknya sinus atau lendir resdung?



Sinus ada pada 4 bahagian didalam kerangka kepala kita, iaitu di dahi , mata , tulang pipi dan kedua-dua segi dari batang hidung.


Sinus juga didapati bertugas mengawal suhu serta kelembapan udara yang masuk ke paru-paru melalui rongga hidung untuk bernafas, dalam masa sama boleh sahaja kita tersedut hama atau virus yang terlihat seperti habuk tapi tidak boleh dilihat oleh mata kasar.


Ada beberapa tip petua secara traditional yang boleh kita cuba ikuti.


Tip dibawah mungkin berkesan pada penyakit resdung yang masih belum tahap kronik, manakala jika sudah kronik sehingga telah melalui beberapa ciri-ciri seperti diatas.


Maka wajiblah anda bergegas berjumpa dengan doktor pakar atau pusat rawatan resdung untuk meninjau situasi resdung anda. Sama ada masih boleh rawat guna peralatan biasa atau pun sudah tahap kena rawat menggunakan rawatan khas dari doktor pakar.


#1. Rajinkan diri untuk perbanyakan meminum air mineral supaya mendorong lendir keluar, pula tu jangan kerap minum air yang manis , kafien, alkohol dan paling penting kurangkan atau berhenti dari tabiat merokok.


#2. Seterusnya cuba lakukan sedut wap air panas iaitu dengan merebus air sebanyak yang diperlukan lalu campurkan bersama dengan air garam. Ketika air sedang hangat terus sahaja tunduk kan muka kedalam bekas untuk menghirup wap dari air tersebut.


#3. Tekap muka dengan kain panas yang telah diperah dari air suam lalu di tekan-tekan di bahagian pipi berdekatan hidung, kalau tak nak tekan-tekan letak kan sahaja kain panas itu ke muka dan biarkan ia sehingga sejuk.


#4. Seterusnya boleh sahaja menggunakan lidah buaya, itu pun jika anda mempunyai tanaman ini, manfaat lidah buaya adalah untuk menjaga rambut tetapi secara langsung boleh sahaja digunakan untuk perubatan penyakit resdung kerana ia mengadungi antiseptik. Sapukan lendir lidah buaya itu pada hidung itu secara rata dan serta urutan.


Banyak lagi kaedah-kaedah yang boleh dicuba, cuma ia mungkin memerlukan penyedian yang sukar. Jika ingin lebih mudah silakan cari produk herba khas untuk rawat penyakit resdung di internet atau mana-mana pusat rawatan.

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)