Hadir lagi dengan sedikit informasi berkaitan pembelajaran demi menjaga kewangan poket sendiri, bukan poket orang lain tapi poket sendiri ya.
Sebelum mencuba jangan sesekali fikir perkara negatif tentang kebolehan untuk baiki telefon sendiri, sebab jika tidak mencuba mana nak datangnya pengetahuan dan pengalaman.
Seeloknya hendaklah kita tanam dalam diri dimana setiap barang atau komponen adalah dicipta oleh tangan manusia sendiri maka sudah pastinya akan ada barang gantian yang dikeluarkan oleh mana-mana pengeluar terutama di china.
Sebelum berhasrat ingin baiki atau percubaan untuk membeli barang gantian seeloknya membuat kajian dan pencarian secara teliti iaitu berbaloi atau tidak jika buat pertukaran komponen.
Kerana setiap teknologi ada hayat, sampai hayat serta merta tidak boleh digunakan sebagai contoh rosak motherboard atau firmware tidak menyokong aplikasi terkini maka anda sudah boleh siapkan lokasi untuk dibuang.
Manakala kalau model seperti Asus Zenfone 5 pada ketika ini amatlah disarankan untuk cuba perbaiki, walaupun ia kelihatan seperti model lama tapi hakikatnya tetap masih menyokong hampir semua aplikasi yang baharu dengan kelajuan memory mencecah 2GB ram.
Untuk pertama kalinya aku mengalami masalah tidak boleh charging bateri, dalam masa sama ketika bercakap dengan orang pihak sana tidak dapat mendengar suara kita dengan jelas katanya seperti bercakap dahulu hujan.
Jika ikutkan memang ramai je dah mula tak tidur malam sebab memikirkan telefon tidak berfungsi seperti biasa malah turut fikir untuk menghantar telefon untuk dibaiki.
Kerana kos baiki pasti mencecah ratusan ringgit mahupun puluhan ringgit, kalau kena kedai yang cekik darah mahu dia telan kau bulat-bulat atau pun anda sudah mula melakukan kira-kira untuk melakukan pembelian telefon baharu pada hujung bulan.
Jadi harap bawa bertenang dan tarik nafas dahulu, tahukah anda jika mempunyai masalah telefon tidak boleh charging jalan penyelesaian pertama adalah harus mempunyai sikap ingin belajar dan tawakal.
Jika anda yakin charging port atau charging board tidak berfungsi, anda boleh sahaja melakukan pencarian di internet akan barang gantiannya dengan menggunakan kata kunci model telefon.
Seterusnya cari peralatan untuk membuka telefon di mana-mana kedai hardware.
Maka tibanya untuk mencari komponen gantian yang boleh didapati di kedai menjual alat ganti telefon dan juga boleh didapati di internet.
Bila barang gantian sudah berada di tangan, pastikan kerja-kerja pembukaan skru telefon adalah di kawasan yang kering dan jauh dari air supaya tidak berlaku kemalangan yang tidak sengaja juga pastikan skru yang halus dan kecil itu tidak tercicir di atas karpet mahupun di lantai.
Kepada yang baru mencuba membuka telefon pintar, pastikan anda lakukan kerja dengan teliti dan berhati-hati kerana setiap komponon didalam adalah bersaiz kecil dan sukar untuk dipegang malah ia turut sensitif.
Maka sedikit sebanyak ulasan dalam artikel ini dapat membantu anda untuk berjimat serta menimba ilmu pengetahuan tentang alat gantian telefon pintar.