Terkini

Cara Menggunakan Usb Broadband Di Android Box

Ujicuba ini telah terlintas di fikiran setelah kotak android TV aku tidak lagi dapat akses ke internet dan tak dapatlah aku manfaatkan kandungan didalam android tersebut.


Tanpa membuang masa lagi, aku mula mencari alternatif untuk kotak Android TV dapat akses ke internet.



Ya pada mulanya aku terfikir juga adakah releven hidupkan hotspot dari telefon pintar tapi setelah membuat sedikit sebanyak penilaian ternyata cara itu tidak patut digunakan kerana telefon kita akan mengalami tahap kepanasan yang melampau.


Sekaligus akan membuatkan telefon kita sentiasa di wayar pengecas untuk mengelakkan dari kehabisan bateri.



Untuk melancarkan perjalanan projek ini, pastikan kita mempunyai peralatan Usb Dongle (3G/4G) seterusnya pastikan kotak Android TV sudah dalam keadaan 'root'.


Bila sudah di 'root' kita kena ubah launcher dia kepada yang support 'widget' seperti Nauva launcher. Jika ada diantara anda tidak berjaya menukar launcher asal kepada yang ada widget mohon rujuk pada mana-mana forum berkaitan atau sila tinggalkan komen dibawah.


Sebab apa harus tukar kepada launcher yang menyokong widget adalah kerana kita akan memasang butang untuk tetapan APN di usb broadband.


Seterusnya sila korban hotspot telefon anda sekejap supaya kotak android TV itu dapat akses ke internet lalu terus ke Play Store dan install apk PPP widget 3.



Sudah siap install sila tarik widget ke home screen seperti gambaran diatas, disitu kita akan nampak dua butang iaitu 'connect' dan 'configure'.


Sememangnya kita harus lakukan tetapan APN dahulu sebelum dapat akses ke internet maka sila sediakan APN broadband anda masing-masing dan terus tekan butang 'configure' itu.


Jika tidak tahu apa itu APN jangan malu jangan segan sila bertanya di enjin pencarian 'Google' atau tinggalkan sebarang pertanyaan di kotak komen dibawah.



Setelah kita punyai senarai APN telekomunikasi maka terus lakukan tetapan dengan klik di bahagian atas sekali tu dan anda sudah boleh menggunakan dongle broadband di android tv box.




Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)