Terkini

Youtube Mengetatkan Peraturan Pengiklanan Kepada Semua Vlogger

Peraturan terbaru dari youtube bermula tahun 2018 memerlukan vlogger mengumpul 4,000 jam waktu menonton dalam tempoh 12 bulan(1 tahun)


Seterusnya jika sebelum ini para vlogger hanya memerlukan 10,000 penonton pada sesebuah klip video baru klip video itu akan terpasang dengan pengiklanan dari adsen.



Tapi masuknya tahun 2018 youtube telah mengubah polisi pengiklanan untuk para pencipta klip video dengan meminta pemilik channel harus mempunyai sekurang²nya mempunyai 1,000 'subscribed'.


Polisi ini akan berkuatkuasa bermula Feb 2018 kepada seluruh vlogger yang aktif membuat klip video di youtube.


Manakala 'channel' yang tidak berjaya ikuti peraturan baru ini pula akan bakal kehilangan sumber pengiklanan adsen.


Para vlogger yang baru menceburi pasti akan sukar untuk bersaing dalam dunia pembuatan video kecuali yang sememangnya mempunyai kreativiti atau sudah memiliki channel trending.


Maka youtube pun telah menaik taraf sistem untuk mengesan klip video yang di muat naik semula oleh vlogger yang tidak bertanggungjawab.


Perbuatan muat naik semula klip video dari individu lain ke dalam channel sendiri adalah tidak dibenarkan dan bakal mendapat permasalahan seperti akaun di suspend atau lain-lain.


Seterusnya etika ketika membuat klip video harus mengikut garis panduan, sama sekali tidak dibenarkan muat naik klip yang berunsur keganasan dan pembunuhan atau yang berkaitan dan mampu melanggar polisi youtube.


Baru-baru ini vlogger terkenal diluar negara 'Youtuber Logan Paul' telah melakukan kesilapan dan sekaligus melanggar polisi youtube dengan memuat naik klip video kes bunuh diri di gunung Fuji Jepun.



Selepas klip video itu berjaya dimuat naik ke channel 'Youtuber Logan Paul' beliau akhirnya mengeluarkan kenyataan momohon maaf kerana telah melanggar etika dengan mendedahkan kes bunuh diri gunung fuji.


Dan akhirnya pihak youtube telah aktifkan semula sistem pengiklanan di channel beliau. Youtube menegaskan kepada para youtubers yang lain berhati-hati sebelum memuat naik klip video.


Channel Logan Paul mempunyai sekitar 15.2 juta subscribers dan mempunyai penonton tetap sekitar 297 juta sebulan.


Kiraan pendapatan 'Youtuber Logan Paul' sekitar $14.3 Juta setahun dan terus meningkat kepada $1.2 Juta sebulan.



Beliau juga dikatakan telah mempunyai pendapatan tetap dari facebook dan instragram berkaitan majalah dan lain-lain.


ZALORA

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)