Terkini

Pengalaman Guna Pelan Baharu GX30 - U Mobile

Walaupun rangkaian umobile masih belum meluas di kawasan pendalaman tapi ia masih jadi salah satu pilihan kepada pengguna di kawasan bandar.


U Mobile

Kerana syarikat ini aktif dalam menyediakan tawaran baharu khusus bagi pelan internet kepada pelangan prabayar dan pascabayar.


Baru-baru ini U Mobile telah lancarkan pelan barunya iaitu GX30 dan GX50. Pengiklanan yang dilakukan sungguh menarik hati pelangan kerana bukan sahaja ditekankan pada media kaca TV malah ditekankan juga di setiap kenderaan awam.


Baca artikel berkaitan U Mobile

Bolehkah Pelan GX30 Digunakan Pada Broadband?

Setelah selesai langan pelan GX30 prepaid, aku terfikir pula sama ada boleh digunakan bersama usb broadband atau tidak?


Maka dengan semangatnya aku dapatkan usb broadband untuk mencuba, tetapi hasil yang aku dapat memang tidak berfungsi.


Oh ya barangkali mungkin disebabkan simkad yang aku pakai masih dalam keadaan rangkaian 3G.


Bergegas ke centre untuk menukar simkad 4G, tapi katanya simkad yang lama tetap menyokong 4G tapi kena aktifkan melalui SMS dan akan dicaj sebanyak 5sen.


Aku malas nak ambil tahu, lalu aku berikan alasan mengatakan memerlukan simkad nano untuk dimuatkan kedalam peranti jenis baru.


Perkhidmatan pelangan pun proses simkad baru yang menyokong nano, seterusnya aku disuruh tanda tangan dan membayar penukaran sim sebanyak RM10.


Balik rumah cuba lagi di Usb Broadband ternyata masih gagal untuk dapatkan sambungan internet.


Maka disini aku dapati pihak U Mobile telah mengemaskini sistem mereka dimana pelan GX30 prepaid hanya berfungsi di peranti telefon sahaja.


Kecuali ada individu yang menjumpai bugs dimasa akan datang. Pada pengguna yang sama fikiran dengan aku harap anda jumpa artikel ini sebelum membuat keputusan untuk beli usb broadband semata-mata nak guna pelan GX30.


Disebabkan pelan GX30 hanya memberi minit panggilan percuma pada rangkaian yang sama sahaja.


Ini sahaja perkongsian yang ingin aku sampaikan pada pelangan U Mobile prabayar yang menggunakan pelan GX30, nanti kalau ada tajaan untuk pelan GX50 akan aku kaji selidik dan buat review mengenainya.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)