Terkini

Tayar Murah Untuk Kereta Kesayangan Anda

Tayar kenderaan adalah bahagian paling penting untuk melancarkan pemanduan, jika keadaan permukaan tayar tidak sekata atau kurang bunga ia boleh mengundang kemalangan jalan raya.



Seperti biasa tidak semua pemilik kenderaan yang mampu memiliki sepasang tayar baru lagi-lagi jenama diantara yang terbaik di pasaran.


Jangan risau tentang hal itu kerana masih ada cara untuk memiliki tayar murah di sekitar lembah klang tapi dengan syarat haruslah berkeyakinanan tinggi.



Tayar murah dimaksudkan adalah barangan terpakai tapi sebenarnya tidaklah terpakai mana pun, sebab sumbernya amat banyak salah satunya mungkin dari pusat kereta potong atau tayar reject dari gedung pembuat tayar dan import dari luar negara.



Boleh jadi ia di import dari negara yang maju atau kurang maju sebabnya disana mungkin ada golongan yang sering menukar tayar setelah guna beberapa bulan maklumlah cuaca kan sentiasa berubah.


Setelah aku membuat pencarian di internet, terdapat banyak kedai tayar terpakai yang semakin membiak di sekitar lembah klang.



Salah satu yang aku jumpa adalah di kawasan bandar puchong, Selangor. Salah satu kedai tayar terpakai yang menawarkan harga mampu milik malah turut menyediakan perkhidmatan pemasangan tayar.


Harga tayar bermula dari serendah RM60 sebiji dengan kadar peratus bunga pula dijamin tidak kurang dari 50% ketebalan.



Paling menarik hampir semua jenama ada dan harga pula bergantung pada ketebalan bunga bukan jenama semata-mata.


Kos pemasangan adalah percuma, tapi balancing tayar kena caj setiap biji.


Share this:

 
HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)