Terkini

Error 0x00000709 | Printer Yang Tidak Boleh Set Default

Artikel ini adalah sebahagian dari catatan tugasan DIY dimana masalah error ini akan terjadi bila selesai memasang printer driver di pc windows.



Walaupun bukan setiap kali dapat gangguan error tersebut tapi bila dia muncul, automatically akan membuatkan diri kurang pandai serta terus berfikiran patutkah windows ini patut di reformat.

Hari ini datangnya kerajinan aku untuk log kan cara penyelesaian disini supaya dapat membantu pengguna lain yang sedang mencari tutorial dalam bahasa melayu.


Artikel ini dalam segmen sembang komputer supaya dapat berkongsi pelbagai pengalaman dari penulis-penulis terpilih.

Tahukah masih ada orang kita yang tidak mahu belajar memasang printer walaupun segala manual sudah disediakan didalam kotak.

Alasan yang sering dapat adalah, 'Saya tidak berani nak pasang kerana risau tersalah sekaligus merosakkan'. Mungkin ada pelbagai lagi alasan yang kerap digunakan oleh golongan bangsawan ini.

Dengan alasan itu maka tidaklah aku kisah sangat kerana setiap jenama printer cara pemasangan dan masalah ralat mungkin berbeza.

Bila berbeza maka dapatlah pengalaman baru untuk digunakan dimasa hadapan. Cerita tentang pengalaman maka salah satu ralat yang menyusahkan kepala ku bilamana windows gagal set default untuk printer driver yang telah ditetapkan.



Sambil mengeluarkan kotak 'error 0x00000709' dan atas hasil percubaan menyelesaikan masalah ini tanpa perlu reformat adalah dengan mengubah tetapan secara manual melalui 'Regedit.exe'.

Kepada yang tidak tahu cara mana menggunakan regedit, sila tekan logo windows di papan kekunci sambil menekan butang 'R' nanti dia akan keluar kotak 'RUN' .

Masukkan 'regedit' di dalam ruang kosong tu lalu tekan butang OK dan tunggu sehingga ruang registry terpapar untuk diubah suai secara manual.

1) Ikuti lorong dibawah
HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\WindowsNT\CurrentVersion\Windows.

2) Cari 'Device'
Klik dua kali dan padam nama printer yang lama dan tukarkan kepada nama printer baru dengan copy&paste dari Devices & printers lalu tekan butang OK.

3) Jika terima 'Error Editing Value' sila klik kanan di folder windows dalam registry tadi dan pilih 'Permissions' lalu tick 'Full Control'  lalu tekan apply dan ok dan sila cuba lagi untuk rename kepada nama printer baru.

4) Akhir sekali untuk menjayakan misi ini kita rename juga 'UserSelectDefault' tukar kepada nama printer baru anda.

Selesai ubah suai di bahagian registry balik semula ke bahagian devices&printers dan printer baru itu sudah pun di set default seperti yang dikehendaki.

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)