Terkini

Pelayar Brave Mempunyai Ciri Baru Yang Dilengkapi Tor

Pelayar Brave versi desktop yang baharu didatangi dengan ciri-ciri privasi dimana ia menyediakan Tab Peribadi yang disambung dengan rangkaian Tor.



Tor adalah sebuah teknologi yang berfungsi untuk melindungi data pengguna dari terdedah. Brave versi desktop telah melakukan cubaan mengitergrasikan rangkaian Tor kepada pengguna bagi membantu melindungi privasi.


Pada masa ini kami telah melakukan ujicuba di OS linux mint dan dapati ia telah beralih arah dari platform Mozilla kepada Chrome. Versi yang kami ujicuba terkini mint adalah 0.55.20 Chromium: 70.0.3538.67 (Official Build).



Oleh kerana sekarang ia menggunakan versi chrome maka pengguna boleh menikmati pelbagai Extensions dari Chrome Web Store. Manakala cara penggunaan 'Tab Peribadi Baru Yang Disambung Tor', pengguna boleh cuba dengan memastikan alamat IP telah berubah ke negara lain.


Dunia internet semakin maju dan rata-rata pengguna telah mempunyai kesedaran mengenai isu privasi yang tersebar di ruang internet tanpa pengawasan.


Hakikatnya pelayar Brave bukanlah Tor yang sebenar kerana ia hanya meletakkan ciri Tab peribadi bagi kemudahan pengguna melepasi sekatan ISP di negara masing-masing.


Pembangun Brave juga menasihatkan pengguna yang benar-benar memerlukan privasi dinasihatkan untuk menggunakan Tor. Kajian turut menunjukkan tab privasi yang terdapat di pelayar lain sama sekali tidak begitu menjaga data peribadi.


Maka dengan cubaan meletakkan Tab Privasi Tor pada pelayar Brave adalah untuk memastikan alamat IP pengguna tidak mudah tertedah. Tahun lepas Brave juga melancarkan Token (BAT) untuk menggerakkan platform pengiklanan digital berdasarkan blokchain bertujuan untuk mengurangkan iklan invasif yang seringkali dianggap mempunyai script pengintip.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)