Terkini

Percutian Singkat Di Bandar Brinchang, Cameron Highland

Cameron Highland terkenal dengan keindahan pemandangan ladang yang menghijau serta mempunyai udara yang sejuk lagi nyaman.



Tanah Tinggi Cameron dahulu boleh dikatakan kawasan percutian peranginan kerana ia memiliki udara sejuk tambahan lagi jika di ketika malam hari dimana tiupan angin dari luar tingkap pun sudah mampu menggantikan penghawa dingin.


Ketika perjalanan dari Kelantan menuju Kuala Lumpur pasti akan lalu gua musang dan jika kita ingin naik ke tanah tinggi Cameron dari masjid Lojing penghujung jalan dia adalah Tapah, Perak dan terus keluar lebuhraya plus utara-selatan lokasinya agak startergi kerana berada di tengah-tengah antara negeri perak dan kelantan manakala Cameron adalah sebahagian dari tanah Pahang.


Pengalaman kami ketika memandu menuju ke Cameron melalui Lojing, Kelantan. Keadaan permukaan jalan raya tidak begitu cantik dan mempunyai banyak spot jalan berlubang serta tanah runtuh dan mujur setiap lokasi itu mereka meletakkan papan peringatan supaya pemandu dapat mengelak.



Udara Tanah Tinggi Cameron masih sejuk seperti dahulu?


Ini adalah pertanyaan yang sering ditanya, jawapan kami adalah anda harus membuat sedikit sebanyak kertas kerja berdasarkan geografi dimana lokasi yang tinggi dan mempunyai hijauan pokok semestinya masih mempunyai udara nyaman dan sejuk.


Manakala jika anda lewati kawasan bandar seperti Tanah Rata dan bawah dari itu, udara sudah tidak begitu sejuk kerana faktor pembangunan yang tidak terkawal oleh manusia yang gilakan keuntungan.


Bandar Brinchang adalah kawasan pilihan kami kerana kelihatan masih kurang dengan pembangunan namun ketika kami mengunjungi sudah ada bangunan-bangunan sedang sibuk dibina. Oleh kerana itu kiraan kami dalam tempoh kurang dari 10 tahun bandar Brinchang pasti akan mengalami perubahan iklim dan ketika itu tempat penginapan sudah mula kena memasang penghawa dingin untuk pelangan.


Lokasi sarapan pagi pilihan kami di Brinchang



Memilih lokasi sarapan juga penting bagi kami kerana inginkan udara nyaman maka gerai tepi jalan adalah tempat terbaik. Disini mempunyai gerai yang menjual hidangan nasi lemak ayam berempah dan roti canai paling penting ia berdekatan dengan masjid.



Harga makanan disini jangan hairan jika ada sedikit perbezaan dari tempat korang sebabnya segala bahan-bahan mereka mungkin dibawa dari bawah kecuali sayuran.


Kos penginapan pula bergantung pada hari tertentu jika pergi waktu kemuncak sudah pasti ia mahal manakala kami pula datang waktu bekerja dapatlah separuh harga. Paling menarik ada kelompok yang mengambil keputusan tidak menginap mana-mana hotel salah satu sebab adalah membazir jika berjalan dari pagi hingga malam.


Untuk pengetahuan kita bersama lokasi-lokasi menarik untuk bergambar semuanya berbayar ya jadi jangan mimpi nak dapat pemandangan yang cantik ketika bergambar kecuali terpaksa keluarkan duit dan bayar di kaunter semata-mata untuk ambil gambar di kawasan dalam.


Sekarang pula musim hujan maka dapatlah pengunjung menikmati suasana sejuk diatas dan waktu tengah hari pula jika tidak hujan cuaca tetap terasa bahang kepanasan dan disarankan cari tempat berteduh jangan pula korang berlagak duduk bawah sinaran matahari macam di korea konon.


Mencari penginapan bersesuaian dengan bajet, boleh cuba kotak carian agoda dibawah



Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)