Terkini

Perodua Aruz SUV Pertama Dengan Harga Bermula RM72,900

Perodua Aruz sudah boleh ditempah dengan dua varian iaitu 1.5X dan 1.5AV (tidak termasuk insurans).



Malam semalam kami sempat lihat secara live streaming melalui channel youtube paultan.org danterima kasih kepada mereka kerana sudi memaparkan siaran langsung. Apa yang kami dapati ini adalah pertama keluaran model versi SUV dari Perodua dimana ia mungkin bakal memenuhi jalanraya tidak lama lagi.


Harganya jika ingin dibandingkan dengan kenderaan SUV yang lain sudah pasti jauh lebih murah walaupun ada individu mengatakan enjin Aruz mungkin akan mengalami berat kerana ia menyediakan ciri tujuh tempat duduk(7-Seater).


Namun ia bukanlah satu masalah kepada golongan yang berkeluarga kerana apa yang kami lihat dari segi ciri-ciri keselamatan seperti bag udara yang terdapat di kenderaan ini pun sudah kelihatan cukup terbaik.



Perodua Aruz SUV dilengkapi sistem A.S.A 2.0 (Advanced Safety Assist).


Ciri sistem keselamatan ini telah ada pada Myvi namun dari segi prestasi diantaranya telah diberikan peningkatan kepada Aruz.


Bahagian gear juga telah diberikan nafas baru kerana reka bentuk seakan versi Toyota Wish dimana ia tidak lagi perlu menekan sebarang butang semasa menukar gear.


Bahagian yang kami suka adalah tempat duduk belakang kini sudah mempunyai saluran penghawa dingin yang diletakkan dibahagian tengah kenderaan tidak seperti model Alza sebelum ini yang hanya bergantung harap sepenuhnya dari ruang dashboard hadapan.


Walaubagaimana pun disini kami tidak dapat memberikan gambaran dan ciri-ciri sepenuhnya apa pun yang kami lihat adalah ia sangat baik buat yang berkeluarga besar kerana mempunyai ruang bonet yang mencukupi.


Warna yang ada pada Perodua Aruz adalah 1. Amazon Green 2. Granite Grey 3. Eletric Blue 4. Glittering Silver 5. Ivory White maka pilihan rakyat sudah semestinya warna putih atau biru untuk nampak lebih menyerlah di jalan raya.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)