Terkini

FatBoi Mee Tarik Milik QSR Brands Yang Perlu Anda Cuba

Tahukah anda QSR Brands milik Johor Corporation(JCorp) kini telah mempunyai produk mee tarik FatBoi yang mampu bersaing dengan jenama lain seperti kimb*ll dan Pre*go.



Dengan kemunculan mee tarik FatBoi ini pengguna muslim bumiputra boleh menjadikan ia sebagai produk alternatif dengan harapan membantu mengukuhkan ekonomi ummah dan syarikat milik bumiputra. Kepada yang masih tidak tahu restoran Kentucky Fried Chicken(KFC), Ayamas, Life dan Pizza Hut Malaysia turut dimiliki oleh QSR Brands .

Jika sebelum ini penulis ingin menikmati hidangan mee spaghetti semestinya yang menjadi pilihan ketika itu adalah dari jenama Kimb*ll dan Pre*go kerana semasa itu belum ada lagi syarikat bumiputra yang ingin bersaing dalam pasaran pengiklanan produk mereka di kaca TV dan media sosial sehinggalah munculnya mee tarik FatBoi dan ia membuatkan kami rasa sungguh teruja.



Tanpa membuang masa penulis terus pergi ke pasaraya berdekatan iaitu Mydin Subang Jaya untuk mencari produk mee tarik FatBoi dan ia telah dijumpai dengan harga pada ketika itu sekitar RM3.50 untuk setiap perisa.

Perisa yang ditawarkan oleh FatBoi adalah Asli, Labu dan Oat setelah itu kami pun pulang dan melakukan penyedian bahan masakkan dengan menggunakan kuali baru Tefal Non stick.

Baca artikel berkaitan Tefal : https://www.sekejung.com/2019/04/tefal-kuali-non-stick-kebaikkan-dan.html

Sesudahnya memasak dengan menggunakan bahan yang simple lalu kami mencuba mendapati memang setanding dengan mee spaghetti jenama keluaran lain. Nak tahu bahan resepi? rahsia dia adalah bahan campak-campak sahaja bak kata orang legend yang mahir memasak.




Gambar diatas ada kelihatan seperti spaghetti yang sedap lagi puas hati tak? baiklah sebelum itu kami ada menerima maklumat semasa melakukan rondaan di pasaraya NSK dimana kelihatan harga produk ini hanya RM 2.70 jauh lebih murah dari pasaraya Mydin.

Share this:

Catat Ulasan

 
HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)