Terkini

Kecoh! Telenor (Digi) Bergabung Bersama Axiata (Celcom), Adakah Akan Memberi Kesan Buruk?

Syarikat gergasi telekomunikasi bergabung kecoh kerana Telenor memiliki saham terbesar Axiata selepas khazanah terpaksa melepaskan beberapa peratus sahamnya.



Bukan nak cerita seperti kita tahu segalanya tentang dunia korporat tetapi rata-rata yang sedang memekak di media sosial tu agaknya mereka tahu ke selok belok urusan perniagaan atau sekadar menjadi pengguna semata-mata. Tahukah kita dalam perniagaan yang berstatus korperat hanyalah gah pada namanya sahaja namun secara sedar atau tidak pemiliknya sering sahaja bertukar tangan mengikut peredaran zaman iaitu dari era GSM, 3G, 4G, 5G.


Jadi yang menjadikan ia sebuah perniagaan menguntungkan atau tidak adalah bergantung dari keputusan setiap pemegang saham dimana adakah mereka bersetuju untuk menaik taraf akan setiap perancangan yang di bentangkan oleh pengurus syarikat. Jika tidak besar kemungkinan pelangan akan port in ke syarikat telekomunikasi yang menawarkan pakej lebih menarik dan mengikut citarasa keperluan masa kini.



Khabarnya syarikat gergasi telekomunikasi yang sudah bertapak lama turut membuka peluang perniagaan kepada syarikat MVNO bagi memperluaskan lagi perkhidmatan sambil mengaut keuntungan dari hasil sewaan pencawang. Manakala apa yang kami dapati kebanyakkan syarikat MVNO lebih kearah program multi level marketing atau dikenali sebagai simkad menjana pendapatan iaitu pengguna boleh menjana pendapatan dengan menawarkan simkad mereka kepada orang ramai.


Namun kebanyakkan program itu ada pasang surutnya sambil mengikut peredaran zaman disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan seperti tawaran pakej internet, panggilan dan SMS yang lebih mahal dari pasaran serta pernah juga sekeping simkad dijual dengan harga dari RM10 - RM100 mengikut sesuatu tahap iaitu dari pengguna sehinggalah mencecah tahap pengedar.


Saya tidak mahu menyebut senarai nama syarikat yang menawar program multi level marketing itu tetapi kepada sesiapa yang ingin cuba dipersilakan cuba sebabnya mindset di Malaysia jika nak berjaya harus berani berniaga atau menjual dengan orang walaupun adakala ia tidak mendatangkan keuntungan kepada pelangan.


Berbalik kepada isu yang sedang panas atau sengaja dipanaskan ini, pada kami ia hanyalah sebuah perniagaan yang sebahagian saham sebelum ini dimiliki oleh syarikat kerajaan semasa Barisan Nasional memerintah dan setelah bertukar kerajaan ia telah dijual semula dan kini dimiliki oleh syarikat Telenor dari Norway dan berkemungkinan ada pekerja yang akan diberhentikan kerja secara VSS atau MSS.


Berbalik kepada netizen yang sedang bersedih tu adakah anda sedang menggunakan perkhidmatan Celcom? Jika tidak, tak perlulah bersedih kerana segala keuntungan itu sama sekali tidak akan masuk ke poket anda kecuali anda adalah sebahagian dari pemegang saham Axiata. Akhir sekali adakah syarikat MVNO akan terkesan haa yang itu kena tunggu berita seterusnya dari pihak Telenor sama ada ingin meneruskan kontrak atau pun tidak, katakan Telenor tidak mahu meneruskan maka selamat tinggal kepada syarikat MVNO yang sedia ada atau sudah boleh menghantar proposal kepada syarikat gergasi telekomunikasi yang lain.


Siapa yang tidak bersetuju akan posting ini atau mempunyai kesalahan maklumat dipersilakan luahkan pendapat anda pada ruang komen dibawah semoga ia bermanfaat untuk orang lain.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)