Terkini

Hidangan Ikan Patin Masak Tempoyak Mudah Lagi Sedap

Tibanya musim durian runtuh sudah pasti akan ada tempoyak namun kepada yang tidak gemar pada bau buah durian anda mungkin mengalami kerugian sedikit, tapi tidak mengapa tidak suka buah durian tidak semestinya tidak suka gulai tempoyak.



Tempoyak ni ada bermacam jenis cara masakan mengikut negeri paling penting tengok tangan siapa juga, kena tangan yang tak bedung haa korang telan jelah tapi kalau kena yang super sedap risau hirup kuah tanpa nasi woiii jangan buat pasal.


Mengikut pengalaman bahawa ada dua buah negeri cara masakan yang berbeza, nama hidangan mungkin sama tapi cara penyedian agak berbeza. Masakan negeri yang pernah saya rasa adalah dari air tangan orang Perak dan Pahang.



Masakan kuah tempoyak dari negeri Perak adalah lebih cair berbanding dari kuah tempoyak negeri Pahang namun itu tidak menjadikan isu cuma pendapat saya mengatakan mungkin kuah yang cair itu mempunyai sifat berjimat cermat dalam setiap masakan dia berbanding dari kuah tempoyak orang Pahang jika boleh habis satu balang tempoyak dia nak curah tujuan memekatkan lagi kuah.


Tapi tidak mengapa kerana itu cumalah andaian mengikut negeri sahaja, alangkah baik jika kita menjadi seorang individu tanpa menghiraukan kelahiran negeri manakah.


Siapa yang kata susah nak masak gulai tempoyak ikan patin ala temerloh pahang sila teruskan membaca bahan-bahan dibawah bagi memudahkan korang ketika memasak di dapur.


Sebelum petik api dapur pastikan korang sudah sediakan bahan seperti dibawah risau nanti dah masak separuh jalan tetiba garam habis pula kan tak syiok nanti.



Bahan Penyedian:-


- Ikan patin

- Tempoyak

- Asam keping

- Cili padi

- Bunga kantan

- Garam

- Gula

- Daun kesum

- Kunyit hidup


Korang kisar tempoyak bersama kunyit hidup dan cili padi (jika suka kepedasan) bersama air sedikit, setelah selesai curahkan hasil kisar itu kedalam periuk dengan api yang kecil doktor pakar pesan jika nak memasak pastikan menggunakan api yang kecil kerana ia lebih sihat berbanding menggunakan api yang besar.


Masukkan bunga kantan dan daun kesum lepas tu masak seketika beberapa minit sehingga daun kesum kelihatan layu, seterusnya masuk pula ikan patin dan teruskan memasak seketika sehingga mendidih paling penting berhati-hati ketika gaul supaya ikan patin tidak hancur kena senduk korang.



Perasakan dengan garam dan gula sehingga kena dengan citarasa tekak korang, selesai semua tu hidangan gulai tempoyak ikan patin korang sudah pun boleh dihidangkan kepada ahli keluarga atau untuk diri sendiri.


Share this:

Catat Ulasan

 
HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)