Terkini

'Street Raya' 2019 Mempunyai Pengurusan Yang Gagal

Menurut sumber anjuran ini adalah gabungan sepenuhnya dari kewangan JAWI dan MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN(MAIWP) walaubagaimanapun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) turut tidak ketinggalan untuk bergabung.



Anjuran ini juga dapat kelulusan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof. Beliau dengan angkuhnya berkata program tersebut tidak melibatkan kewangan dari Jabatan atau sebagainya menurut sumber dari utusan.com.my.


Secara umumnya telah bersepakat (ittifaq) dan ijmak bagi semua fuqaha, bahawa yang layak menerima zakat itu adalah daripada kalangan orang Islam sahaja. Ertinya, tidak boleh memberikan zakat kepada non-Muslim.



Tapi dalam isu ini anjuran ini telah dilakukan sepenuhnya dari tabung kewangan Umat Islam di Malaysia dan majoriti yang datang adalah dari bangsa Melayu yang beragama Islam. Namun Non-Muslim juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan lagi suasana rumah terbuka yang pada kami tidaklah terbuka sangat.


Penilaian pertama kami adalah isu sumber kewangan seterusnya waktu anjuran pula di jadualkan bermula jam 2pm - 6pm dan berlokasi terbuka iaitu di jalan dataran merdeka.


Orang ramai perlu berpanas terik beratur demi makanan adalah tidak patut dan kami kesian kepada ibu-bapa yang bawa anak kecil mereka tanpa berpayung dan terpaksa berkhelah di lantai yang tidak berbumbung.


Kami melihat dari sudut ramalan cuaca pula mengatakan pada hari tersebut akan berlaku hujan lebat bahkan ia tidak sepatutnya buat pada kawasan terbuka demi keselesaan pengunjung. Gambaran dibawah adalah ramalan kaji cuaca untuk seminggu bermula 7 julai 2019 dimana memberitahu akan terjadi ribut petir selama beberapa hari semenjak 6 julai 2019.



Benarkah pihak penganjur atau Jabatan Menteri telah membuat kertas kerja peracangan yang sungguh teliti sebelum meluluskan program rumah terbuka itu? Baiklah mari kita lihat gambaran-gambaran dibawah dimana kita akan dapat lihat betapa gagalnya program ini serta memberi nama buruk kepada JAWI dan MAIWP .


Jika ada wartawan menunjukkan gambaran dari sudut positif kami boleh mengatakan mereka mungkin sayang dengan kerjaya yang ada sekarang ini namun bagi kami realiti adalah lebih baik dari berpura-pura.



Ini adalah dewan bandaraya kuala lumpur yang gah di tengah kota namun kita dapat lihat ada pengunjung yang terpaksa duduk bersila dibawah tanpa alas apa pun belum lagi fokus pada anak tangga di hadapan itu. Tidak cukup ruang tempat duduk untuk menikmati hidangan yang berada di lokasi tidak berbumbung.


Pengunjung lain pula memberitahu kami bahawa makanan masih banyak tapi tidak boleh ambil sebab kehabisan pinggan dan cawan jadi pada kami program ini sangatlah gagal kerana masih ramai pengunjung yang tidak dapat menikmati walaupun makanan masih banyak.


Dalam Islam ia adalah satu program pembaziran dan tidak adil sama sekali kepada umat Islam dan terutama pemberi zakat dan sedekah di tabung masjid dan surau jumaat.



Pihak penganjur tahu atau tidak berkaitan masalah rakyat atau pengunjung terutama yang ada anak kecil? Adakah penganjur atau DBKL tidak mempunyai sikap prihatin dengan memperuntukkan lebihan khemah di lokasi-lokasi yang stratergik untuk memberi keredupan kepada pengunjung paling jahat pun buatlah program dimalam hari.


Kami dapati anak kecil itu terpaksa berbumbungkan payung sambil separuh bogel kerana mengalami situasi tahap kepanasan yang melampau. Dan tidak cukup dari itu ada beberapa pengunjung pengsan atau pitam ketika beratur di bawah matahari yang sungguh terik sehingga pihak kami sendiri tidak mampu berada di kawasan tempat pengagihan makanan untuk meninjau suasana.



Dua mangsa telah mengalami pening kepala yang kritikal sehingga tidak mampu berdiri untuk berasak mengambil makanan dan dijaga oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Jika anda perasan ada kanak-kanak yang turut tidak berbaju disebabkan cuaca sedang kemuncak panas.



Pengurusan plastik sampah turut gagal di kawal oleh DBKL, oleh kerana itu rakyat terus menerus membuang sampah merata-rata kerana tiada penyedian tong sampah yang mencukupi serta proses pengangkutan yang perlahan.


Jadi pada kami ini adalah penindasan yang besar-besaran kepada rakyat terutama miskin bandar yang terpaksa datang berjalan kaki dari perhentian masjid jamek untuk menghadiri majlis rumah terbuka oleh pihak JAWI, MAIWP dan lain-lain yang terlibat.


Ini juga boleh dianggap penyalahgunaan dana kewangan umat Islam secara terang menerang kerana kami menerima aduan dimana masih ramai pengunjung yang gagal mengambil makanan ketika program tersebut berlangsung dan mereka ini turut terpaksa membatalkan niat dengan bawa diri untuk pulang dan sebahagian lagi menuju ke jalan Tar.


http://www.jawi.gov.my/

https://www.maiwp.gov.my/

http://www.met.gov.my/

http://www.dbkl.gov.my/

http://www.civildefence.gov.my/

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)