Terkini

Terkejut Dapat Bil GX50 Umobile Berjumlah Diluar Jangkaan, Jom Lihat Penjelasan Dari Mereka

Pengguna postpaid yang setia pasti pernah melalui detik hitam dimana penyata bil bulanan tidak serupa dengan harga yang di iklankan jadi apakah penjelasan dari pihak satu ini?



Disebabkan kami menerima pertanyaan dari pengguna postpaid umobile sendiri dimana mereka pernah menerima penyata bil yang berjumlah diluar jangkaan maka pihak kami pun bersetuju untuk melangan prabayar dari umobile untuk percubaan iaitu pelan GX50.


Semasa kami menggunakan prabayar GX50 dari umobile ini pertama sekali dapati rangkaian 4G tidak di aktifkan secara auto malah kita yang harus menghantar SMS untuk pengaktifan.


Baca artikel berkaitan sebelum ini Rebut diskaun RM10 setiap bulan dari umobile GX50



Mengenai penggunaan data internet pula pada kami memang senang hati disebabkan tidak perlu fikir untuk jimatkan data namun yang menjadikan isu cuma kelajuan internet mempunyai had iaitu sekitar 5Mbps sahaja mengikut lokasi serta had kelajuan torrent pula sekitar 64kbps dan hotspot cuma diberi sebanyak 5GB.


Panggilan telefon memang tanpa had cuma kami ada kekeliruan sedikit dibahagian Voice/SMS tapi tidak mengapa dibawah nanti kami tunjukkan keterangan dari pihak khidmat pelangan mereka. Panggilan tanpa had senang ketika digunakan semasa menghubungi talian hotline seperti bank dan lain-lain. Jika anda pernah menghubungi talian hotline pasti akan terasa arghh!! lamanya nak tunggu robot mereka beri arahan tak pasal-pasal kredit prepaid kehabisan tapi perkara itu tidak akan terjadi bila anda mempunyai panggilan tanpa had.


Penggunaan data setakat dalam tempoh percubaan selama sebulan ini kami berjaya manfaatkan sekitar 30GB termasuk hotspot 5GB. Macam-macam la kami muat turun mahupun muat naik tanpa segan silu dan periksa baki data seperti pelan yang ada di pasaran sekarang ni.


Pengakhiran

Sudah tibanya kami menerima penyata bil bulanan dan hasilnya memang mengejutkan, sepertimana kita lihat dalam iklan GX50 adalah RM50 setiap bulan namun bila penyata bil keluar lain pula ceritanya.


Ceritanya bermula ketika proses pendaftaran gx50 dengan mengekalkan nombor lama tidak memerlukan sebarang kos walaupun dalam terma dan syarat sudah tertulis kesemuanya. Tapi masalah orang kita ni mana rajin membaca dibahagian tu dan oleh kerana itulah ramai yang terperangkap dengan pelbagai yuran yang dikenakan oleh syarikat penyedia.



Gambaran diatas menunjukkan SMS penyata bil GX50 kami telah pun tiba, berasa hairan kenapa harga bil postpaid GX50 ini boleh mencecah hampir RM 100 dan maklum balas yang diperolehi daripada pihak khidmat pelangan mereka pula berbunyi seperti gambaran dibawah.



Untuk pengetahuan kita bersama, pendahuluan akses telah pun dikenakan dengan harga RM 50 dan seterusnya kami pun pelik sebenarnya apakah yang dimaksudkan yuran akses yang dicaj sehingga RM 31.667. Seterusnya statement bil juga telah dikenakan caj sebanyak RM 3.


Kemaskini isu bil terperinci RM 3: Kami dapati bil adalah helaian kertas yang akan dihantar ke peti surat anda namun ia dapat dihentikan dengan menghubungi khidmat pelangan umobile dan setelah selesai anda telah pun jimat RM 3.


Dan bahagian 4. iaitu menunjukkan 'Voice / Video / MMS / SMS ' yang dikenakan caj RM 2.90 pun belum dapat dipastikan apakah yang dicaj sebenarnya adakah voice mail atau SMS. Duti setem RM 10 dah macam beli rumah pula kami rasa siap ada duti setem bagai, bahagian rebate RM 10 dah macam tak berfungsi pula.


Kemaskini isu bahagian 4.: Diberitahu bahawa panggilan ke talian hotline seperti 1800 xxx xxx dikenakan caj sebanyak RM 2.70 manakala SMS caj 20sen sebanyak dua kali penghantaran dengan jumlah keseluruhan adalah RM 2.90.


Akhir sekali SST 6% sebanyak RM 4.65 , tahukah anda perbezaan postpaid dan prepaid dimana jika dulu setiap kali prepaid melakukan tambah nilai pengguna dikenakan cukai gst 6% begitu juga bil postpaid. Tapi sekarang sudah berbeza iaitu hanya bil postpaid sahaja yang dikenakan cukai perkhidmatan.


Huraian dalam artikel ini adalah untuk perkhidmatan Umobile postpaid GX50, manakala perhidmatan dari syarikat telekomunikasi yang lain belum lagi kami berkesempatan untuk melakukan tinjauan. Semoga penjelasan diatas dapat membantu anda membuat keputusan untuk memilih postpaid atau prepaid paling penting masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)