Terkini

Steamboat : Mencuba Resepi Hidangan Oden Korea

Sebelum ni tular di internet bahawa kedai Family Mart ada membawa masuk hidangan Oden ala Korea tidak lama kemudian warga tempatan pula mula buka perniagaan makanan Oden gaya Malaysia, dimana hidangan negara asal mempunyai kuah yang pedas namun bila masuk sini kuahnya ditukarkan kepada perisa Tom Yam.



Kami pun cubalah hidangan ini dengan menggunakan perisa Tom Yam campur Asam Laksa keluaran bumiputra iaitu Adabi. Bahan beku pula kami cuba dapati dari pasaraya berhampiran iaitu Giant Hypermarket, tolak sana tolak sini dapatlah bajet sekitar RM50 untuk dua hingga tiga jenis bahan beku seperti sosej keluaran Ayamas.


Tidak lupa juga pada bebola daging dan bebola ayam keluaran Ramly bagi mendapatkan gambaran yang cantik dan sedikit sebanyak sayur sawi serta kek ikan dan kek ketam seperti gambaran dibawah.




Sedikit nasihat ketika memulakan celupan diminta jangan korang tuang semua bahan beku tu kerana risau akan berlakunya pembaziran apabila gagal dihabiskan kecuali ramai.


Seterusnya bagi mengekalkan rasa kuah sila elakkan rendam bahan beku lama-lama, paling baik celup apa yang korang nak makan sahaja. Tips ini membolehkan kuah Tom Yam disimpan dan dipanaskan semula pada esoknya.


Pada penilaian kami, hidangan ini mampu melupakan nasi seketika disebabkan kenyang minum sup Tom Yam, oleh kerana itu kononnya dapatlah kami belajar berdiet kerana cuba mengamalkan makanan ber-sup.


Akhir kata, Korea dan Jepun mempunyai oden tapi perbezaan hanyalah pada kuah dan bahan beku dia. Korea lebih kepada makanan pedas manakala Jepun kuah oden dia tidak pedas tapi ada sedikit rasa manis.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)