Terkini

Resepi Ayam Masak Halia Berkuah

Kali ini CikSue nak kongsikan resepi masakan ayam yang mudah dan sangat sedap iaitu Resepi Ayam Masak Halia.



Kadang kala kita tak perlu bersusah payah untuk masak sesuatu yang terlalu complicated untuk dihidangkan kepada keluarga.


Cukup sekadar masakan yang mudah tapi istimewa hidangan air tangan sendiri, dan dipadankan pula dengan nasi yang panas. Memang sedap! Sila lah cuba resepi ini.



Penggunaan halia juga sangat elok untuk sesiapa yang selalu mempunyai perut kembung dan ingin membuang angin dalam badan.


Menu ayam masak halia ini juga sering disarankan kepada ibu-ibu yang bersalin dan berpantang selepas melahirkan anak.


Bahan-Bahan:

Ayam Separuh

Halia Dihiris

1 Batang Serai Dibelah Dua Dan Diketuk

1 Sudu Kecil Lada Hitam

1 Ulas Bawang Merah

3 Ulas Bawang Putih

Daun Bawang

Lada Sulah

2 Sudu Sos Tiram

2 Sudu Tepung Jagung Dibancuh Sedikit Air

Kicap cair

Garam dan perasa

5 Biji Cili padi

1 Tomato


Cara penyediaannya

Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia yang dhiris dan serai sampai naik bau. Masukkan ayam, masak seketika sampai ayam dah empuk sedikit.

Letak sedikit lada hitam, lada sulah, sos tiram dan kicap cair selepas itu masukkan air dua cawan, biarkan seketika sampai mendidih.

Sudah mendidih boleh masukkan tepung jagung yang dibancuh bersama air. Kacau selepas itu masukkan cili padi, tomato dan daun bawang.

Jangan lupa perasakan bersama garam dan maggi cukup rasa, siap untuk dihidang, Selamat mencuba!.

Share this:

Catat Komen

 
HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)