Terkini

Rahsia Kata Kunci Google Untuk Mencari Lokasi - Keywords

Ramai yang telah menggunakan jalur lebar dan peta atas talian seperti Google Maps untuk mencari kedai mahupun petrol pump tapi jika penggunaan kata kunci anda kurang tepat maka hasil pencarian juga kurang tepat.



Nak dijadikan cerita rahsia penggunaan kata kunci di internet sangatlah penting kerana pengasas enjin carian seperti Google dan lain-lain telah sedaya upaya membuat kod tersembunyi bagi kemudahan pengguna tertentu mencari maklumat. Tapi kod kata kunci yang tersembunyi itu hanya sebahagian sahaja dapat di ketahui secara umum dan selebihnya korang selongkah sendiri.


Sekitar tahun 2009 jika ada yang masih ingat penggunaan kata kunci '94FBR' begitu femes maklumlah zaman itu sedang teruja dengan penggunaan dongle broadband dan software percuma.



Kaedah kata kunci (keyword) turut digunakan oleh askar seluruh dunia tapi dengan menggunakan kod yang berbeza sebab kalau sama senanglah musuh nak mengintip betul tak. Namun ia berbeza ketika sedang mencari maklumat di enjin carian seperti Google.



Penulis bukanlah nak kongsikan keyword terlarang dalam artikel ini, tapi keyword yang ada faedah pada korang terutama ketika menggunakan peta Google atau enjin carian. Katakan kita berada di luar kawasan selain berhenti untuk bertanya orang kita juga boleh menggunakan keyword di Google.


Contoh kalau korang lapar pada tengah malam, keyword yang perlu korang guna adalah 'near me', 'nearest me' bermaksud berdekatan.


Contoh senarai penggunaan penuh seperti dibawah:

'mcdonalds nearest me'

'kfc nearest me'

'petronas near me'

'petrol pump near me'

'atm nearest me'

'hospital near me'

'clinic nearest me'

'mcdonalds delivery'

'. . . . near me'


Selebihnya korang tambahlah ikut keperluan, sebenarnya banyak lagi rahsia kata kunci yang boleh didapati di internet tinggal rajin atau tidak. Sebab tu pakar IT pernah cakap kini maklumat semua dihujung jari tinggal nak tekan butang ENTER sahaja.


Akhir sekali data peribadi kita turut sedang berlegar di ruang internet tinggal nak cari kata kunci yang tepat sahaja untuk mendapatkan maklumat tersebut maka sila berhati-hati ketika berkongsi.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)