Terkini

Resepi Rendang Kerang Yang Boleh Anda Cuba Pasti Sedap

Rendang kerang selain sedap dimakan dengan nasi putih, juga sangat sedap dimakan dengan nasi lemak dan pulut kuning. Dalam posting ini saya kongsikan rendang jenis kering.



Sebelum itu jangan terkejut jika harga redang kerang agak mahal maklumlah nak menumis lagi nak keluarkan kerang lagi eh macam-macam lagi yang perlu dilakukan.


Nak tahu susah tahap yang macam mana? haa mari teruskan dengan penyedian bahan-bahan dibawah nak tengok kita sanggup layan ke tidak atau lebih mudah makan nasi kicap lauk telur mata.



Bahan-bahan

2 kg kerang direbus dan dikupas


Bahan-bahan untuk dikisar

1 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

2 inci lengkuas

2 inci halia

2 inci kunyit hidup

1 batang serai

15-20 tangkai cili padi


Lain-lain bahan

1 sudu besar rempah kari

1 keping asam keping

2 sudu besar kerisik

1 sudu gula

1 1/2 cawan pati santan

Garam dan bahan perisa secukup nya

Daun kunyit dihiris halus


Cara membuatnya

1) Masukkan semua bahan-bahan yang telah dikisar, pati santan, rempah kari dalam kuali. Masak di atas api sederhana sehingga sedikit kering, kemudian masukkan kerang dan gaul sampai sebati.


2) Biar sehingga rendang sedikit kering, kemudian masukkan pula kerisik, garam dan bahan perisa. Kemudian masuk daun kunyit lalu gaul sehingga rendang kering (Rendang yang kering atau berkuah mengikut citarasa sendiri).


Resepi ini dikongsi oleh NorSyahira Binti Yaacob.


Share this:

Catat Komen

 
HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)