Terkini

Pengalaman Mengatasi Masalah Tayar Motosikal Jenis Tubeless Bocor Di Celah Rim

Membeli barangan sparepart di internet adakala tidaklah indah walaupun harganya jauh murah dari bengkel-bengkel motosikal yang ada namun setiap pengalaman haruslah dijadikan sebagai sumber pembelajaran.



Siapa sangka tayar mempunyai ciri-ciri LUCK yang tersendiri walaupun ia kelihatan dibungkus dengan baik namun ia mungkin sahaja mempunyai permasalahan seperti barangan reject kilang atau kata foreman Copy Ori bermaksud produk tiruan.


Tapi pada masa sekarang ni golongan marhaen sudah semestinya mengharapkan sparepart murah di pasaran tapi haruslah terima permasalahan di masa datang sebagai contoh tempoh jangka hayat sesuatu produk after market atau jenama tiruan.



Berbalik pada isu tayar tubeless bocor di celahan rim ketika siap pemasangan tayar baru ada yang berpendapat semua tayar di pasaran mempunyai LUCK masing-masing. Ada tayar pasang terus jalan dan ada yang perlu melakukan pelbagai teknik bagi mengatasi kebocoran angin di celahan rims.



Teknik Pertama(1)

Sebelum proses pemasangan tayar baru pada rim foreman akan sapu minyak pelincir keliling tepi tayar bertujuan bila masuk angin bahagian yang disapu pelincir itu masuk masuk di bahagian tebing(bermaksud garisan yang sepatutnya dia berada ketika berada didalam rims).


Teknik Kedua(2)

Seterusnya jika teknik pertama gagal, boleh cuba dengan air dengan cara mengisi di sekeliling tayar lalu tembak dengan angin compressor bertujuan tekanan air itu dapat menolak tayar dibahagian dalam untuk masuk kedalam tebing.


Teknik Ketiga(3)

Rendam tayar bersama rims yang telah dipasang itu kedalam air sambil tembak dengan angin compressor sehingga ia berjaya masuk kedalam tebing.


Teknik Ke-empat(4)

Sebelum proses pemasangan tayar baru cuba sapukan seberapa banyak minyak grease dikeliling dalaman bahagian tebing rims bertujuan ketika tembak angin compressor grease itu dapat menutup bahagian kebocoran lalu memberi tekanan pada tayar untuk memasuki bahagian tebing.


Teknik Ke-lima(5)

Akhir ini paling mudah iaitu menggunakan perkhidmatan getah tiub mengikut saiz tayar dan pastikan jenama tiub yang dipercayai serta berkualiti bagi mengelak sebarang kebocoran dimasa hadapan. Contoh jika saiz tayar motosikal anda 80/90 pastikan tiub getah juga sesuai dengan saiz tayar iaitu 80/90 tapi kaedah penggunaan tiub didalam tayar tubeless mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri iaitu mungkin sahaja getah tiub itu mudah bocor disebabkan tersepit dengan tayar tubeless namun kelebihan pula ia memudahkan urusan DIY kepada seseorang yang mementingkan penjimatan.


Cerita tentang barangan internet dan foreman di bengkel isu ini memang sukar kepada pemilik bengkel mahupun foreman sebabnya, pelangan ingin harga murah untuk setiap barangan sparepart namun pemilik bengkel dan foreman pula mungkin sahaja gagal menjual barangan mereka dengan harga yang telah di markup.


Jadi jika anda membeli di internet dan gagal melakukan pemasangan DIY lalu menuju ke bengkel berdekatan untuk mengadu mungkin sahaja anda akan dimarahi kerana membeli barangan di atas talian lalu memerlukan kemahiran beliau untuk pemasangan sedangkan bengkel beliau turut ada menjual barangan sama cuma sedikit mahal dari internet.


Akhir sekali pastikan peralatan DIY anda mencukupi dan telah membuat researh di forum internet dan platform yang berkaitan apa yang korang nak buat contoh pertukaran tayar tubeless bagi mengelak dari mengadu hal di bengkel berdekatan.


Bukan kita tak nak sokong perniagaan mereka tapi adakala ekonomi kita mungkin sahaja tidak menentukan dan memaksa untuk melakukan secara DIY untuk perolehi pengalaman serta penjimatan kewangan. Manakala jika yang mempunyai wang lebihan tidaklah salah untuk mengharapkan 100% perkhidmatan bengkel-bengkel berdekatan.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)