Terkini

Apakah Ciri Kerosakkan Belting Kereta Dan Bila Masa Kena Tukar?

Eh..! kereta kan baru buat apa nak fikir hal belting dan ciri-ciri kerosakkan komponen yang lain bukan beli kenderaan second hand.



Walaupun status kenderaan baru, tahukah anda setiap komponen yang digunakan mempunyai tahap kualiti yang berbeza serta telah diuji tempoh ketahanan.


Lebih mudah difahami jaminan sesebuah kenderaan baru mengikut jarak kilometer dan tahun sahaja iaitu dari 100-150k/M atau 3-5 tahun sahaja sila rujuk buku manual.



Belting kenderaan pula boleh bertahan dari 60k-80k mileage bergantung pada kualiti. Jika inginkan penjimatan boleh cuba item after market atau copy ori yang lebih murah berbanding harga tulen.



Setakat ini perbezaan nak tahu belting bagus atau tidak adalah ia mudah mengeluarkan bunyi menyiut walaupun sudah di ikat dengan ketat. Seterusnya jangan lupa setiap pulley mempunyai bearing masing-masing dimana ia juga perlu diganti bagi kelancaran belting.


Akhir sekali sebelum proses pertukaran belting atau bearing pulley, hendaklah anda memastikan tahap gegaran enjin adakah engine mounting masih dalam keadaan baik atau sudah koyak kerana ia boleh memberi kemudaratan pada komponen enjin terutama bahagian bearing.


Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)