Terkini

Inginkan Alat Ganti Tulen Perodua? Tempah Sahaja Menerusi Kaunter Advisor Di Pusat Servis Mereka

Masih ramai yang tidak tahu akan hal ini dimana sering meletakkan sepenuhnya kepada pihak bengkel atau pengedar kecil untuk menguruskan tempahan sedangkan ia boleh sahaja ditempah menerusi pusat servis dan dijamin akan kualiti dan harga yang berpatutan.


Penulis pernah membuat kajian dengan mencari beberapa item alat ganti perodua seperti hos bahagian enjin di pengedar kecil ternyata mereka sendiri mengatakan ia perlu di tempah. Persoalannya tempah dari mana? Ya, semestinya dari pengedar sah Perodua atau pusat servis.


Dari situ kita sudah mula nampak akan perkhidmatan mereka dan sudah tentu kos perjalanan dan lain-lain akan diambil kira sekaligus ia telah menjadi mahal.



Pasti ada yang berpendapat dengan membeli alat ganti dari Perodua sudah pastinya mahal, sebenarnya yang membuatkan ia mahal adalah kos labour dan pelbagai cukai perkhidmatan yang lain contoh korang lepak dalam bilik aircond dan menikmati hidangan yang disediakan oleh pemilik pusat servis itu sendiri.


Tapi jika korang berhajat hanya nak beli alat ganti sahaja ia sudah pastinya jauh lebih murah dan paling penting adalah tulen dari pusat servis.


Bengkel-bengkel kecil hanya menyediakan kemahiran dan pengetahuan mereka sahaja tapi alat ganti tetap kena kehulur kehilir mencari pengedar dan dari situ sudah mula ada kos perjalanan dan berlaku tindihan harga.


Penulis ada beberapa kali menghantar cadangan kepada Perodua alangkah baik jika mereka menyediakan portal khas atas talian secara terbuka tujuan tempahan alat ganti.


PRO-Ganti

www.perodua.com.my

www.facebook.com/Perodua

Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)