Terkini

Apakah Punca Menyebabkan Obesiti Dalam Kalangan Remaja?

Obesiti merujuk seseorang yang mempunyai Indek jisim Badam (BMI) lebih daripada 30.


Akhir-akhir ini, ramai dikalangan remaja mempunyai berat badan berlebihan berbanding kesesuaian ketinggian mereka. Kebanyakkan kes kematian akibat sakit jantung berpunca daripda masalah obesiti yang tidak dikawal sejak kecil lagi.


Faktor utama obesiti dalam kalangan remaja adalah disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak seimbang. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja pada zaman ini tidak gemar menikmati makanan segar dalam kehidupan seharian mereka. Makanan yang berlemak dan kurang kandungan khasiatnya ini tetap menjadi pilihan remaja kerana rasa yang enak serta mudah untuk dibeli dimana-mana sahaja dengan harga yang berpatutan. Kesannya remaja tidak mempunyai kandungan nutrien yang seimbang untuk pembesaran sihat. Tegasnya, amalan pemakanan yang tidak seimbang merupakan punca utama remaja mengalami masalah obesiti.



Selain itu, faktor lain ialah gaya hidup remaja yang kurang bersenam. Hal ini disebabkan oleh remaja yang leka dengan hiburan media elektronik seperti televisyen, telefon pintar dan komputer sehingga enggan bersosial dengan masyarakat. Golongan ini malas unutk bersenam dan memilih unutk melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak berfaedah. Remaja yang enggan bersenam walaupun dinasihati oleh pelbagai pihak boleh dikaitkan dengan peribahasa seperti kera mendapat bunga kerana tidak menghargai nasihat yang diberikan.


Di samping itu, masalah tekanan juga merupakan faktor obesiti dalam kalangan remaja. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja menghadapi pelbagai tekanan daripada ibu bapa mahupun pihak sekolah. Meraka menganggap makan makanan yang berlebihan sehingga mencapai kepuasan. Jelaslah bahawa faktor obesiti dalam kalangan remaja adalah disebabkan oleh masalah tekanan.


Intihanya, bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa terdapat banyak faktor obesiti dalam kegemukan remaja. Ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Usaha untuk mengatasi masalah ini harus dilakukan secara berterusan dan bukan seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja. Komitmen daripada semua pihak untuk mengatasi masalah ini harus dilakukan supaya remaja dapat merealisasikan impian untuk mewujudkan sebuah negara yang gemilang.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)