Terkini

Bidang Geomatik Yang Perlu Anda Ceburi, “ Lubuk Duit “

Rupanya bila dah bekerja ni, barulah faham bidang ukur tanah atau geomatik ni sebenarnya bidang yang paling senang buat duit. Paling senang buat duit ? mesti tertanya-tanya kan?



Dulu saja-saja saja lepas SPM isi UPU mohon bidang ni, memang tak tahu pun bidang ni ukur tanah sebab nama ukur tanah sudah lama terkubur dan diganti dengan nama geomatik. Nampak macam wow kan bila guna nama geomati.


Apabila tanya pensyarah kenapa sekarang dah guna nama geomatik? Pensyarah jawab, pelajar ramai tak nak mohon bidang ni sebab penggunaan nama ukur tanah, pelajar fikir, ohh, ukur tanah ni susah laa, kena pergi site je manjang, tiada life, penat sebab kerja “lelaki” yang pelajar perempuan memang tak kan mohon la bidang ni sebab mindset diorang bidang ini khas untuk lelaki sahaja.



Walhal banyak je bidang ni memerlukan kudrat seorang perempuan. Macam contoh, kerja “belakang tabir”, melukis pelan, kerja-kerja pejabat, proses data, failing, runner dan banyak lagi.


Sis cerita dulu pengalaman sis masa dulu dulu okey, selepas dapat tahu result dapat belajar dalam bidang geomatik, rasa takut juga la sebab, iyelah kita ingatkan bidang ni memang khas untuk lelaki saja.


Selepas sis dapat tahu yang sepupu sis ni kerja JUPEM (yang ada kaitan dalam bidang ni) masa tu sepupu cakap, belajar lah dulu, mungkin 5 tahun akan datang akan ada pengambilan pekerja baru untuk sub ke Jupem. Kita pun rasa macam seronok sikit nak belajar sebzb ada sepupu yang sama bidang dan dia pula bermastautin berdekatan tempat belajar kita, uish lagi lah seronok kan, senang nak minta tolong.


Masuk tempat belajar, so far Alhamdulilah permulaan yang baik, sem satu just pengenalan saja. Dekan pun senang nak dapat. Alhamdulillah Allah mudahkan segalanya. Semester 2,3,4,5 boleh dikatakan semester paling tekanan bagi kita, sebab kerja kerja amali yang banyak, kerja lapangan, kem hidro, kem survey. Bagi sis, masa belajar memang tak tahu macam banyak blur orang kelate cakap " tok tahu gapo nok ".


Bila dah start latihan industri (Li), baru terbuka biji mata ni, baru tahu sikit sebanyak apa yang kita gigih sangat shooting tengah- tengah panas, apa fungsi bearing dan jarak, apa fungsi pelan akui (PA). Dalam artikel selanjutnya, nanti kita cerita semua benda tu.


Pada adik-adik yang nak mohon bidang ni, sangatlah digalakkan. Sebab awak semua akan rasa seronok, percayalah. Kalau cakap bad duit memang tak payah cakap, duit macam air je mengalir kalau kena dengan cara dan ada ilmu walaupun kita ni “sis”. Orang perempuan boleh jadi kaya dalam bidang ni. Sekian. See u soon nanti kita ajar cara buat pelan menggunakan autocad.


Siirru ala’ barakatillah.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)