Terkini

Contoh Karangan Tentang Penyakit Berjangkit

Malaysia pada hari ini telah digemparkan dengan pelbagai penyakit yang berbahaya serta dapat meragut banyak nyawa. Antaranya penyakit seperti covid19 yang telah merebak di seluruh Malaysia. Penyakit ini bukan sahaja meragut nyawa malah mempunyai gejala-gejala yang tidak teruk mahupun gejala yang teruk. Mari kita ulas tentang penyakit berjangkit seperti covid19.


Status terkini covid19 semakin meningkat. Hal ini kerana, masyarakat Malaysia tidak mengikuti undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Contohnya, masyarakat perlu memakai penutup muka bagi mengelakkkan daripada dijangkiti. Selain itu juga, kita perlu sentiasa mencuci tangan apabila menyentuh barang yang bukan hak milik kita. Tegasnya, kita mestilah mematuhi arahan kerajaan supaya Malaysia dapat menjalankan kehidupan seharian tanpa wabak yang membahaya.


Seterusnya, kes kematian juga banyak meningkat dari masa ke semasa. Setiap hari banyak kes yang menyebabkan pesakit tidak boleh bernafas dan juga mengalami demam yang teruk. Terdapat ramai pesakit covid19 mati disebabakan oleh masalah sakit jantung dan sebagainya. Hal ini menunjukkan bahawa penyakit perjangkit ini mudah untuk menyerang organ-oragan dalaman kita, tambahan pula mereka yang telah mempunyai pelbagai penyakit yang boleh mendatangkan maut.



Selain itu juga kerajaan telah mengadakan program imunisasi covid19 dengan memberikan satu dos terlebih dahulu serta diikuti dos kedua. Terdapat ramai orang telah bersetuju untuk mengambil vaksin bagi melindungi diri daripada virus ini. Disebabkan oleh vaksin inilah kita dapat melakukan aktiviti di luar seperti bersenam, beriadah bersama keluarga dan melancong ke tempat yang menarik. kerajaan juga telah mmbenarkan semua masyarakat untuk bekerja dan sekolah seperti biasa.


Kesimpulannya, kita mestilah menjaga diri daripada pelbagai penyakit bukan sahaja seperti covid19 tetapi penyakit lain yang boleh memberikan kesan yang buruk kepada kita. Kita juga harus menghindari daripada orang sakit serta menjaga jarak semasa bercakap dengan orang ramai.


Share this:

Siti Awadah berkata...

hadir ke sini. banyak info bermanfaat

Sekejung berkata...

Terima kasih kerana sudi blogwalking.

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)