Terkini

"GHOST DOCTOR" Kdrama Terbaru Lakonan RAIN & KIM BUM

Kali ni saya nak recommend cerita Ghost Doctor ni. Jalan cerita dia best bagi saya, masih boleh menonton di TVN. Hari ni baru masuk episod 4 ada lagi 12 episod dan ini bermaksud ada lagi dalam 6 minggu untuk siri ni habis. Jenuh la saya nak tunggu sampai habis baru nak marathon. Setelah sekian lama saya tak tengok Rain berlakon drama, kali ni dia betul-betul menarik minat saya tengok drama dia yg terbaru ni. Dan terjatuh hati pula dengan drama ini.



Sinopsis "Ghost Doctor" ialah Drama fantasi yang menceritakan tentang dua orang doktor yang mempunyai karakter berbeza daripada segi keperibadian, keterampilan dan latar belakang mereka. Drama ini menggandingkan Rain sebagai Cha Young Min dan Kim Bum sebagai Go Seung Tak.


Pada satu hari, Cha Young Min (Rain) terlibat dalam satu kes kemalangan yang tidak disangka, rohnya tertukar dengan roh doktor Go Seung Tak (Kim Bum) . Konflik bermula apabila kedua-dua mereka bertukar personaliti yang menggelirukan.


Status : Ongoing

Type : K-Drama

Seasons : 2022

Genre : Drama, Fantasy, Medical, Supernatural


Cha Young-Min (Rain) seorang doktor perubatan yang genius tapi dia seorang yang berlagak dan pentingkan diri sendiri. Satu hari, dia terlibat dalam kes yang tak terduga, dia terlibat dalam kemalangan dan mengakibatkannya koma, lalu rohnya menyurup ke dalam badan doktor praktikal iaitu Go Seung Tak (Kim Bum). doktor ini berbeza personaliti dan kebolehan perubatan, lalu terlibat dalam kemalangan rasuk merasuk yang mengelirukan.



Dua episod yang menyeronokkan, dan episod selanjutnya nampaknya akan menuju kepada aspek thriller dan misteri melihat kepada perkembangan plot penceritaannya, tapi harap dikekalkanlah juga unsur komedi untuk menghidupkan suasana.


Lelaki bermotosikal tu jelas mencurigakan dan sebahagian daripada dalang kemalangan Cha Young Min, tapi atas suruhan siapa?. Lelaki motosikal itu juga cedera teruk, tidak tahu lagi dia mati ke tak tu. Siapapun yang bagi mesej ke Cha Young Min tu bukanlah dari Jang Se Jin (UEE) pun, ada komplot ni.


Doktor Ahn tu kenapa? riak wajah dia sentiasa cemas dan mencurigakan bila Cha Young Min baca pesanan yang konon dari Jang Se Jin tu dan bila Cha Young Min kemalangan, lagi cemas dia. Mungkinkah dia orang suruhan abang Jang Se Jin yang nak rebut harta bapak sendiri tu?


Cha Young Min (Rain) merupakan roh yang berkeliaran dimana jasadnya koma, dan secara automatiknya dia jadilah hantu, walaupun dia hantu tapi dia tidaklah boleh berkeliaran sebarangan, tidak boleh melintasi dinding atau pintu, dia ada sempadan kawalan pergerakan, dan dia tak boleh jauh dari jasadnya yang koma.


Cha Young Min tak boleh merasuk sebarangan orang, dia hanya boleh merasuk Go Seung Tak (Kim Bum). Cha Young Min tak boleh merasuk badan Go Seung Tak terlalu lama, kerana ini akan mengakibatkannya tidak akan dapat kembali semula ke jasadnya. Walaupun ketika berada dalam badan Go Seung Tak dia masih boleh nampak hantu.


Untuk episod 3 dan 4 rupanya Go Seung Tak selama Cha Young Min koma ni memang dia boleh dengar dan nampak kelibat hantu Cha Young Min ni. Go Seung Tak buat-buat tak nampak Cha Young Min ni memang kebolehan dia pura-pura naif selama ni samalah macam dia berlagak tak tahu apa, buat-buat bodoh depan sepupu jahat dia tu dan keluarga dia.


Mesti ada kisah di sebaliknya ni kenapa Go Seung Tak pura-pura naif selama ni, begitu juga kisah di sebalik hubungan Cha Young Min dan Jang Se Jin.


Kim Bum ni memang boleh sesuaikan diri dengan sesiapa je yang lebih tua dari dia, macam bromance dia dan Lee Dong Wook dalam Tale Of The Nine Tailed dan juga dia dengan Kim Myung Min dalam Law School, ni pun dia nampak serasi dengan Rain.


Hantu Cha Young Min ni mungkin akan mengajar Go Seung Tak kemahiran menjadi seorang doktor yang berkaliber, berkeyakinan dan lebih berani bukan macam dirinya yang sekarang, mungkin Go Seung Tak jugak akan menyebabkan Cha Young Min merendahkan keegoannya dan jadi lebih rendah diri.


Tak sabar nak tunggu episod seterusnya. Nampaknya setiap episod seakan ada je ledakan bom dengan semua pendedahan yang terungkap, laju jugak plot penceritaannya.


Setakat ni karakter Son Na Eun paling tak berfaedah, cuma sikit jelah macam berguna tak bergunalah jugak tapi, setiap kali bila dia tepuk belakang Go Seung Tak masa kena rasuk dengan Cha Young Min, tercampak keluar Cha Young Min.


Tak sabar nak tunggu next episode apa jadi. Tapi apa yang saya nampak la kan, kemalangan Cha Young Min ni memang sudah dirancang sebab dia Doktor Pakar yang terpaling menyampah sebab satu hospital kutuk dia.


Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)