Terkini

Aircond Kereta Tidak Sejuk atau Udara Panas? Jom Ambil Tahu

Jika penghawa dingin kenderaan anda berasa tidak sejuk, sila periksa beberapa bahagian dahulu iaitu paling mudah adalah Cabin air filter(penapis udara) sama ada ia dalam keadaan bersih atau berhabuk.


Oleh kerana sekian lama kereta mengalami masalah aircond maka inilah kesempatan penulis nak kongsikan beberapa kaedah penjimatan terutama dari segi pemeriksaan dan penjagaan.


Sekadar merujuk dengan rakan yang bukan dalam bidang semestinya jawapannya compressor aircond rosak. Betul ke? Jadi dalam artikel ini penulis akan kongsikan satu-persatu cara pemeriksaan sebelum korang bawa ke bengkel.



Pernah saja-saja bawa kenderaan masuk ke pusat servis Perodua untuk pemeriksaan aircond pada awalnya mereka hanya buat penambahan gas sahaja sambil beritahu harga Compressor sekitar RM 1900(tak pasti ia harga baiki atau pun seketul baru).



1. Bersihkan Cabin Air Filer

Penapis ini terletak di dalam kabin iaitu belakang laci, boleh dibersihkan menggunakan angin compress atau vacum tapi jika terlalu tebal atau kotor eloklah tukar baru.


2. Periksa Angin Blower

Boleh jadi angin dari kipas blower sudah tidak bertenaga, maka sila pasangkan blower aircond pada tahap maksima iaitu paras 4. Jika masih mengeluarkan angin walaupun panas tandanya masih baik tapi jika sebaliknya eloklah tukar baru.



3. Pastikan Kipas Condenser Bekerja

Jika deria pendengaran korang masih baik pasti akan dengar kipas condenser sedang bekerja atau tidak. Kipas ini mempunyai banyak peranan iaitu sambil kawal suhu enjin ia juga memberi kesejukkan pada komponen aircond.



4. Relay Aircond

Khabarnya relay ni tidak mudah rosak tapi apa salahnya cuba tukar baru sebabnya kosnya agak murah, jika tidak rosak maka anggap bonus sebab tukar awal.



5. Magnetic Clucth Set

Bahagian ini mudah rosak dan ia juga boleh menyebabkan berlakunya ruang kebocoran gas sekaligus tidak membuatkan aircond sejuk. Kalau rajin pergi servis aircond kenderaan korang pejam mata tukar je baru selepas 2-3 tahun dengan harapan hayat compressor bertahan lama.



6. Cooling Coil / Evaporator

Bahagian ini boleh dikatakan part kedua terakhir yang menunjukkan poket anda bakal dalam keadaan kritikal kerana tidak boleh dilihat dan perlu buka ruang dashboard dipanggil sebagai Full Service harga upah pula sekitar RM 450 mengikut kawasan tidak termasuk kos pertukaran alat ganti dan lain-lain seperti pengisian semula gas dan pertukaran filter drier.



7. Compressor Aircond

Bahagian ini boleh dikatakan pemeriksaan terakhir dan jika ada terlepas pandang yang lain tu korang anggap jelah sebagai bahagian bonus. Compressor ini memerlukan minyak pelincir untuk bekerja tidak silap dalam tu ada 'Piston kecil' maaf jika salah dan minyak compressor digalakkan tukar 6 bulan sekali mengikut kadar penggunaan.


Bengkel yang suka cetak duit akan seringkali rekemen korang tukar seketul sedangkan rahsianya selagi badan Compressor tu tidak retak atau pecah komponen dalam tu boleh je ditukar ganti soalnya rajin atau malas sahaja apa pun.


***Kos baik pulih masalah penulis diatas sekitar RM400(termasuk alat ganti) dan punca kerosakkan datang dari magnetic clucth, tak pasti harga tu ada buka ruang dashboard atau tidak untuk pembersihan cooling coil sebabnya malas nak menunggu tengok diorang buat kerja.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)