Terkini

Ulasan Tentang khasiat Kopi Menurut Kajian Saintifik

Anda minum kopi setiap hari? Tahukah anda kandungan kalori dalam secawan kopi? Kalori diperlukan oleh tubuh untuk pelbagai aktiviti harian. Namun, harus diingat pengambilan kalori yang lebih daripada keperluan boleh menyumbang kepada masalah berlebihan berat badan dan obesiti.



Sebut sahaja kopi pasti tidak asing lagi bagi kebanyakan kita. Sejenis minuman yang sentiasa menjadi pilihan ketika bersarapan pagi. Biji kopi datangnya daripada pokok kopi yang diberi nama Coffea. Berdasarkan kepada kajian, terdapat beribu jenis spesis pokok Coffea dengan pelbagai ciri fizikal.


Namun begitu, dua jenis spesis Coffea yang popular di dunia iaitu Coffea Arabica dan Coffea Robusta. Pokok C. Arabica merupakan spesis utama yang menghasilkan serbuk kopi Arabica dan meliputi 70% pengeluaran di dunia. Spesis pokok kopi ini berasal daripada negara Ethopia dan dikatakan mengandungi kafein yang lebih rendah berbanding dengan kopi Robusta.


Manakala, biji kopi daripada spesis C.Robusta pula banyak digunakan dalam penghasilan kopi pra-campuran. Ianya juga didapati mengandungi kafein yang lebih tinggi.



Kandungan nutrisi saiz hidangan 100g kopi iaitu karbohidrat (0g), protein (0.12g), lemak (0.02g), kalsium (2.0mg), zat besi (0.01mg), kalium (49.0mg), natrium (2.0mg).


Kandungan yang berkhasiat di dalam kopi ini yang mengandungi tinggi antioksidan iaitu chlorogenic acid merupakan salah satu antioksidan dan juga salah satu metabolit daripada kumpulan polyphenol merupakan komponen utama yang ada dalam biji kopi ini.


Secara spesifiknya, kajian mendapati bahawa chlorogenic acid memainkan peranan penting dalam pelbagai aktiviti biologi seperti bertindak sebagai antioksidan, antibakteria dan anticarcinogenic. Bahkan ianya juga didapati dapat memberikan kesan hypoglycemic serta hypolipidemic.


Khasiat kopi untuk kesihatan iaitu kopi bertindak sebagai energy booter. Kopi ini sentiasa menjadi pilihan ketika bersarapan bagi menyegarkan diri daripada kepenatan bekerja ia boleh memberikan tenaga atau membuatkan kita berada dalam keadaan berjaga. Kopi mengandungi sejenis bahan rangsangsan yang bertindak terhadap sistem saraf pusat iaitu kafein.


Ia juga boleh mengurangkan risiko penyakit kencing manis yang mengandungi polyphenol, chlorogenic acid yang terdapat di dalam kopi dapat memberikan kesan hypoglycemic dan antidiabetic. Ini disebabkan oleh salah satu fungsi chlorogenic acid yang merangsang rembesan insulin dan seterusnya meningkatkan pengambilan gula oleh insulin di dalam darah. Oleh itu, salah satu khasiat kopi adalah ia boleh mengurangkan sedikit sebanyak risiko penyakit kencing manis dan harus diingatkan bahawa pengambilan kopi ini adalah tanpa sebarang tambahan gula atau pemanis lain.


Kopi juga dapat melindungi gigi, kajian mendapati bahawa kopi mampu merencatkan aktiviti Streptococcus Mutants, sejenis bakterian yang menyebabkan karies pada gigi. Walaubagaimanapun, kesan perlindungan ini adalah daripada pengambilan kopi hitam yang tidak dicampur susu.


Berpotensi mengurangkan risiko penyaki kanser sebab kopi kaya dengan antioksidan seperti chlorogenic acid dan caffeic acid memainkan peranan penting dalam mengurangkan risiko penyakit kanser. Antioksidan juga merupakan salah satu bahan yang dapat mengurangkan risiko kerosakan sel akibat daripada tekanan oksidatif. Namun begitu, kajian mendapati bahawa fungsi ini hanya berkesan terhadap beberapa jenis penyakit kanser sahaja.


Kopi sememangnya banyak memberi kebaikan kepada individu, walaubagaimanapun terdapat beberapa risiko yang akan dialami jika ia diambil secara berlebihan. Justeru itu, bagi penggemar kopi anda disarankan untuk mengambil kopi 1-2 cawan sehari.


Bagi individu yang mempunyai masalah penyakit kronik terutama sekali penyakit jantung dan darah tinggi, anda dinasihatkan untuk mendapatkan saranan daripada doktor terlebih dahulu.


SUMBER

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)