Terkini

KESAN TIDUR TERHADAP OTAK KANAK-KANAK YANG PERLU IBU BAPA AMBIL TAHU

Anak yang meragam selepas pukul 9 malam BUKANLAH anak yang bermasalah atau masalah sesiapa sahaja di sekeliling anak.



Yang SALAH adalah IBU BAPA yang tidak tidurkan anak awal, yang tidak menyediakan jadual rutin anak, yang membiarkan anak berjaga tanpa perlu, yang membiarkan anak bersama gajet dan tv sesuka hati, yang permisif dan yang mengheret anak keluar tidak kira waktu.


Anak sepatutnya tidur awal supaya mendapat rehat dan tidur yang cukup. Orang tua yang tidak cukup rehat dan tidak cukup tidur pun akan bertindak tidak rasional, apatah lagi anak kecil yang sememangnya tidak boleh berfikir dengan rasional. Hormatilah perkembangan dan keperluan anak.


Dalam satu kajian menunjukkan 41.5% kanak-kanak di Malaysia tidak dapat tidur yang mencukupi. Tidur merupakan keperluan yang amak penting dan paling asas dalam perkembangan kanak-kanak.


Berdasarkan Maslow’s Hieraki tidur termasuk di dalam salah satu keperluan fisiologi yang paling penting untuk dipenuhi dengan baik.


Tidur bukan sahaja keperluan yang sangat penting bagi kanak-kanak tetapi bagi semua lapisan umur. Tetapi bagi kanak-kanak masa tidur mereka lebih panjang kerana mereka sedang dalam fasa membesar dan berkembang. Keperluan tidur yang tidak dijaga dengan baik akan memberi impak negative daripada sudut akademik dan juga sikap dan perangai mereka.


Berikut merupakan masa/jam tidur yang diperlukan bagi kanak-kanak:


⭕ Umur 2 bulan kebawah :12 – 18 jam

⭕ Umur 3 bulan – 1 tahun : 14 – 15 jam

⭕ Umur 1-3 tahun : 12 – 14 jam

⭕ Umur 3-5 tahun : 11 – 13 jam

⭕ Umur 5-12 tahun: 10 – 11 jam

⭕ Umur 12-18 tahun: 8.5 – 9.5 jam



Apa yang akan berlaku sekiranya kanak-kanak tidak cukup tidur?


Tidur yang tidak mencukupi akan menyebab kanak-kanak tidak dapat memberi tumpuan di dalam kelas dan ketika guru mengajar. Fokus mereka lebih tertumpu kepada usaha untuk tidak tertidur di dalam kelas.


Kesan yang lebih buruk terhadap kanak-kanak yang tidak cukup tidur adalah prefrontal cortex tidak dapat berfungsi dengan baik.


Prefrontal cortex merupakan sebahagian daripada otak depan yang berfungsi untuk membuat perancangan, berfikir secara luar kotak dan juga menganalisa.


Jadi kanak-kanak akan rasa terbeban ketika berhadapan dengan situasi untuk menyelesaikan masalah atau tidak menjumpai jawapan yang betul.


Fungsi prefrontal cortex yang menurun disebabkan tidak cukup tidur turut memberi kesan kepada interaksi sosial mereka.


Kekurangan fungsi ini akan menyebabkan kanak-kanak lebih pentingkan diri sendiri, kurang empati dan berdepan dengan kesukaran untuk menyelesaikan masalah.


Penggunaan gadget atau membaca buku terlalu lama boleh membuatkan mata letih dan rabun. Tabiat ini juga akan membuatkan mata cepat kering kerana mata akan kurang berkelip jika dibiarkan melihat skrin pada jangka masa lama.


Bagi memastikan kesihatan mata anak, waktu penggunaan gadget perlu dikawal supaya mata mendapat rehat yang cukup.


Screentime yang terlalu lama juga akan memberi kesan kepada kualiti tidur anak.


Cahaya dari skrin gadget adalah sangat tidak baik terutamanya pada waktu malam kerana otak akan memberi tindak balas kepada badan untuk tetap berjaga sehingga boleh mengganggu waktu tidur.


Bagaimana Tidur Itu Mampu Membantu Otak Kanak-Kanak?


1. Tidur dapat membantu proses pembelajaran


Kanak-kanak memerlukan tidur yang berkualiti dan cukup bagi menguatkan ingatan terhadap informasi yang baru mereka terima dan tidur juga membantu informasi itu difahami dan dapat dihubung kait antara satu informasi dengan infromasi yang lain.


Lagi banyak perkara dan maklumat yang diterima mereka, lagi banyk tidur yang diperlukan. Mengajar mereka perkara baru ketika mereka dalam keadaan umpama mencurah air ke daun keladi.


2. Tidur Membantu Pembelajaran Kemahiran Motor yang Baru.


Berdasarkan jurnal Memory stabilization and enhancement following music practice, apabila anak anda belajar kemahiran motor yang baru seperti memukul bola hoki, bermain gitar atau menari.


Tidur akan membantu otak menghantar memori jangka pendek(Short term memory) perkara yang di pelajarinya ke ‘cortex motor’.


Jadi bila diulang kembali kemahiran motor tersebut, mereka mampu lakukannya dengan lebih pantas dan lebih tepat.


3. Tidur Mampu Mendorong Otak Lebih Kreatif


Ada satu istilah yang di panggil Hypnagogia. Hypnagogia merupakan situasi di mana seseorang itu antara Sedar dan Tidur. Di fasa ini, kita akan jumpa cara yang kreatif untuk menyelesaikan masalah ketika siang hari. Ini kerana otak menyusun dan menstrukturkan semula memori dan kesannya meningkatkan kreativiti.


4. Tidur Membersihkan Toksik Di Dalam Otak


Otak memerlukan tenaga untuk berfungsi. Hasil daripada itu menghasilkan sejenis toksik yang perlu disingkirkan melalui ‘glymphatic system’. Toksik ini perlukan di singkirkan kerana ada kajian menunjukkan toksik ini antara sebab berlakunya penyakit Alzherimer.


‘Glymphatic System’ berfungsi sepanjang masa tetapi lebih aktif ketika waktu tidur. Jadi untuk memastikan proses pembersihan berjalan dengan optimum kanak-kanak perlukan tidur yang cukup.


5. Tidur Menguatkan Ingatan


Ketika tidur short-term memories akan ditukar kepada long-term memories. Ketika tidur otak akan memaparkan semula memori pada hari itu dalam proses yang penting untuk menguatkan ingatan.


Berdasarkan Sleep Deprivation dan False Memories tidak cukup tidur pada kanak-kanak bukan sahaja menyebabkan otak mereka gagal untuk menukar ‘short-term memories’ kepada ‘long-term memories’. Malah memori tersebut akan bercampur aduk antara daripada situasi yang lain dan mewujudkan false memories.


Kesimpulannya, sebagai penjaga kepada kanak-kanak sama ada ibu-bapa atau guru, memastikan mereka mendapat tidur yang cukup sangat penting demi memastikan otak mereka dapat berfungsi dengan baik.


Kasihani mereka, mereka terlalu muda untuk ditekan dan dipaksa di luar kemampuan mereka.


Pastikan kanak-kanak mendapat keperluan asas mereka dengan optimum, demi memastikan kesan dan impak yang lebih hebat.


SUMBER

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)