Terkini

Filem Mrs. Chatterjee VS Norway - Inspirasi Dari Kisah Benar

Filem ini bergenre drama undang-undang berbahasa Hindi, ditulis dan diarahkan oleh Ashima Chibber. Dibintangi oleh Rani Mukerji, Anirban Bhattacharya, Neena Gupta dan Jim Sarbh yang mengisahkan tentang pengorbanan seorang ibu.



Boleh tonton melalui platform seperti Netflix, jalan cerita sepanjang 2jam 13minit turut mempunyai subtitle dalam bahasa Melayu. Kisah filem ini adalah tentang Debika(Rani Mukerji) yang mengikut suami nya tinggal di Negara Norway. Kisah cerita ni bermula dari seorang sahabat Debika membuat aduan pada pihak berkuasa mengenai suami Debika yang sering memukul, mulai dari itu pihak Kebajikan Norway selalu datang melawat ke rumah mangsa dan untuk pengetahuan anda undang-undang di Negara Eropah ini sangat ketat sehingga cubit anak pun tidak dibenarkan.


Ada dua orang wanita akan datang setiap minggu untuk pantau cara mereka membesarkan anak. Nak dijadikan kisah pada suatu hari ketika pihak kebajikan membuat sesi lawatan ke rumah Debika, mereka melihat Debika sedang menyuap anak makan dengan menggunakan tangan (disana mereka anggap menyuap anak makan menggunakan tangan seperti memaksa anak makan, sedangkan pada budaya kita adalah normal, tanda kasih sayang ibu terhadap anak) dan mereka kata Debika enggan hantar anak lelakinya ke sekolah Khas, kerana mereka cakap anak dia Autism juga mereka kata mental Debika tidak stabil untuk membesarkan anak-anak.



Perbezaan budaya antara cara hidup India dijadikan alasan yang anak-anak Debika tidak selamat untuk hidup bersama ibubapa kandung dan perlu dijaga oleh keluarga angkat. Bayangkan bayi berusia 5 bulan yang masih menyusu ibunya dilarikan oleh tiga orang asing sementara Debika dan suami sedang berbincang, menjerit-jerit Debika minta mereka pulangkan bayi dia sehingga dia terjatuh disebabkan berlari mengejar kereta yang telah membawa anak-anak dia sampai penulis pula emosi nonton filem ini.


Disebabkan terlalu banyak peraturan yang dikenakan untuk Debika berjumpa dengan anak-anaknya. Bayangkan sudah lama tidak jumpa anak mestilah kita menangis kegembiraan bila dapat berjumpa, kan? Tapi disana tidak dibenarkan menangis dihadapan anak, katanya takut mengganggu emosi anak. Oleh disebabkan Debika terlalu rindukan anak-anaknya lalu dia membuat perkara gila dengan membawa lari anak-anaknya ke Sweden. Sangat kasihan kerana dalam kisah ini suami Debika tidak memberi sokongan moral, suami Debika hanya memikirkan tentang kewarganegaraan Negara Norway, keluarga mentua juga memberi tekanan pada Debika, hanya memikirkan tentang duit.


Dalam hati penulis sanggup mereka pisahkan anak dari ibu kandungnya, si ibu boleh jadi gila tanpa anak-anak disisi tambahan lagi anak masih menyusu badan. Namun sungguh kuat seorang ibu berlawan dengan kerajaan bagi mendapatkan hak penjagaan anak-anak. Debika lawan habis-habisan sehingga berjaya mendapat hak jagaan anak-anaknya. Akhir cerita selama 3 tahun Debika turun naik mahkamah melawan bagi mendapatkan hak penjagaan anak-anaknya.


Bagi penulis kadar Filem ini 9/10. Memang sedih sangat. Kepada semua ibu, anda ibu yang hebat! **Nama ibu dalam kisah sebenar ialah Sagarika Bhattarcharya dan ini adalah pautan Netflix untuk menonton kisah ini.



- Noor Farhana

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)