Terkini

DIY: Cara Pemeriksaan Dan Baiki Barangan Elektronik Yang Rosak

Hampir setiap rumah mempunyai perkakasan elektronik kerana ia dapat memudahkan urusan kita seharian.


Sedar atau tidak tahukah perkakasan elektronik juga mempunyai jangka hayat yang begitu pendek kata orang lama kalau kilang keluarkan produk yang boleh tahan lama maka cepatlah mereka gulung tikar.


Namun hampir semua barangan elektonik mempunyai alat gantian cuma adakala diluar bidang pengetahuan pengguna biasa jadi terpaksalah minta bantuan dari pakar untuk baiki.



Oleh itu dalam artikel ini penulis akan kongsikan beberapa cara DIY yang mudah dan boleh di praktik oleh pengguna biasa tapi tidaklah cerita begitu mendalam nanti industri TVET tak ramai pula nak daftar kalau dah semua perkara boleh belajar dari internet walaupun secara tidak bertauliah.


Baiklah, barangan elektronik ni jika nak digambarkan secara rajah sangatlah mudah iaitu mempunyai benda asas iaitu mestilah mempunyai wayar berserta plug soket dimana sumber utama untuk menghidupkan segala jenis peralatan elektronik.


Jika barangan elektronik gagal dihidupkan pemeriksaan pertama yang perlu kita lakukan adalah soket plug tak kisah jenis soket tiga mahupun dua. Sila tukar dahulu tak mahal mana pun alat ganti seterusnya jika masih gagal dihidupkan buat pemeriksaan tahap dua iaitu wayar yang menyambungkan dari plug kepada barangan elektronik.


Ada yang tanya kenapa kena periksa wayar pula? haaa.. ramai yang terlepas pandang dimana wayar mempunyai jangka hayat pendek iaitu mudah reput. eh! tengok wayar luar elok tiada masalah pun..untuk pengetahuan yang sebenarnya wayar dalam boleh jadi telah putus berpunca selalu digulung dan masalah jangka hayat.


Bagi pemeriksaan tahap dua ini adalah baik jika ganti wayar baru. Pemeriksaan akhir boleh jadi masalah komponen dalaman terbakar bahagian ini perlu buka dan lihat adakah komponen yang terbakar mempunyai alat ganti.


Akhir sekali untuk baiki bahagian komponen bolehlah dibawa ke pakar elektronik itu pun kalau korang masih sayang jika tidak buang dan ganti baru sahaja tidak pening kepala.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)