Terkini

Memaparkan catatan dengan label Pengetahuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengetahuan. Papar semua catatan

Mengapa Motorsikal LC135 Atau Model Lain Keluar Asap Putih?

8:27:00 PTG

Jika kenderaan anda sudah mulai keluar asap putih baik kereta mahupun motorsikal sememangnya tiada lagi cara melainkan overhoul.



Tahukah kita material dalaman enjin boleh dikatakan besi yang boleh terhakis sedikit demi sedikit berdasarkan kelajuan yang korang bawa setiap hari. Dalam enjin mempunyai beberapa getah bertujuan menyekat kebocoran minyak hitam dari mengalir keluar jadi bayangkan jika getah itu anda tidak tukar selama 5-7tahun pasti prestasi enjin semakin berkurangan.


Dalam artikel ini penulis kongsikan permasalahan asap putih motorsikal berdasarkan model Yamaha LC135. Teori yang penulis nak kongsikan ini adalah pendapat peribadi kerana mungkin pomen diluar sana mempunyai pengalaman tersendiri dari apa yang dikongsikan didalam ini.



Jika asap putih mulai kelihatan itu tandanya piston calar tapi janganlah hanya tukar bahagian tu sahaja memang masalah korang tidak akan selesai sebab punca yang menyebabkan calar adalah dari bahagian lain seperti connecting rod longgar, bearing karat, oil pump dan lain-lain termasuk saluran minyak hitam tersumbat.


Jika alatan khas korang mencukupi silakan turun enjin dan ganti setiap parts seperti bearing, oil seal, connecting rod, timing chain dan lain-lain yang kelihatan sudah terhakis atau rosak.


Kalau hantar bengkel korang sediakan sahaja bajet kurang lebih 1.7k ikut kawasan. Jika berkemampuan, sila tukar motorsikal setiap 5 tahun atau mileage 90k supaya tidak berisiko kena turun enjin banyak kali.


Pastikan kewangan anda cukup untuk menampung kos sparepart original kilang dan elak beli sparepart copy ori atau jenama racing kerana hayat dan kualiti produk mereka tidak tahan lama.


Cara Tukar Hak Milik Motorsikal Di Portal MySikap(JPJ)

11:35:00 PG

Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) telah menyediakan portal atas talian MySikap bagi memudahkan urusan orang awam supaya tidak perlu lagi beratur kecuali urusan yang terpilih sahaja.



Cara pendaftaran portal MySikap anda perlu membuat pengesahan indentiti di mana-mana cawangan JPJ berhampiran, perkara yang perlu anda sediakan adalah alamat emel, nombor telefon dan kad pengenalan.


Sebagai penjual atau pemilik berdaftar anda hanya perlu log masuk ke portal MySikap lalu pergi bahagian kenderaan seterusnya pilih "Permohonan Pertukaran Hak Milik(Pemilik Berdaftar)".


Ikut sahaja arahan yang diberi sehingga langkah yang terakhir supaya anda boleh mencetak rujukan bukti permindahan milik tersebut.


Pembeli atau Pemilik baru pula boleh juga log masuk ke portal MySikap untuk pengesahan lalu membuat pembayaran secara atas talian atau boleh sahaja buat pembayaran di kaunter JPJ supaya terus boleh buat thumbprint dan cetak geran baru.



Kepada yang tidak tahu, setiap pertukaran nama yang dilakukan pihak JPJ akan membatalkan polisi insurans kenderaan lalu mengambil cukai jalan serta merta.


Pegawai JPJ akan tanya pemilik baru ingin beli polisi insurans atau tidak? jika korang belum sediakan wang yang mencukupi boleh je kata "Tidak" dulu pada pegawai tu dan fokus pertukaran nama je dahulu.


Kos urusan pertukaran hak milik ini, sebagai pemilik baru cuma perlu bayar RM3 sahaja untuk dapatkan geran baru di kaunter JPJ. Jika ada sebarang pertanyaan sila tinggalkan di ruang komen dibawah.


Portal MySikap


Advertisement

DuckDuckGo Email - Perisian Penyulitan Alamat Emel Tujuan Privasi

7:48:00 PTG

DuckDuckGo melancarkan perkhidmatan penyulitan alamat emel versi percubaan, bagaimana ia berfungsi?


DuckDuckGo Email

Sekarang boleh dikatakan semua urusan dalam internet memerlukan alamat emel pengguna untuk kemudahan pendaftaran dan diguna pakai untuk sebarang komunikasi.


Katakan penulis menggunakan alamat emel utama untuk melakukan pendaftaran di laman web yang berpontensi melakukan kerja spamming emel pengguna, emel utama kita akan dipenuhi dengan segala jenis pemasaran atau apa sahaja yang boleh membuatkan inbox kita penuh dan terganggu.



Oleh kerana itu duckduckgo telah berusaha membangunkan perisian penyulitan alamat emel pengguna supaya tidak dimanfaatkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Teori penyulitan emel yang dibangunkan oleh DuckDuckGo pada penulis sangatlah mudah iaitu anda akan menerima satu alamat emel penyulitan contoh "XXXX@duck(dot)com" dan ia akan di foward kepada emel utama anda.



Hasilnya webmaster laman web itu akan terima pendaftaran emel kita sebagai "XXXX@duck.com" tanpa mengetahui alamat emel utama. Pada penulis teori ini sangat menarik kerana "XXXX@..." boleh jadi sebagai dummy ketika melakukan pendaftaran disebabkan alamat penyulitan itu boleh berubah-ubah mengikut tujuan masing-masing.


Advertisement

Bilakah Coolant/Water Pump LC135 Sesuai Diselenggara?

12:00:00 PTG

Bila masa sesuai untuk servis coolant? Ada yang kata setiap 6 bulan dan setahun sekali namun ia bukanlah yang kita sangkakan kerana komponen water pump juga memainkan peranan jadi apalah gunanya tukar coolant.



Tahukah anda water pump LC135 dan lain2 model mempunyai hayat yang begitu pendek kerana ia bergantung sepenuhnya pada kualiti bearing dan komponen kecil yang lain seperti kipas dan seal.


Jadi apa akan berlaku jika hanya tukar cecair Coolant sahaja?

1. Bearing karat

2. Kipas terhakis

3. Seal bocor



Dengan punca komponen kecil inilah akan berlakunya kerosakan disebabkan campuran coolant dan minyak hitam maka jadilah seperti teh susu bak pepatah pomen.


Mesti korang tertanya ada ke jual parts kecil tu atau kena tukar sebiji waterpump. Jawapannya 'Ada' tapi memerlukan beberapa tools khas untuk proses membuka. Jadi jika tak nak pening kepala beli je water pump sebiji dari mana-mana dealer.



Orang lama guna teknik ketuk mengetuk je tapi bagi yang baru nak cuba tu sila fikirkan dulu, sebabnya boleh berlaku insiden calar balar di permukaan nanti.


Cara Daftar Perniagaan Atas Talian : Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM)

11:46:00 PG

Pentingnya usahawan mendaftar entiti perniagaan mereka supaya ia lebih diyakini serta dapat memenuhi syarat dari segala aspek seperti pembiayaan.



Masih ada berfikiran "berniaga sekadar suka-suka", tapi tahukah anda jika mempunyai entiti perniagaan ia lebih diyakini dan boleh berkembang dengan pelbagai inisiatif pembiayaan kerajaan.


Pendaftaran juga serendah RM30 untuk nama sendiri, RM60 untuk nama trade selama setahun. Kepada usahawan atas talian(Online) juga disarankan untuk mendaftar entiti perniagaan mereka supaya hak pengguna sebagai pembeli akan lebih terjamin dan dilindungi.


Bagaimana Mendaftar Perniagaan Atas talian?

Layari "https://ezbiz.ssm.com.my/" lalu tekan butang Sign Up untuk pendaftaran akaun.


Isi butiran peribadi seperti yang diminta lalu tekan butang "Register" seterusnya ikut sahaja langkah-langkah yang diberi seperti isi maklumat alamat, nombor telefon dan emel.


Cara Aktifkan User ID ezbiz.ssm.com.my

Nampaknya SSM masih memerlukan pengesahan anda untuk aktifkan fungsi portal ezbiz tersebut. Jangan khuatir kita ikut sahaja arahan yang diberi dengan menekan butang Download Manual kerana semua sudah diberitahu didalam tu.



Secara ringkas untuk pengesahan portal ezbiz ini mempunyai dua kaedah iaitu melalui temujanji panggilan video Whatsapp oleh pegawai SSM atau hadir di cawangan berdekatan untuk pengesahan.


Daftar Entiti Perniagaan Secara Online

Tekan "My Business Services > New Business" lalu isikan segala maklumat yang diminta contoh seperti nama perniagaan dan lain-lain yang diperlukan. Akhir sekali lakukan pembayaran secara atas talian dan tunggu beberapa jam untuk keputusan lulus atau tidak.


Diatas ini adalah langkah-langkah ringkas untuk mendaftar entiti perniagaan milikan tunggal (enterprise). Tapi kalau untuk syarikat berstatus Sdn. Bhd / Berhad anda haruslah mencari khidmat pendaftaran yang bertauliah kerana mempunyai tahap prosedur yang lebih sukar.


Betul Ke Lemon Berkesan Untuk Detox Badan?

12:06:00 PTG

Sering kali kita dengari tentang pengambilan lemon sebagai detox. Adakah perkara ini mitos atau fakta?



Semua orang pasti ingin membuang toksin dalam badan bagi mendapat kesihatan yang lebih baik. Pada zaman sekarang, ramai yang menganggap dengan minum air detox seperti lemon dapat membersih dan membuang segala toksin yang terkumpul dalam badan.


Detoksifikasi adalah proses yang menyingkirkan toksin dan bahan berbahaya daripada badan.


Toksin yang dihasilkan dalam badan termasuklah asid laktik, urea dan bahan buangan daripada bakteria dalam usus. Toksin daripada sumber luar termasuklah bahan kimia dalam rokok, dadah dan arak, plumbum daripada ekzos kereta dan pencemaran udara.


Proses detoksifikasi berbeza bagi setiap individu kerana ialah dipengaruhi oleh faktor persekitaran, pemakanan, gaya hidup, status kesihatan dan genetik.



Tahukah anda yang sebenarnya dalam badan kita, terdapat beberapa organ yang bekerja untuk membuang toksin dan bahan kumbahan secara semula jadi. Ini termasuklah:


1. Hati


Hati merupakan organ yang paling besar dalam badan. Ia merupakan organ utama bagi proses detoksifikasi dan penapisan. Hati membantu membuang toksin daripada badan, membersihkan darah, menyimpan nutrien serta menghasilkan protein.


2. Usus besar


Fungsi utama usus besar adalah untuk menyerap air daripada makanan yang tidak dapat dihadam dan seterusnya meyingkirkan bahan buangan seperti najis.


3. Buah pinggang


Berfungsi untuk menapis darah dan penyingkiran bahan kumuhan termasuk urea dan urik asid.


4. Paru-paru


Menyingkirkan karbon dioksida melalui pernafasan.


Perlukah lemon sebagai detox? Jawapannya, TIDAK!


Seperti yang telah dijelaskan di atas, badan kita mempunyai organ yang bekerja untuk membuang toksin. Penambahan lemon sebagai detox tidak memberi kesan kepada proses ini. Tambahan pula, berdasarkan beberapa kajian, tidak ada bukti yang kukuh mengatakan bahawa lemon berperanan sebagai detox.


Cara terbaik untuk membersihkan sistem badan anda adalah dengan minum air yang cukup dan mengambil mengambil serat mengikut keperluan seharian. Ini dapat memastikan sistem pencernaan anda lebih teratur.


Tidak boleh tambah lemon sama sekali ke? Secara umunya, lemon tidak berfungsi sebagai detox yang boleh membuang toksin dan bahan kumuhan daripada badan.


Bahan utama air lemon ialah air. Minum air secukupnya adalah bagus untuk kekal terhidrat. Jika anda menambah lemon dalam air kerana sukakan rasanya daripada air kosong dan dapat membantu anda untuk minum air secukupnya, maka boleh diteruskan.


Walaupun tiada kajian kukuh yang dapat membuktikan lemon berfungsi sebagai detox, namun, lemon mempunyai khasiat tersendiri kerana mengandungi nutrien seperti Vitamin C, antioksidan dan flavonoid.


1. Mengandungi antioksidan


Antioksidan adalah satu komponen yang membantu untuk melindungi sel badan daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Dengan ini, ia dapat mengurangkan risiko penyakit seperti obesiti, kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.


2. Mengandungi flavonoid


Flavonoid adalah daripada kumpulan fitokimia yang juga mengandungi antioksidan dan juga dapat mengurangkan keradangan dalam badan.


Keradangan kronik akan meningkatkan tekanan oksidatif dan risiko penyakit seperti atritis, kanser dan kencing manis.


3. Mengandungi Vitamin C


Vitamin C merupakan vitamin yang larut air. Ia berperanan dalam meningkatkan sistem ketahanan badan, penyembuhan luka dan membantu penyerapan zat besi daripada makanan.


4. Mengurangkan risiko batu karang


Batu karang merupakan penumpukan mineral yang terkumpul dalam buah pinggang. Kompaun sitrat dapat mengurangkan risiko batu karang.


Lemon mempunyai kandungan sitrat yang tinggi dapat melindungi daripada risiko pembentukan batu karang.


Tambahan pula, batu karang juga boleh terjadi apabila seseorang itu tidak cukup pengambilan air. Justeru, pengambilan air yang cukup dapat mencegah daripada berlakunya batu karang, tidak kira ada ditambahn lemon di dalamnya atau tidak.


Kesimpulannya, penambahan lemon dalam air tidak memberi kesan kepada proses detoksifikasi dalam badan. Organ kitalah yang berfungsi untuk membuang toksin dan bahan buangan dalam badan.


Namun, lemon yang ditambah dalam air mempunyai khasiatnya kerana ia mengandungi komponen dan nutrien seperti antioksidan, flavonoid, vitamin C, dan juga mengurangkan risiko batu karang.


Penambahan lemon ada salah satu cara bagi menambah rasa dalam air dan juga memberi kesegaran, apa lagi apabila minum air lemon sejuk pada hari panas. Ia juga membantu anda untuk kekal terhidrat.


Akhir sekali, minum air secukupnya adalah penting kerana ia bukan sahaja mengekalkan dehidrasi, tapi dapat membantu untuk melancarkan proses penghadaman dan pembuangan toksin dalam badan.


SUMBER

Khasiat Serai Untuk Kesihatan Yang Anda Perlu Tahu

11:58:00 PG

Serai atau nama saintifiknya Cymbopogon citratus merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari keluarga Poaceae. Tumbuhan ini mempunyai bau yang menyenangkan dan sering digunakan di dalam masakan untuk menambahkan lagi rasa masakan tersebut.



Selain itu, ianya turut digunakan untuk tujuan perubatan seperti digunakan dalam penghasilan ubat-ubatan dan minyak angin yang berasaskan serai. Namun tahukah anda akan kebaikan yang ditawarkan oleh tumbuhan ini? Oleh itu, artikel ini akan membincangkan dengan lebih lanjut akan khasiat yang ditawarkan oleh serai.


Antara komponen yang berkhasiat terkandung di dalam serai adalah minyak pati yang mempunyai pelbagai manfaat terhadap kesihatan. Minyak pati serai mempunyai komponen seperti geranial, neral yang bersifat anti bakteria.


Selain itu, tumbuhan ini turut mempunyai komponen flavonoid dan fenolik yang mempunyai pelbagai kebaikan seperti anti-diarea, anti-kulat, anti-radang dan anti-oksida. Kebaikan yang ditawarkan oleh serai akan dibincangkan dengan lebih mendalam di dalam artikel ini.



Berikut merupakan khasiat atau kebaikan yang boleh diperolehi daripada serai.


1. Bersifat anti bakteria


Minyak pati yang diekstrak dari daun serai seperti geranial dan neral merupakan komponen yang mempunyai sifat antibakteria terutamanya terhadap bakteria gram negatif dan positif. Selain itu, untuk rawatan tradisional pula, serai digunakan untuk merawat jangkitan bakteria seperti keracunan makanan.


2. Bersifat anti radang


Serai juga bersifat anti radang di mana ianya dapat meredakan sebarang inflamasi. Hal ini kerana komponen bernama citral yang diekstrak dari serai mampu untuk mencegah inflamasi dan sering digunakan di dalam krim sapu sebagai rawatan kepada inflamasi dan keradangan. Ianya mampu untuk menghalang penghasilan prostaglandin dan mengurangkan keradangan.


3. Bersifat anti malaria


Malaria adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh parasit dan ianya menjangkiti manusia melalui gigitan nyamuk. Penyakit ini sekiranya tidak dirawat akan membahayakan nyawa pesakit yang dijangkiti.


Antara lain serai adalah bersifat anti malaria di mana komponen citral, myrcene dan citronellal mempunyai sifat anti malaria. Komponen ini mempunyai sifat antimalaria terhadap Plasmodium, sejenis parasit yang menyebabkan penyakit malaria.


4. Menurunkan paras kolesterol


Satu kajian telah dijalankan ke atas haiwan untuk mengkaji kesan pengambilan ekstrak daun serai ke atas paras kolesterol haiwan yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Kajian ini mendapati bahawa pemberian ekstrak daun serai menurunkan paras kolesterol haiwan tersebut.


5. Merawat masalah oral candiasis


Oral candiasis atau dikenali sebagai masalah tompokan putih di dalam mulut merupakan sejenis masalah yang disebabkan oleh jangkitan kulat. Satu kajian telah dijalankan untuk melihat keberkesanan penggunaan jus serai dan jus lemon untuk merawat masalah ini. Kajian ini mendapati bahawa penggunaan jus serai dan lemon membantu untuk merawat masalah oral candiasis.


6. Mengawal paras gula darah


Serai juga dilihat berpotensi untuk mengawal paras gula di dalam darah. Satu kajian telah dijalankan terhadap haiwan untuk mengkaji kesan anti-diabetik teh serai terhadap pengawalan gula di dalam darah haiwan yang mempunyai diabetes. Kajian ini mendapati bahawa pemberian teh serai bersifat anti-diabetik dan dapat mengawal paras gula haiwan tersebut.


7. Merawat ulser peptik


Ulser peptik terjadi apabila berlakunya luka di bahagian dinding perut. Kajian yang dijalankan terhadap haiwan menunjukkan bahawa pemberian minyak pati serai dapat merawat penyakit ulser peptik. Hal ini kerana minyak pati serai mampu melindungi lapisan perut daripada kecederaan yang disebabkan oleh aspirin dan etanol.


8. Menurunkan paras tekanan darah


Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji kesan pengambilan teh hijau dan serai ke atas pengawalan tekanan darah dan degupan jantung peserta. Kajian ini mendapati bahawa peserta yang mengambil teh serai mengalami penurunan di dalam tekanan sistolik darah berbanding dengan peserta yang mengambil teh hijau.


9. Meredakan tanda keresahan


Umum mengetahui bahawa penggunaan minyak pati dapat membantu untuk menurunkan tekanan dan menenangkan fikiran. Minyak pati serai turut memberi yang sama terhadap penggunanya. Satu kajian telah dijalankan di kalangan peserta lelaki untuk mengkaji kesan pengambilan minyak pati serai. Kajian ini mendapati bahawa peserta yang menghidu minyak pati serai mengalami penurunan di dalam aspek kegelisahan.


10. Digunakan untuk wangi-wangian


Selain diambil secara oral, serai turut digunakan untuk tujuan kosmetik dan penjagaan diri. Secara tradisionalnya, cerai digunakan untuk merawat masalah bau badan dan sering digunakan di dalam mandian. Selain itu, serai turut digunakan untuk tujuan mewangikan rambut.


Kesimpulannya, serai dapat memberikan manfaat kepada kesihatan tubuh badan. Namun begitu, kebanyakkan kajian yang telah dijalankan adalah kajian yang dijalankan ke atas haiwan. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor atau pakar kesihatan terlebih dahulu untuk mereka menilai tahap kesihatan anda sebelum anda mengamalkan apa-apa jenis perubatan.


SUMBER

Diabetes Atau Kencing Manis? Faktor, Simpton Dan Rawatan Yang Perlu Anda Tahu

10:46:00 PG

Diabetes atau kencing manis adalah penyakit kronik atau jangka panjang. Penyakit ini dicirikan oleh peningkatan paras gula (glukosa) dalam darah sehingga melebihi nilai normal. Kencing manis berlaku apabila badan penghidapnya tidak lagi mampu untuk mengambil gula (glukosa) ke dalam sel dan menggunakannya sebagai tenaga. Keadaan ini akhirnya mengakibatkan pengumpulan gula tambahan dalam aliran darah badan.



Diabetes yang tidak terkawal boleh membawa akibat yang serius, menyebabkan kerosakan kepada pelbagai organ dan tisu badan. Contohnya termasuk organ seperti jantung, buah pinggang, mata dan saraf. Terdapat dua jenis diabetes utama iaitu diabetes jenis 1 dan jenis 2.


Diabetes jenis 1: jenis ini adalah penyakit autoimun, bermakna sistem imun badan menyerang dirinya sendiri. Dalam keadaan ini, badan tidak akan menghasilkan insulin sama sekali.


Diabetes jenis 2: Dalam diabetes jenis ini, badan tidak menghasilkan insulin yang mencukupi atau sel-sel badan dengan diabetes jenis 2 tidak akan bertindak balas terhadap insulin secara normal.



Diabetes disebabkan oleh gangguan dalam badan, jadi badan tidak dapat menggunakan glukosa darah ke dalam sel. Akibatnya, glukosa terkumpul dalam darah. Dalam diabetes jenis 1, gangguan ini disebabkan oleh sistem imun, yang biasanya menyerang virus atau bakteria berbahaya lain, sebaliknya menyerang dan memusnahkan sel penghasil insulin.


Akibatnya, badan kekurangan atau bahkan tidak dapat menghasilkan insulin sehingga gula yang sepatutnya ditukarkan kepada tenaga oleh insulin menyebabkan pengumpulan gula dalam darah.


Manakala dalam diabetes jenis 2, badan boleh menghasilkan insulin secara normal, tetapi insulin tidak digunakan secara normal. Keadaan ini juga dikenali sebagai rintangan insulin.


Terdapat beberapa faktor risiko diabetes jenis 1, termasuk:


🤍 Faktor sejarah keluarga atau keturunan, iaitu apabila seseorang itu akan lebih berisiko menghidap diabetes jenis 1 sekiranya terdapat ahli keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, kerana ia berkaitan dengan gen tertentu.


🤍 Faktor geografi, orang yang tinggal di kawasan yang jauh dari khatulistiwa, seperti di Finland dan Sardinia, berisiko menghidap diabetes jenis 1. Ini disebabkan oleh kekurangan vitamin D yang boleh diperoleh daripada cahaya matahari, yang akhirnya mencetuskan penyakit autoimun.


🤍 Faktor umur. Penyakit ini paling kerap dikesan pada kanak-kanak berumur 4-7 tahun, kemudian pada kanak-kanak berumur 10-14 tahun.


🤍 Faktor pencetus lain, seperti mengambil susu lembu pada usia awal, air yang mengandungi natrium nitrat, bijirin dan gluten sebelum umur 4 bulan atau selepas 7 bulan, mempunyai ibu yang mempunyai sejarah preeklampsia, dan mengalami jaundis semasa lahir.


Sementara itu, berikut adalah beberapa faktor risiko diabetes jenis 2, termasuk:


🤍 Berat badan berlebihan atau obesiti.


🤍 Taburan lemak perut yang tinggi.


🤍 Gaya hidup sedentari dan aktiviti atau senaman yang jarang dilakukan.


🤍 Sejarah keluarga diabetes jenis 2.


🤍 Kaum kulit hitam, Hispanik, Amerika Asli dan Asia-Amerika mempunyai kadar penghidap yang lebih tinggi daripada kaum kulit putih.


🤍 Umur lebih 45 tahun, walaupun mungkin berlaku sebelum umur 45 tahun.


🤍 Prediabetes, iaitu apabila paras gula dalam darah lebih tinggi daripada biasa, tetapi tidak cukup tinggi untuk diklasifikasikan sebagai diabetes.


🤍 Sejarah diabetes semasa mengandung.


🤍 Wanita dengan sindrom ovari polikistik, yang dicirikan oleh haid yang tidak teratur, pertumbuhan rambut yang berlebihan, dan obesiti.


Gejala diabetes akan muncul berbeza-beza pada setiap penghidap, bergantung kepada tahap keterukan dan jenis penghidapnya. Namun secara umumnya terdapat beberapa simptom yang akan dialami oleh penghidap diabetes jenis 1 dan jenis 2 iaitu:


❣ Bertambah dahaga.


❣ Peningkatan kekerapan membuang air kecil.


❣ Mudah letih atau berasa letih sepanjang masa.


❣ Gangguan penglihatan, seperti penglihatan kabur.


❣ Kejadian jangkitan dalam badan secara berterusan, yang biasa berlaku pada gusi, kulit, dan kawasan faraj (pada wanita).


❣ Tidak jelas apa punca penurunan berat badan.


❣ Kehadiran keton dalam air kencing (keton adalah hasil sampingan daripada pecahan otot dan lemak yang berlaku apabila insulin tidak mencukupi).


Oleh itu, segera dapatkan nasihat doktor jika anda mengalami satu atau beberapa daripadanya. Ini supaya rawatan dapat dijalankan segera, supaya risiko komplikasi diabetes dapat dielakkan.


Doktor akan mendiagnosis diabetes pada seseorang dengan menjalankan temu bual perubatan, yang kemudiannya diikuti dengan beberapa jenis pemeriksaan tahap glukosa darah. Contohnya termasuk ujian glukosa puasa, ujian glukosa rawak dan ujian A1c. Nah, berikut adalah penerangan tentang ujian tersebut, iaitu:


Ujian glukosa plasma puasa: Ujian ini paling baik dilakukan pada waktu pagi selepas berpuasa lapan jam (tiada makanan atau minuman kecuali seteguk air).


Ujian glukosa plasma rawak: Ujian ini boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa perlu berpuasa.


Ujian A1c: Ujian ini, juga dipanggil HbA1C atau ujian hemoglobin terglikasi, mengukur paras glukosa darah purata anda sepanjang dua hingga tiga bulan yang lalu. Ujian ini mengukur jumlah glukosa yang melekat pada hemoglobin, protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen. Mereka yang menjalani ujian ini, tidak perlu berpuasa sebelum mengambilnya.


Ujian toleransi glukosa oral: Dalam ujian ini, paras glukosa darah pertama kali diukur selepas berpuasa semalaman. Kemudian pesakit minum minuman manis. Paras glukosa darah pesakit kemudiannya diperiksa pada satu, dua dan tiga jam.


Selain itu, doktor juga akan melakukan ujian darah dan air kencing untuk menentukan sama ada seseorang itu menghidap diabetes jenis 1 atau 2. Kemudian, darah akan diperiksa untuk mengesan autoantibodi (tanda autoimun bahawa sistem imun badan menyerang sendiri). Sementara itu, air kencing akan diperiksa untuk kehadiran keton (tanda badan seseorang sedang membakar lemak sebagai bekalan tenaga).


Rawatan akan disesuaikan dengan jenis diabetes yang anda alami. Terapi insulin adalah salah satu rawatan yang boleh dilakukan oleh penghidap diabetes jenis 1 dan jenis 2. Malah, dalam diabetes jenis 1 yang teruk, pemindahan pankreas boleh dilakukan untuk merawat kerosakan pada pankreas.


Manakala penghidap diabetes jenis 2 pula akan diberikan beberapa jenis ubat. Walau bagaimanapun, secara amnya terdapat beberapa rawatan yang mesti dilakukan untuk mengurangkan risiko diabetes, seperti:


1. Melaksanakan Corak Pemakanan Sihat


Jika anda menghidap diabetes, anda harus menyusun semula diet yang sihat. Fokus pada pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, protein tanpa lemak, dan bijirin penuh. Bukan itu sahaja, anda juga perlu mengambil serat dan mengurangkan beberapa jenis makanan, seperti makanan yang mengandungi lemak tepu, karbohidrat halus, kepada pemanis tiruan. Anda boleh bertanya terus kepada doktor melalui Halodoc untuk diet yang betul untuk penghidap diabetes.


2. Kerap Melakukan Aktiviti Fizikal


Setiap orang pastinya memerlukan aktiviti fizikal untuk mengekalkan kesihatan yang optimum. Termasuk penghidap diabetes. Senaman adalah aktiviti yang boleh dilakukan untuk menurunkan paras gula dalam darah dengan mengubahnya menjadi tenaga. Anda boleh memilih untuk melakukan senaman ringan, seperti berjalan kaki, berenang atau berbasikal. Jadikan aktiviti ini sebagai rutin harian untuk membantu anda mengelak diabetes menjadi lebih teruk.


Walaupun faktor risiko diabetes seperti sejarah keluarga dan bangsa tidak boleh diubah, terdapat faktor risiko lain yang boleh dicegah lebih awal melalui penerapan gaya hidup sihat. Berikut adalah beberapa langkah gaya hidup sihat yang boleh anda ambil untuk mencegah diabetes, termasuk:


➡ Kekalkan berat badan ideal dengan makan makanan rendah lemak.


➡ Makan makanan berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.


➡ Kurangkan pengambilan makanan dan minuman manis.


➡ Sentiasa bersenam dan lakukan banyak aktiviti fizikal.


➡ Kurangkan duduk terlalu lama, seperti ketika menonton televisyen.


➡ Elakkan atau berhenti merokok.


Komplikasi diabetes akan berkembang secara beransur-ansur. Semakin lama seseorang itu menghidap diabetes dan semakin tidak terkawal penyakit itu, semakin tinggi risiko komplikasi. Akhirnya, komplikasi diabetes boleh melumpuhkan atau bahkan mengancam nyawa. Berikut adalah beberapa kemungkinan komplikasi diabetes secara umum, iaitu:


▶ Penyakit kardiovaskular. Diabetes boleh meningkatkan risiko pelbagai masalah dalam sistem kardiovaskular. Ini termasuk penyakit arteri koronari dengan sakit dada (angina), serangan jantung, strok dan penyempitan arteri (aterosklerosis).


▶ Kerosakan mata (retinopati). Kedua-dua diabetes jenis 1 dan jenis 2 boleh menyebabkan komplikasi dalam bentuk kerosakan retina.


▶ Kerosakan saraf (neuropati). Gula yang berlebihan boleh mencederakan dinding saluran darah kecil (kapilari) yang menyuburkan saraf, terutamanya di bahagian kaki. Ini boleh menyebabkan kesemutan, kebas, terbakar atau sakit yang biasanya bermula di hujung jari kaki atau jari tangan dan secara beransur-ansur merebak ke atas.


Selain itu, diabetes juga berpotensi menyebabkan kerosakan buah pinggang, disfungsi seksual, dan keguguran sebagai komplikasi.


Jika anda mengalami beberapa simptom diabetes dan simptom ini tidak bertambah baik, segera dapatkan nasihat doktor. Matlamatnya ialah diabetes dapat dikesan segera, supaya rawatan dapat dilakukan awal. Lebih cepat rawatan dijalankan, lebih kecil risiko komplikasi diabetes boleh berlaku.


SUMBER
 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)