Terkini

Cara Nak Dapatkan Apps Compatible Untuk iOS 9.x.x

2:36:00 PTG

Masalah compatibility sering memberi permasalahan kepada pemilik peranti lama tidak kira jenama apa cuma yang paling pantas buat kemaskini adalah dari pembangun iOS diatas sebab tertentu.


Ulasan dari beberapa developers adalah disebabkan yuran App Store apple lebih mahal berbanding jenama lain. Oleh kerana itu pasukan pembangun kena utamakan iOS terdahulu disebabkan Apple terlalu pantas mengemaskini perisian dan produk.


Situasi ini telah memberi tekanan kepada pengguna peranti lama kerana terpaksa mengikuti perubahan yang dilakukan oleh Apple serta pembangun perisian.



Kepada yang sedang mencari jalan penyelesaian untuk terus manfaatkan peranti lama adalah:

Penggunaan minima dengan mencari perisian apakah yang masih menyokong iOS lama seperti perisian Nota, filem, MP3/MP4 dan sebagainya. Seterusnya cari kenalan yang telah menggunakan iOS sejak sekian lama kerana ia mungkin ada menyimpan perisian lama di i-Tunes.


Juga boleh cuba manfaatkan perisian dari laman web ios ninja atau forum iosgods. Tapi ada sumber mengatakan laman web sebegini selalunya tidak lama kerana pihak Apple sentiasa memperbaiki kelemahan bagi menyukarkan cracker/hacker menyebarkan virus.


Jadi pilihan penulis adalah dengan mengunakan akaun i-Cloud rakan-rakan dan dari situ kita boleh memuat turun semula aplikasi lama. Kepada yang tidak tahu caranya korang hanya perlu pergi 'App Store' -> 'Puchase' nah disini sejarah yang pernah anda atau rakan anda memuat naik.


Tapi ia bukan tanda korang sudah boleh bergembira kerana tidak semua pembangun perisian masih menyimpan apps versi lama mereka. Ada apps boleh muat turun tapi belum tentu boleh launch nah ada juga terus tidak boleh muat turun dan ada tidak boleh digunakan langsung.


Akhirnya sekali lambat atau cepat korang tetap kena upgrade kepada model dan iOS baru bagi memastikan semua apps berjalan lancar dan terus dapat sokongan dari pembangun perisian.


Resepi Nasi Arab Berlauk Ayam Goreng Ikut Cara Sendiri

9:17:00 PTG

Sekarang ni jika nak cuba masakan arab tidak perlu sampai ke negeri arab kerana usahawan arab pun datang ke tanah Malaya buka perniagaan Restoran.


Nasi Arab

Usahawan tempatan pun tidak terlepas peluang menyajikan masakan arab terutama dalam hidangan Nasi Arab Kambing mahupun ayam juga mempunyai pelbagai variasi yang telah diubah suai mengikut citarasa tempatan.


Manakala jika dirumah pula tidak salah juga jika ingin mencuba resepi nasi arab ni cuma cara masakan tidaklah serupa seperti air tangan orang arab yang sememangnya mempunyai teknik penyedian tersendiri.



Dari segi perapan daging/ayam juga turut menjadi titik tolak dalam hidangan mereka tapi ikut jelah cara kita dan kerajinan yang ada sebabnya kalau bab makan ni kalau boleh semua nak cepat kalau lambat masak boleh kemurungan orang dalam rumah.


Kepada yang ingin mencuba resepi nasi arab gaya tersendiri bolehlah ikut bahan-bahan dan cara dibawah dan sila ubah suai mengikut citarasa korang. Bahan mana yang terkurang tu pandai korang la tambah sendiri dan mana yang tidak perlu korang abaikan sahaja yang penting masakan sedap.


(A) Bahan-bahan Sup Ayam

1 Ekor Ayam

1/2 sudu biji ketumbar

1/2 sudu jintan manis

1/2 sudu lada hitam

1 tangkai lada merah - potong 3 atau 4

1 paket sup bunjut

2 biji bawang merah - potong 4

Garam secukupnya


(B) Bahan-bahan sambal

2 biji tomato

4 tangkai lada merah

4 tangkai cili merah

Daun ketumbar

Garam dan gula secukupnya


(C) Bahan-bahan acar

1 batang timur

1 biji tomato

1 biji bawang merah

1 biji nenas - optional (saya tidak letak)

Cuka

Garam dan gula secukupnya

(D) Bahan-bahan nasi

Beras 3 pot dicuci bersih dan tapis

1/2 sudu biji ketumbar

1/2 sudu jintan manis

1/2 sudu lada hitam

Sedikit minyak untuk menumis

(E) Bahan Ayam Rebusan untuk digoreng

Sedikit serbuk kunyit

Madu secukupnya - (saya tidak letak sebab tiada)

Cara-cara

Rebus ayam bersama bahan-bahan B dalam periuk dengan air secukupnya, resbus selama 30 minit boleh tutup api. Sementara rebus ayam boleh sediakan bahan-bahan sambal (B) dan kisarkan, sedap rasanya manis manis masam.


Selepas itu,kita sediakan bahan bahan (C) timun, bawang tomato potong dadu dan renjiskan cuka. Perasakan secubit garam dan gula secukupnya, gaul rata.



Bahan-bahan untuk nasi pula ambil kuali panaskan sedikit minyak masukkan biji ketumbar, jintan manis dan lada hitam tumiskan sekejap lepas tu masukkan nasi yang telah dibersihkan gaul rata tutup api. Alihkan beras dalam periuk nasi, curah air rebusan ayam tadi ikut sukatan beras. Masak nasi seperti biasa.


Keluarkan ayam yang direbus tadi, lumurkan dengan kunyit dan madu. Satu ketul saya masukkan dalam periuk nasi masak sekali dengan beras tadi. Selebihnya ayam saya goreng seperti biasa, api kecil untuk elak hangus.




Air nasi pun dah kering boleh masukkan setangkai atau dua daun ketumbar bagi naik bau wangi nasi. Tutup semula tunggu nasi masak.


Cantik tekstur nasi dengan hanya guna beras biasa saja serta isi ayam juga lembut dan sedap dimakan begitu sahaja kerana sudah mempunyai rasa rempah.


Advertisement

Kenapa Toner Cartridge Printer Mudah Bocor? Pastikan Guna Barangan Original Dari Pengeluar

2:38:00 PTG

Mesin pencetak dipakai oleh sebahagian besar pengguna di seluruh dunia dan bertambah dari tahun ke tahun namun kebanyakkan printer juga tidak mempunyai ketahanan.



Penggunaannya semakin meningkat dari dalam rumah sehingga di tempat kerja dan pengetahuan asas printer juga menjadi keperluan kerana mesin pencetak sangatlah sensitif.


Walaupun komponen dalaman printer itu kelihatan simple namun dari segi ketahanan memang sangat lemah terutama tempat keluar dan masuk kertas bahagian ini dipanggil roller printer atau sejenis rubber berbentuk roda yang mudah reput atau koyak.



Printer atau dikenali sebagai mesin pencetak mempunyai pelbagai jenis dakwat salah satunya adalah (Toner Cartridge, Ink). Mesin pencetak yang menggunakan Cartridge dikatakan lebih murah kerana boleh didapati secara kuantiti atau dikenali sebagai barangan tiruan manakala Ink pula mungkin lebih mahal kerana ia menggunakan dakwat jenis cecair.


Walaupun banyak syarikat menggunakan jenis printer Cartridge kerana kos lebih murah namun pada yang sama mereka telah pun membazirkan tempoh jaminan printer. Ia adalah disebabkan material Cartridge tiruan dan Original sangatlah berbeza terutama dari segi ketahanan toner tersebut.



Berdasarkan pengalaman penulis semasa berada dalam syarikat korporat bahagian atasan hanya fikirkan kos tanpa memikirkan tempoh jaminan sesuatu barang bayangkan setiap jaminan diberi selama 1 tahun dan mereka gunakan Cartridge tiruan sekaligus jaminan itu telah terbatal disebabkan barangan tersebut mampu merosakkan bahagian dalaman printer iaitu tidak lari dari masalah kebocoron toner.


Kalau printer cartridge anda mengalami masalah yang sama iaitu toner kerap bocor atau kertas menjadi kotor eloklah hentikan pembelian toner dari vendor yang sama kerana ia bukan sahaja murah tapi ia akan memberikan anda kerugian yang besar.


Begitu pula jika kita mempunyai printer jenis Ink, masalah pencetak jenis cecair ni pula selalu sahaja mengalami kebocoran pada printhead iaitu cecair ink itu akan keluar dari head sekaligus mengotorkan dalaman printer.



Cara penyelesaian adalah kita kena gunakan pencetak Ink setiap masa supaya saluran tersebut sentiasa bergerak tanpa sebarang masalah tapi apa pun kerosakkan printer ini sentiasa ada cuma cepat atau lambat sahaja.


Pernah ada kisah di negara luar dimana ada pengguna pernah mengeluarkan saman kepada sebuah jenama printer di atas sebab ketahanan yang lemah ibarat guna sebulan pastu rosak dan terus buang sebabnya kos baiki hampir sama dengan kos harga sebiji printer.


Semenjak dari itu pengasan jenama printer tersebut sentiasa menambah baik ketahanan printer mereka sambil menegaskan kepada pengguna supaya sentiasa menggunakan barangan original terutama Cartridge mahupun Ink.


1. Printer : Peranti yang digunakan untuk mencetak dengan menggunakan dengan dakwat atau toner ke dalam media kertas atau banner.


2. Cartridge : salah satu bahagian dari peranti printer yang penting untuk menyimpan, mengatur dan tempat keluarnya dakwat ketika proses mencetak.


Mencetak dokumen

Fungsi pertama dari sebuah printer, terutama dari teknik mencetak adalah mencetak dokumen. Dokumen – dokumen yang biasa dicetak dengan menggunakan printer biasanya merupakan dokumen berupa surat, transkrip, dan berbagai macam jenis dokumen lainnya. Biasanya, dokumen yang sudah dibuat di dalam komputer, dengan menggunakan perisian office, seperti Mocrosoft Excel, Word akan dicetak dengan menggunakan printer.


Jadi, dengan adanya printer ini, maka dokumen tersebut akan dapat dicetak dan muncul dalam bentuk fizikal.


Tips memilih printer yang baik

Korang sudah tahu dan juga faham mengenai manfaat yang boleh korang peroleh dari menggunakan printer sebagai alat pencetak dokumen. untuk membeli sebuah printer, maka ada beberapa hal yang harus anda perhatikan,s ehingga nantinya, printer tersebut dapat bermanfaat bagi korang.


Berikut ini adalah beberapa manfaatnya :

Pilih pencetak yang sesuai dengan keperluan korang. Apakah membeli printer untuk kepentingan mencetak dokumen, atau foto ataupun untuk perniagaan percetakan. Usahakan membeli printer yang memiliki ciri yang tepat untuk keperluan korang, agar nantinya korang tidak menyesal dalam menggunakannya. Maka dari itu, korang memang wajib untuk mengetahui kehendak apa saja yang harus anda penuhi dengan printer tersebut.


Advertisement

Kereta Baru atau Lama Yang Lebih Mudah Diselenggara? Semestinya Kereta Yang Ada Banyak Barang Aftermarket

7:04:00 PTG

Adakah kereta baharu boleh lari dari kerosakkan sepertimana yang terjadi pada kereta lama?


sekejung.com

Kerosakkan tetap ada bezanya model atau jenama sahaja yang selalu memeningkan mana tidaknya orang ini kata jenama A orang sana kata jenama B tapi yang membayar bulanan adalah kita belum kira kos kerosakkan yang bakal menghantui diri.


Kereta baru mungkin ada jaminan kerosakkan tapi demi menjaga tempoh jaminan itu haruslah bertahan untuk melayan kos mahal di pusat servis yang terpilih, manakala jika kereta lama pula haruslah kena rajin jumpa pomen periksa itu dan ini kena bukan rezeki kita rosak bahagian lain tapi pomen baiki bahagian lain.


Harga barang beli sendiri murah tapi bila suruh runner pomen beli jadi mahal pula. Nak atau tidak terpaksa akur tapi kalau ada rakan atau saudara sila minta bantuan untuk mencari spareparts.



Kereta ini tidak kira baru atau lama pemilik haruslah berdisplin bagi memastikan kenderaan diselenggara mengikut jadual. Lain pula jika pemilik kenderaan mempunyai ilmu pengetahuan automotif ia sangatlah membantu sebabnya bila ada pengetahuan automotif sedikit sebanyak kita tahu apa kerosakkan sebenar dan terus beritahu pomen.


Lagi cantik jika pergi bengkel korang sudah siap sedia dengan barang gantian spareparts, pomen pun tak pening kepala dan tidak perlu markup harga barang. Mana tidaknya korang ingat pomen tu ada masa ke nak hidupkan motorsikal untuk cari barang kecuali berbayar.


Kepada pemilik kereta baru sebenarnya anda tidak perlu pun mengikut cadangan jadual servis sepertimana yang disyorkan kerana setiap kereta ada ketahanan dia masing-masing walaupun jenama yang sama itu namanya rezeki pemilik.


Ada pemilik kereta baru terima dengan kurang permasalahan manakala ada pemilik lain terima dengan pelbagai masalah dan sentiasa kena pergi pusat servis berdekatan untuk kejar jaminan.


sekejung.com

Tahukah anda harga aircond service terpilih juga sangatlah mahal sedangkan mereka hanya membersihkan habuk dan buat pertukaran penapis paling serius pun servis compressor aircond  dan penat lelah ketika membuka bolts screw.


Manakala jika korang abaikan selama beberapa tahun boleh jadi aircond tak sejuk dan akan mula berbunyi cit cit atau sebagainya sekaligus menandakan ia perlu ditukar seketul berjumlah RM600-RM700 di pasaran tidak termasuk kos pemasangan.


Ada pengguna kereta betul-betul hanya ingin jadi pengguna iaitu kerja dia hanya menjaga minyak hitam sahaja sedangkan ada pelbagai minyak yang harus kita selenggara contoh minyak power stereng, minyak brake dan minyak compressor aircond.


Begitu juga kena periksa bahagian suspension adakah ia masih berfungsi atau tidak contoh absorber mounting, rubber bushing dan lain-lain yang berkaitan. Bila rubber bushing tidak ditukar mungkin kereta akan membuai dan diganggu dengan pelbagai bunyi.


Perkara yang paling menghantui pemilik kenderaan adalah bilamana ada bunyi cit cit, crekk crekk di bahagian enjin depan haa disitu kita tidak tahu adakah tali sawat, alternator, compressor aircond mahupun pulley akhir sekali timing belt.


sekejung.com

Ramai yang syorkan jika nak tukar timing belt haruslah tukar sekali waterpump salah satu sebab yang munasabah adalah bahagian ini sangat susah untuk dibuka atau paling tepat ia duduk bersebelahan dan kalau boleh sekali jalan buat pertukaran dan upah bermula dari RM250.


Penulis ada beberapa tips cara mana nak kesan punca bunyi cit cit di bahagian enjin tapi tidak sempat nak tulis dalam posting ni dan mungkin akan kongsikan di posting lain.


Akhir kata kalau boleh senangkan kerja pomen dan saling merendah diri dengan pemilik kenderaan lain kerana tidak kira kita pemilik kereta baru atau lama suatu hari pasti akan menempuhi kerosakkan yang sama jam tu baru kita boleh tahu adakah hebat berjimat atau hebat keluar duit.


Berapakah Jumlah Pendapatan Yang Layak Dikenakan Cukai - LHDNM

9:52:00 PTG

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN Malaysia) adalah sektor khas mengambil kira setiap jumlah pendapatan individu dan syarikat bagi memastikan kemajuan negara berterusan.


sekejung.com
Gambaran hiasan

Ada juga diantara kita yang sedaya upaya mencari cara supaya dapat mengelak dari sebarang pembayaran cukai pendapatan. Salah satu teknik yang selalu di perkatakan adalah individu atau syarikat yang layak akan membuat pembelian kenderaan mewah dan sebagainya.


Manakala jika individu pula pendapatan yang layak dikenakan cukai pendapatan adalah melebihi RM 34,000 setahun setelah tolak potongan KWSP dan sebagainya.


Disini bukan nak cakap individu yang bergaji besar itu sangatlah tidak bagus kerana akan diwajibkan untuk membayar cukai. Tapi yang sebenarnya kepada yang gaji besar dan tidak cuba mengelak dari membayar cukai anda adalah WIRA kerana setiap sen yang korang bayar itu bermakna korang telah bersama-sama memajukan kemajuan negara.



Tidak semua kita kena kaitkan dengan politik kerana Negara Malaysia masih mempunyai sistem Raja-raja Melayu yang sentiasa memerhati gerak geri rakyatnya termasuk ahli politik mahupun menteri-menteri yang diberi amanah.


Kepada yang masih tidak tahu apakah setiap pendapatan dikira cukai? Jawapannya adalah TIDAK contoh seperti manfaat kesihatan dan perubatan, pampasan, pencen, biasiswa, elaun perjalanan, dividen dan royalti semua ini korang boleh masukkan kedalam lhdn e filing.


Ada beberapa perkara juga boleh dapat pelepasan cukai contoh seperti tanggungan, kenderaan, insurans dan simpanan tetap seperti SSPN dan berkaitan yang ditetapkan oleh kerajaan dan ia boleh berubah pada bila-bila masa.

Anda berniaga dah 2,3 tahun dah daftar SSM dah ada akaun semasa bank tapi anda rasa kurang. Rupanya tak bayar cukai. Perniagaan makin berkembang, nanti takut LHDN cari pulak. sebelum dia cari kita baik kita cari dia. Tak tahu cara ? Macam ni caranya 👇

1 - Pergi ke LHDN dan mohon no pin untuk daftar cukai.

2 - LHDN akan bagi slip no. pin beserta dengan no cukai pendapatan perniagaan serta cara daftar secara atas talian. Simpan. Jangan buang.

3 - Buat Laporan Penyata Kewangan Tahunan dan Laporan Cukai. Laporan cukai ni ada jumlah yang perlu kita bayar kepada LHDN. Upah akauntan luar jika tak tahu nak buat langsung. Disarankan buat untuk tempoh 2 tahun terkini.

4 - Isi Borang B  atas talian dan bayar cukai secara online.

5 - Tammat.

Kepada yang masih ragu atau tidak pasti silakan berkunjung ke mana-mana cawangan lhdn berdekatan. Boleh juga layari laman sesawang lhdn online atau lhdn login seperti pautan dibawah.


http://www.hasil.org.my/

Resepi Kerepek Popia Cheese Hanya Dengan 4 Bahan Sahaja

7:57:00 PTG

Buntu tidak tahu nak buat kudapan apa nak bagi kanak-kanak makan maka korang sila cuba popia cheese krup krap ni.


sekejung.com
Gambar hiasan - Google

Bukan budak jer yang suka malahan dewasa pun turut gemar sangat makan tambahan lagi sedang nonton filem bersama keluarga maka sedar atau tidak boleh habis sebalang.


Jika berminat nak buat pendapatan sampingan sajian ini juga boleh di komersialkan menerusi rakan-rakan di tempat kerja mahupun saluran media sosial jadi tunggu apa lagi jom lihat popia cheese resepi dibawah.



Bahan bahan:

- 1 pek kulit popia

- 9 sudu besar Serbuk cheese Supering

- 9 sudu besar gula (diblender)

- 1 1/2 sudu besar serbuk cili(nak pedas boleh tambah lagi)


Cara penyedian:

1) Gunting kulit popia dan dicarik carik.

2) Blend 9 sudu besar gula & campurkan dengan serbuk cheese supering&serbuk cili Gaul bersama .

3) Goreng popia hingga keperangan dan toskan . Tunggu sejuk dulu.

4) Dalam satu bekas bertutup, masuk pula popia yang dah digoreng tadi lalu taburkan bahan serbuk serta goncangkan sehingga rata.

5)Akhirnya ia telah pun siap diNgap dan berebut di hadapan kaca tv bersama keluarga mahupun rakan-rakan. 😂

Harga popia cheese di pasaran sekitar RM10 sebalang bersamaan 200gram manakala jika buat sendiri ibu bapa semestinya boleh berjimat untuk kos kudapan anak-anak mahupun diri sendiri.


Resepi Sup Tulang Sedap Yang Mudah Disediakan

11:47:00 PTG

Walaupun sup tulang tidak memiliki isi sangat namun ia masih mempunyai permintaan tinggi dikalangan orang kita tambahan lagi ketika berada di kedai masakan panas.


sekejung.com

Yang hairannya walaupun kita tidak dapat kunyah tulang tersebut namun harga hidangan ini saban hari makin mahal dan isi tulang juga semakin sedikit. Tidak pasti ia adalah angkara inflasi semasa atau tokey kedai memang ada sifat kedekut dalam perniagaan.


Penulis juga berpengalaman terhadap permasalahan ini sehinggakan terpaksa menikmati sup sahaja bersama nasi putih kerana isi yang berada di celahan tulang-tulang tersebut sangatlah sedikit dan tidak berpatutan.


Maka jika inginkan kepuasan dan sempurna eloklah memasak sendiri. Korang yang baru nak cuba tu sila lanjutkan bacaan resepi dibawah serta cara penyedian mana yang kurang silakan tambah sendiri mengikut citarasa masing-masing.



Bahan -Bahan

Tulang gear-box/tulang rusuk lembu

1 labu Bawang merah besar

1 labu Bawang putih

3 inci Halia muda

Rempah 4 sekawan: buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis

Rempah serbuk sup tulang adabi -1@2 sudu

Sup bunjut -1 paket

Garam dan maggi cukup rasa

Bawang goreng

Cili api (jika suka)

Daun sup

Perahan asam limau nipis


sekejung.com

Cara penyedian:

Rebus tulang sehingga empuk(1-3 Jam) bergantung keempukan dagingnya turut boleh letak sup bunjut adabi dalam rebusan tulang daging ini.


Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, bunga cengkih lalu ditumis, diikuti pula dengan rempah lain iaitu buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis orang tua cakap tiga sekawan.


Bila dah masak sehingga naik bau, masukkan pula rempah sup adabi dan kacau sehingga sebati dengan bahan tumisan tadi. Masak lagi sehingga garing (mesti selalu dikacau2 supaya masaknya serata dan tidak hangit)


Bila sudah garing bolehlah dituangkan tumisan ke dalam periuk rebusan tulang. Biarkan mesra kesemuanya, perasakan dengan garam dan maggi cukup rasa.


Semasa menghidang bolehlah ditaburkan bawang goreng, hirisan cili api,daun sup dan perahan air asam limau nipis.


Sajian sup tulang sedap ini sesuai dihidangkan ketika ia masih panas supaya dapat menikmati aroma rempah sambil menghirup manisnya air daging, masam dan pedas dari kuahnya.


sekejung.com

Hidangan ini sangatlah mudah dan sesuai makan bersama bihun, mee kuning, kuay tiew dan nasi kalau rajin boleh sertakan sekali dengan begedil.


 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)