Headlines

Blogged.my

Bidang Geomatik Yang Perlu Anda Ceburi, “ Lubuk Duit “

2:54:00 PTG

Rupanya bila dah bekerja ni, barulah faham bidang ukur tanah atau geomatik ni sebenarnya bidang yang paling senang buat duit. Paling senang buat duit ? mesti tertanya-tanya kan?



Dulu saja-saja saja lepas SPM isi UPU mohon bidang ni, memang tak tahu pun bidang ni ukur tanah sebab nama ukur tanah sudah lama terkubur dan diganti dengan nama geomatik. Nampak macam wow kan bila guna nama geomati.


Apabila tanya pensyarah kenapa sekarang dah guna nama geomatik? Pensyarah jawab, pelajar ramai tak nak mohon bidang ni sebab penggunaan nama ukur tanah, pelajar fikir, ohh, ukur tanah ni susah laa, kena pergi site je manjang, tiada life, penat sebab kerja “lelaki” yang pelajar perempuan memang tak kan mohon la bidang ni sebab mindset diorang bidang ini khas untuk lelaki sahaja.



Walhal banyak je bidang ni memerlukan kudrat seorang perempuan. Macam contoh, kerja “belakang tabir”, melukis pelan, kerja-kerja pejabat, proses data, failing, runner dan banyak lagi.


Sis cerita dulu pengalaman sis masa dulu dulu okey, selepas dapat tahu result dapat belajar dalam bidang geomatik, rasa takut juga la sebab, iyelah kita ingatkan bidang ni memang khas untuk lelaki saja.


Selepas sis dapat tahu yang sepupu sis ni kerja JUPEM (yang ada kaitan dalam bidang ni) masa tu sepupu cakap, belajar lah dulu, mungkin 5 tahun akan datang akan ada pengambilan pekerja baru untuk sub ke Jupem. Kita pun rasa macam seronok sikit nak belajar sebzb ada sepupu yang sama bidang dan dia pula bermastautin berdekatan tempat belajar kita, uish lagi lah seronok kan, senang nak minta tolong.


Masuk tempat belajar, so far Alhamdulilah permulaan yang baik, sem satu just pengenalan saja. Dekan pun senang nak dapat. Alhamdulillah Allah mudahkan segalanya. Semester 2,3,4,5 boleh dikatakan semester paling tekanan bagi kita, sebab kerja kerja amali yang banyak, kerja lapangan, kem hidro, kem survey. Bagi sis, masa belajar memang tak tahu macam banyak blur orang kelate cakap " tok tahu gapo nok ".


Bila dah start latihan industri (Li), baru terbuka biji mata ni, baru tahu sikit sebanyak apa yang kita gigih sangat shooting tengah- tengah panas, apa fungsi bearing dan jarak, apa fungsi pelan akui (PA). Dalam artikel selanjutnya, nanti kita cerita semua benda tu.


Pada adik-adik yang nak mohon bidang ni, sangatlah digalakkan. Sebab awak semua akan rasa seronok, percayalah. Kalau cakap bad duit memang tak payah cakap, duit macam air je mengalir kalau kena dengan cara dan ada ilmu walaupun kita ni “sis”. Orang perempuan boleh jadi kaya dalam bidang ni. Sekian. See u soon nanti kita ajar cara buat pelan menggunakan autocad.


Siirru ala’ barakatillah.


Mesin Pengering Kain Untuk Meringankan Kerja Di Rumah Untuk Wanita-Wanita

12:15:00 PTG

Sekadar perkongsian sempena musim hujan sekarang ni, sangat efektif untuk meringankan sikit kerja kat rumah atau mak kita kat kampung, dah tak payah penat-penat nak jemur kain lagi, untuk dryer atau pengering kain, terdapat 3 jenis.



1. Vented - harganya murah juga. RM800 lebih boleh dapat. Cuma jenis ni kena letak dekat luar. Sebab nak alirkan wap air. Kalau letak dalam rumah, kena sediakan satu saluran untuk tujuan keluarkan air tu.


2. Condenser - harganya boleh tahan. RM1200 ke atas. Jenis ni tak perlu letak luar rumah. Sebab wap akan ditukar menjadi air dan disimpan dalam bekas yang ada dekat mesin ni. Cuma, setiap kali lepas keringkan baju, kita kena buang air tu. Dari segi penggunaan elektrik pula, saya dah semak dekat bill calculator TNB. Akan ada tambahan RM15 hingga RM20 jika kita guna setiap hari. Masih dikira okay lah kan.


3. Heat pump - konsepnya masih sama dengan condencer. Tapi lebih power dan padu. Harganya kayangan sikit. Sepanjang pencarian, semuanya lebih RM2000. Saya tak reti sangat nak ulas tentang heat pump ni. Sebab saya bukan orang elektrik. Tapi, memang padulah. Terutamanya penggunaan elektrik. Lepas saya cek, sekali penggunaan 800 watt. Kalau saya guna setiap hari, akan ada kenaikan bil sebanyak RM5 saja. Kalau dua hari sekali, RM2.50 saja bil dryer ni sebulan. Bapak murah. Patutlah Samsung claim, kos elektrik hanya RM30 setahun (kalau saya salah tolong betulkan)



"Kalau abang beli Heatpump, harganya memang mahal. Tapi elektrik murah. Cuba kira balik condencer dengan heatpum dalam jangka masa setahun mana yang lebih untung? Biar beli mahal sekali tapi jimatnya berpanjangan. Daripada beli murah tapi bil mahal."


Lepas basuh, masukkan dalam dryer. Picit-picit, tunggu 3 jam. Siap. Kering boi. Lamanya 3 jam. Kemon. Penggunaan elektrik murah, kot. Lagipun, siapa yang nak tunggu 3 jam tu? Lepas klik start, buatlah kerja masing-masing. Nak tidur ke, tengok tivi ke. Lepastu, bila teringat, barulah keluarkan baju dari mesin.


Tak kedut ke? Ada sesetengah dryer, dia ada anti wrinkle. Baju keluar dari mesin, takkan kedut. Bukanlah tak kedut langsung. Tapi tak berkedut macam kita pakai dryer dobi layan diri. Paling best, dia boleh memerangkap habuk. Lepas basuh, kita boleh buang habuk yang terkumpul dalam filter. Baju bukan setakat bersih tapi lebih bersih. Ha gittewww.


Kalau tanya saya, puas hati tak beli? Jawapan saya puas hati gila. Berbaloi tak beli yang Heatpump? Sangat berbaloi. Alah membeli, menang memakai. Senang tak pakainya? Senang sangat. Sampai dah terlupa cara nak sidai baju macam mana. Semoga bermanfaat buat semua.


Kredit : Abdul Muiez ruslee


Jika Anda Mengikuti Kesihatan Anda Mungkin Sering mendengar Tentang Keradangan

1:37:00 PTG

Bilakah keradangan membantu? Bagaimana ia boleh memudaratkan? Apakah langkah yang boleh anda ambil untuk mengurangkannya? Apakah keradangan dan bagaimana ia menjejaskan badan anda? Jika anda tidak biasa dengan istilah itu, keradangan merujuk kepada tindak balas sistem imun terhadap jangkitan atau kecederaan.



Dalam keadaan sedemikian, keradangan adalah tanda yang bermanfaat bahawa tubuh anda sedang berjuang untuk membaiki dirinya dengan menghantar tentera penyembuhan sel darah putih. Apabila kecederaan sembuh atau penyakit dikawal, keradangan berkurangan.


Anda mungkin pernah melihat perkara ini berlaku dengan terseliuh buku lali kecil bengkak awal hilang dalam beberapa hari apabila kecederaan itu sembuh. Tetapi keradangan juga berlaku tanpa tujuan yang sihat, seperti apabila anda mengalami tekanan kronik, mengalami gangguan autoimun atau obesiti. Dan bukannya menyelesaikan masalah dan surut, keradangan seperti ini boleh bertahan dalam jangka masa tertentu, merosakkan badan dan berpotensi membawa kepada masalah kesihatan seperti arthritis, penyakit jantung, penyakit Alzheimer, kemurungan dan kanser.


Inilah sebabnya mengapa keradangan telah menjadi tumpuan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan mengapa strategi yang bertujuan untuk mengurangkannya begitu popular. Kebanyakan cadangan anti-keradangan ini berkaitan dengan diet anda.



Bolehkah perubahan dalam diet anda mengurangkan keradangan yang tidak membantu dalam badan anda?


Sebenarnya, masih banyak yang tidak diketahui mengenai diet dan kaitannya dengan keradangan dan penyakit. Apa yang jelas ialah mengamalkan diet yang sihat boleh membantu meningkatkan kesihatan dan umur panjang secara keseluruhan. Terdapat juga beberapa bukti untuk menyokong tanggapan bahawa makan pelbagai makanan berkhasiat boleh mengurangkan keradangan. Sebagai contoh, orang yang makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran cenderung mempunyai tahap bahan yang lebih rendah dipanggil protein C-reaktif, penanda keradangan di dalam badan.


Di samping itu, beberapa penyelidikan telah menemui hubungan antara diet berat dalam makanan yang menggalakkan keradangan dan risiko masalah kesihatan tertentu yang lebih tinggi. Sebagai contoh, kajian dalam Journal of the American College of Cardiology mendapati bahawa orang yang mengambil makanan pro-radang, termasuk daging merah dan diproses, karbohidrat ditapis dan minuman sarat gula, lebih berkemungkinan menghidap penyakit kardiovaskular berbanding mereka yang kerap menjangkiti. untuk makanan anti-radang, seperti sayur-sayuran berdaun, kekacang, dan teh.


Mungkin terlalu awal untuk membuat garis terus antara makanan yang anda makan dan tahap keradangan dalam badan anda. Nasib baik, makanan yang kelihatan mengurangkan keradangan juga cenderung baik untuk anda atas sebab lain. Jadi, memberi tumpuan kepada makan makanan ini mungkin boleh memberi manfaat kepada tubuh anda dalam lebih daripada satu cara.


5 pertukaran makanan untuk membantu melawan keradangan


Membaik pulih sepenuhnya diet anda adalah mencabar, jadi pakar menasihati membuat perubahan yang lebih kecil dari semasa ke semasa. Mencuba satu siri pertukaran mudah boleh menambahkan kesihatan yang lebih baik dalam jangka panjang.


Di bawah ialah lima penggantian yang boleh anda gunakan untuk membantu mengurangkan bilangan makanan yang menggalakkan keradangan dalam diet anda.


Daripada roti kosong dengan keju krim, dapatkan sekeping atau dua roti bakar bijirin penuh yang dicampur dengan minyak zaitun. Bijirin penuh mengandungi bahan yang membantu menggalakkan pertumbuhan bakteria sihat di dalam badan anda. Bakteria itu kemudiannya boleh menghasilkan sebatian yang membantu mengatasi keradangan. Pengambilan minyak zaitun secara tetap juga mempunyai faedah iaitu bersama-sama dengan kesan anti-radang, ia juga boleh membantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan tahap kolesterol.


Daripada soda berkarbonat, cuba secawan teh hijau. Teh hijau mengandungi bahan yang dipanggil catechin, flavanol yang difikirkan untuk memerangi keradangan. (Hanya berhati-hati untuk tidak memuatkan cawan anda dengan gula.)


Daripada muffin jagung, gantikan segenggam kacang campuran tanpa garam dan sebiji epal. Kacang membawa beberapa manfaat kesihatan, termasuk menawarkan dos lemak yang sihat, protein, dan (bergantung pada pelbagai jenis kacang yang anda makan) fitokimia. Fitokimia ini mengandungi antioksidan, yang membantu membersihkan bahan berbahaya yang dipanggil radikal bebas dalam badan. Mereka dianggap mempunyai sifat anti-radang juga. Buah-buahan seperti epal juga mengandungi serat dan fitokimia.


Daripada stik dan kentang bakar, lebihkan hidangan salmon dengan bahagian brokoli. Asid lemak omega-3 dalam salmon dan jenis ikan lain, seperti tuna, sardin dan makarel, telah dikaitkan dengan kesihatan jantung yang lebih baik, mungkin disebabkan oleh sifat anti-radangnya. Brokoli juga merupakan sumber serat yang baik dan kaya dengan vitamin C, E, K, dan folat. Ia juga mengandungi karotenoid, fitokimia.


Daripada sepotong kek, campurkan salad buah menggunakan pelbagai jenis buah beri. Buah-buahan seperti beri kaya dengan vitamin dan fitokimia penghilang keradangan.


Contoh Karangan Tentang Penyakit Berjangkit

10:43:00 PG

Malaysia pada hari ini telah digemparkan dengan pelbagai penyakit yang berbahaya serta dapat meragut banyak nyawa. Antaranya penyakit seperti covid19 yang telah merebak di seluruh Malaysia. Penyakit ini bukan sahaja meragut nyawa malah mempunyai gejala-gejala yang tidak teruk mahupun gejala yang teruk. Mari kita ulas tentang penyakit berjangkit seperti covid19.


Status terkini covid19 semakin meningkat. Hal ini kerana, masyarakat Malaysia tidak mengikuti undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Contohnya, masyarakat perlu memakai penutup muka bagi mengelakkkan daripada dijangkiti. Selain itu juga, kita perlu sentiasa mencuci tangan apabila menyentuh barang yang bukan hak milik kita. Tegasnya, kita mestilah mematuhi arahan kerajaan supaya Malaysia dapat menjalankan kehidupan seharian tanpa wabak yang membahaya.


Seterusnya, kes kematian juga banyak meningkat dari masa ke semasa. Setiap hari banyak kes yang menyebabkan pesakit tidak boleh bernafas dan juga mengalami demam yang teruk. Terdapat ramai pesakit covid19 mati disebabakan oleh masalah sakit jantung dan sebagainya. Hal ini menunjukkan bahawa penyakit perjangkit ini mudah untuk menyerang organ-oragan dalaman kita, tambahan pula mereka yang telah mempunyai pelbagai penyakit yang boleh mendatangkan maut.



Selain itu juga kerajaan telah mengadakan program imunisasi covid19 dengan memberikan satu dos terlebih dahulu serta diikuti dos kedua. Terdapat ramai orang telah bersetuju untuk mengambil vaksin bagi melindungi diri daripada virus ini. Disebabkan oleh vaksin inilah kita dapat melakukan aktiviti di luar seperti bersenam, beriadah bersama keluarga dan melancong ke tempat yang menarik. kerajaan juga telah mmbenarkan semua masyarakat untuk bekerja dan sekolah seperti biasa.


Kesimpulannya, kita mestilah menjaga diri daripada pelbagai penyakit bukan sahaja seperti covid19 tetapi penyakit lain yang boleh memberikan kesan yang buruk kepada kita. Kita juga harus menghindari daripada orang sakit serta menjaga jarak semasa bercakap dengan orang ramai.


Produk Timbang Kilo Bahayanya Jika Diambil Secara Berterusan

12:22:00 PTG

Banyak soalan di terima kenapa tiada pemantauan dari pihak berkuasa? Ini jawapan bagi paling win selalunya peringkat pertama dan kedua sample yg di beri adalah bebas bahan terlarang untuk mengaburi operasi mereka yg tidak bertanggungjawab.Seterusnya barulah pengeluaran OUT dari sepatutnya.



Produk baru tumbuh bagaikan cendawan. Jangan gadaikan kesihatan dan kecantikan diri semata-mata nak cantik sepantas kilat.


Saya merupakan salah satu orang yang telah menggunakan produk timbang kilo yang di jual di kedai kosmetik berdekatan di rumah saya. Banyak produk yang telah saya gunakan demi mencantikkan muka saya sanggup menghabiskan duit dengan membeli produk tersebut untuk menghilangkan jerawat.


Saya juga tidak membaca terlebih dahulu kesan apabila kita memakai produk timbang kilo yang banyak mengandungi bahan kimia. Memang la dapat hasil yang cepat tetapi dapat memudaratkan kita kelak nanti. Saya sarankan kepada semua orang terutama wanita yang ingin kulit yang cantik berhentilah menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia seperti merkuri kerana kulit akan merangsang serta menyebabkan kerosakkan buah pinggang dan sistem saraf diserap dalam salur saraf.


Selain itu juga terdpat juga bahan kimia seperti hidrokuinon yang dapat menjadikan kulit kita hipersensitif dan menggurangkan pigmentasi yang mengakibatkan pendedahan kulit kepada sinar uv yang merbahaya.



Selepas itu, betamerthasome valerate, merupakan bahan terlarang yang boleh menyebabkan kulit merangsang dan perubahan pigmentasi. Biasannya bahan yang saya ulas diatas tadi dimasukkan ke dalam krim pemutih serta produk kosmetik lain secara tidak sah.


Terdapat satu lagi bahan yang berbahaya seperti tretinoin yang dapat menjadikan kulit menggelupas , bahan ini terdpat pada krim jerawat.



Saya sebagai bekas pengguna produk timbang kilo menyarangkan anda semua bertukarlah produk kepada produk yang lebih baik. Berhentilah memakai skincare yang dapat memudaratkan kita. Dapakan skincare yang bagus di kedai Watson, guardian ataupun mana mana kedai yang dipercayai tetapi bukan kedai kosmetik yang murah.


Dapatkan Game PC Percuma Edisi Tomb Raider - Epic Games

9:24:00 PTG

Jika anda seorang PC gamer inilah masa yang sesuai dan amat berbaloi kerana Epic Games menghadiahkan pengguna keseluruhan trilogi Tomb Raider Game of the Year.



Hadiah trilogi Arkham pada tahun 2019 telan menelan belanja $1.5 juta, manakala jumlah kali ini masih belum dapat dipastikan.


Tarikh percuma dikhabarkan hanya sah sehingga 6 Januari, jadi anda mempunyai banyak masa untuk mendapatkannya melainkan anda terlupa jadi jangan tunggu lagi sila dapatkan ia sekarang sementara masih percuma.




Harga semasa untuk Rise of the Tomb Raider sekitar RM190, Shadow of the Tomb Raider RM182 dan akhir Tomb Raider GOTY RM53.10.


Pautan url telah telah disediakan dibawah.

www.epicgames.com/store/en-US/free-games

Garnier Skincare Yang Dapat Merawat Muka Yang Sunburn

5:16:00 PTG

Saya kongsikan skincare yang betul-betul menjadi kepada saya iaitu garnier skin natural (sleeping mask). Produk ini mengambil masa dalam beberapa hari sahaja untuk menghilangkan sunburn dimuka saya. Bau yang sangat wangi dan selamat digunakan, korang boleh mencari di kedai watson atau drugstore lain yang berdekatan korang.



Garnier Light Complete White Speed Night Yoghurt Sleeping Mask - 50ml adalah krim muka yang menggabungkan ekstrak probiotik yogurt soya, pati lemon, vitamin C & white speed serum yang membantu menyuburkan kulit apabila anda tidur pada waktu malam. Diformulasikan untuk berfungsi seperti rawatan pencerahan dengan yogurt, yang dikenali untuk membantu mengurangkan penampilan kusam, membantu menanggalkan sel kulit mati, menyamarkan bintik hitam dan mencerahkan kulit.


Tekstur yogurt ringan mudah meresap ke dalam lapisan kulit. Krim muka ni boleh buat kulit nampak lebih cerah dari malam pertama pakai, kulit kusam nampak malap, menyamarkan noda hitam. Bangun tidur dengan kulit yang kelihatan cerah dan segar.


Harganya sangat berbaloi hanya RM 27.60 harga yang mampu milik untuk seorang remaja seperti saya. Saya telah memakainya selama 4 bulan dan mendapatkan hasil yang bagus, saya sangat suka produk ini.



Saya juga menggunakan serum krim yang dapat melindungi muka saya daripada sinaran uv. Selain itu ia juga tidak memberikan rasa sakit di muka apabila terkena matahari malah dapat menyegarkan kulit saya. Muka saya juga terasa seperti kulit orang korea wah hahhaha, kerana apabila saya memakain serum krim ini dapat membuat muka saya glowing tanpa menggunakan apa-apa solekan pun. Harganya juga sangat murah RM 28 sahaja. Anda patut mencuba produk ini, kerana ianya selamat dan tidak mendatangkan perkara buruk terhadap saya. ianya sesuai untuk kulit yang bermasalah.


Produk Garnier Light Complete Whitening Serum Day Cream SPF36 PA+++ untuk dos perlindungan matahari anda. Ia adalah formula tidak melekit menyerap dengan cepat dan diperkaya dengan 3X Vitamin C dan Lemon Yuzu Segar untuk memberikan anda 3 Toner Lebih Sekata dalam 3 Hari.


Krim Malam Garnier, dengan teksturnya yang kaya, mudah diserap ke dalam kulit. Menjadikan wajah lebih segar dan kelihatan lebih cerah apabila bangun pagi. Sesuai untuk semua jenis kulit. Diuji secara dermatologi. Berbanding formula sebelumnya ujian pengguna ke atas 155 wanita, Keputusan mungkin berbeza bergantung pada warna kulit.



Harganya juga sangat murah RM 28 sahaja. Anda patut mencuba produk ini, kerana ianya selamat dan tidak mendatangkan perkara buruk terhadap saya. ianya sesuai untuk kulit yang bermasalah.


 
HAK CIPTA TERPELIHARA. © Sekejung - Lifestyle blog untuk generasi kini. DIMILIKI OLEHDIMENSI TEKNOLOGI BUMI NIAGA [001859511]