Terkini

Nampak Remeh Tapi Inilah "Bekalan Hidupnya" Ikuti 10 Perkara Ajarkan Anak

8:13:00 PTG

Anak adalah kurnia yang terbesar bagi keluarga, agama, bangsa, dan negara. Dalam kehidupan berbangsa dan bernegara, anak adalah penerus cita-cita bagi kemajuan suatu bangsa.



10 perkara penting yang wajib kita ajarkan kepada anak.


1. Ajari anak kita bahawa dirinya adalah Hamba Allah. Nampak simple tapi ini menentukan 'mental self image' anak kita.

Anak yang tak merasa baahwa dia adalah hamba Allah mudah menjadi angkuh, bossy dan sombong.


2. Ajari anak kita bahawa apa yg ada pada dirinya milik Penciptanya.

Kalaupun anak kita nakal-nakal sekalipun, insyaAllah dia akan mudah balik ke pangkal jalan jika dia tahu hakikat dirinya dan siapa yang memiliki dirinya.



3. Ajari anak kita bahawa mencari duit itu perlu tetapi bersedekah itu lebih perlu.


4. Ajari anak kita bahawa dia akan menempuh 5 checkpoint

Checkpoint 1 - mati

Checkpoint 2 - barzakh

Checkpoint 3 - mahsyar

Checkpoint 4 - mizan

Checkpoint 5 - sirat


5. Ajari anak kita bahawa Al-Quran bukan cuma untuk dilagukan semata tapi diamalkan dan tuntunan hidup.


6. Ajari anak kita bahawa rezeki bukan datang daripada ibu bapa tetapi rezeki datang daripada Pencipta.

Anak yang tahu rezeki itu adalah pemberian Penciptanya akan mudah bersyukur dan berterima kasih.


7. Ajari anak kita bahawa selepas akil baligh dia akan terpaksa memikul banyak tanggungjawab & akan disoal di akhirat kelak tentang tanggungjawabnya.

Anak yang tahu dia ada banyak tanggungan akan lebih memiliki 'sense of responsibility'.


8. Ajari anak kita bahawa amal soleh bukan cuma solat dan puasa.

Bekerja, makan, tidur, bantu adik beradik dan semua perkara akan jadi amal soleh asalkan diniatkan untuk Allah semata.


9. Ajari anak kita bahawa nilai adik beradik melebihi nilai segala harta benda dunia.

Anak yang tahu nilai adik beradiknya takkan mudah berkelahi berebutkan harta selepas kita sudah tiada.


10. Bagitahu anak kita bahawa suatu hari nanti kita akan pergi jua dan sebaik-baik bekal yang kita ada adalah doa daripadanya.

Pelaburan paling berharga sepanjang menjadi ibubapa adalah apabila anak kita sudi mendoakan kita kerana tak sedikit anak di luar sana sangat jarang mendoakan ibu bapanya yang sudah meninggal dunia.


Semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah.


Aamiin.. ❤️๐Ÿคฒ


Kredit : Dr Taufiq Razif


Korea Drama Jirisan Gunung Yang Perlu dilindungi dan Dijaga Oleh Kumpula Renjer Hutan

2:02:00 PTG

Jirisan adalah kisah kumpulan renger hutan yg bertugas untuk menjaga dan melindungi gunung jirisan. Penuh suspen dan triller dan ada juga unsur mistik. Salah seorg renjer telah terlibat dalam kemalangan semasa bertugas dan telah koma. Tapi dalam koma roh dia berlegar dan sesat dlm hutan mencari pembunuh misteri yg telah membunuh pendaki-pendaki gunung tersebut.



Pernah dengar cerita K-Drama baru ini iaitu “Jirisan”? Cerita ini agak berlainan dan bersifat misteri, ini adalah sebuah kisah penyelamatan pendaki di sebuah gunung yang misteri dan tak tersentuh.


Jirisan juga dibintangi oleh pelakon yang terkenal di mana wajah mereka sudah tidak asing lagi bagi para pecinta K-drama, termasuk Jun Ji Hyun dan Joo Ji Hoon yang pernah sama-sama membintangi serial drama popular berjudul Kingdom dulu dan pelakon lain seperti Oh Jung Se, Jeon Seok Ho, Lee Ga Sub, Go Min Si, dan banyak lagi.



Walaupun Jun Ji-hyun adalah pelakon yang agak berusia, namun dia tidak mengecewakan kami dengan lakonannya yang baik dan membuktikan bahawa umur itu hanyalah suatu angka.


Cerita ini berlatarkan Gunung Jirisan, serial drama ini berkisah tentang renjer hutan dan juga para pegawai yang bekerja di Taman Nasional Jirisan. Mereka mengembara menyusuri denai mendaki Gunung Jirisan yang misteri dan belum diterokai untuk cuba menyelamatkan pendaki yang hilang.


Seo Yi-Gang (Jun Ji Hyun) ialah renjer terbaik di Taman Negara Gunung Jirisan. Dia tahu hampir semua tentang kawasan itu, termasuk tempat untuk mendaki gunung. Kang Hyun-Jo (Joo Ji-Hoon) ialah seorang renjer baru di Taman Negara Gunung Jirisan.


Dia lulus dari akademi tentera dan pernah menjadi kapten tentera. Dia menyimpan suatu rahsia yang dia tak boleh beritahu sesiapa. Kedua-dua orang ini menjadi rakan kongsi dan mereka bekerja untuk menyelamatkan orang di sekitar Taman Negara Gunung Jirisan.


Anda boleh menonton K-Drama ini di iQiyi secara percuma, setiap hari Sabtu dan Ahad pukul 8PM. Ia adalah suatu platform penstriman yang legal, jadi anda tidak perlu menggunakan “TV Box” ataupun website yang tidak selamat.


iQIYI Edisi Antarabangsa mempunyai banyak kandungan yang boleh ditonton secara percuma, yang ditayangkan secara serentak dengan China dan Korea Selatan!


Advertisement

Resepi Ayam Goreng Berlada Yang Digemari Ramai

12:46:00 PTG

Ayam adalah antara daging yang paling digunakan di dunia. Hampir kesemua anggota badan ayam boleh digunakan untuk makanan, apatah lagi dagingnya boleh dimasak dengan pelbagai cara. Antara hidangan ayam yang terkenal ialah ayam panggang, ayam goreng, sup ayam, ayam tanduri, dan nasi ayam. Daging ayam juga lazim dihidangkan di kedai makanan segera.



Ayam goreng siapa tidak gemar terutamanya kanak-kanak pasti suka makan ayam goreng kunyit kan. Makan nasi panas-panas mesti bertambah. Walaupun abad ini terasa sangat ayam mahal tapi menjadi rutin harian ibu-ibu masak ayam untuk tambah protein anak-anak dan sekeluarga. Hari ini korang yang tiada idea nak masak apa boleh cuba masak ayam goreng berlada ini.



Bahan-bahan simple saja

1 - Ayam sebelah potong kecik ikut selera anda

2 - 4 tangkai cili merah besar buang biji

3 - 10 tangkai cili padi hijau

4 - 1 sudu makan sos tiram

5 - 1 sudu makan sos ikan

6 - 1 biji bawang besar

7 - 1 sudu makan gula

8 - Secubit garam dan cukup rasa

*(no 2 & 3) kisar kasar


Cara masak

Ayam goreng jangan terlalu garing, lepas itu ketepikan. Pakai minyak yang sama untuk menumis pula kurangkan minyak.

Tumis bawang besar, sampai naik bau lepas itu masukan cili besar + cili padi yang sudah dikisar kasar tadi.

Kacau sampai sebati kemudian masukan gula, garam, sos tiram, sos ikan, maggi cukup rasa ikut cita rasa masing-masing ye nak kurang @ nak ikut resepi.

Kacau semua sampai semua sebati kemudian baru masuk ayam. Kacau lagi sampai semua bahan tadi nampak sedikit kering.


Sudah siap boleh hidang..


Selamat mencuba


credit : Balqis Aleesya Ryan Soffea


Advertisement

CHIMERA Sebuah Drama Korea Selatan Yang Ditayangkan Di Viu Malaysia

9:39:00 PG

Jom layan #drakor crime thriller terbaru, Chimera lakonan Park Hae-Soo sebagai detektif yang paling bersemangat, Cha Jae Hwan, dan Soo Hyun sebagai profiler jenayah yang bijak, Eugene Hathaway di Viu. Episod baru setiap Ahad & Isnin tau.


Sebuah drama Korea Selatan yang baru sahaja ditayangkan di Viu Malaysia !! Sekarang sudah ditayangkan sehingga 10 episod, tak sabar menanti episod yang akan datang. Viu menyiarkan episod baru setiap hari Ahad dan Isnin. Drama 16 episod ini bakal buat jantung anda berdebar. Jenayah, thriller, penyiasatan merupakan genre yang dibawa dalam kdrama CHIMERA Kali ini.


CHIMERA merupakan makhluk mengerikan , makhluk mitos yang memakan manusia. Makhluk chimera ini digunakan sebagai lambang oleh seorang pembunuh bersiri, menceritakan tentang kehadirannya untuk membalas dendam pada musuh-musuh lamanya.



Chimera menghancurkan musuhnya dengan api yang marak membakar, begitulah cara dia membunuh setiap mangsa. Terbakar! Rentung! Tragis!! Mengenengahkan pelakon Squid Game , Park Hae Soo sebagai bintang utama bergandingan dengan bintang antarabangsa Kim Soo Hyun. Sebuah drama penyiasatan dan jenayah yang memaparkan dendam kesumat sebagai senjata untuk membunuh!


Penemuan satu mayat yang rentung terbakar dalam sebuah kereta, membuka mata pihak berkuasa bahawa ada sebuah kes lama yang sedang menghantui mereka Kali ini. Setiap pengembara kini perlu bertahan, menunggu giliran untuk menjadi mangsa CHIMERA.


Drama: Chimera

Peribahasaan yang disemak semula: Kimaira

Hangul: ํ‚ค๋งˆ์ด๋ผ

Pengarah: Kim Do-Hoon

Penulis: Lee Jin-Mae

Rangkaian: OCN

Episod: 16

Tarikh Tayangan: 30 Oktober - 19 Disember 2021

Masa tayangan: Sabtu. & Ahad 22:30

Bahasa: Korea

Negara: Korea Selatan


Plot Sinopsis

Satu letupan telah berlaku pada masa lalu. Letupan itu membawa kepada kes pembunuhan bersiri yang dikenali sebagai kes Chimera. 35 tahun kemudian, letupan serupa berlaku.

Cha Jae-Hwan (Park Hae-Soo) ialah seorang detektif yang bersemangat. Semasa Eugene (Soo-Hyun) masih kecil, dia telah menjadi anak angkat oleh ibu bapa di Amerika Syarikat. Dia pernah bekerja untuk FBI dan dia kini bekerja sebagai profil jenayah. Semasa Lee Joong-Yeop (Lee Hee-Jun) masih kecil, dia telah menjadi anak angkat oleh ibu bapa di England. Dia menjadi pakar bedah dan kembali ke Korea Selatan, tetapi dia terlibat dalam kes misteri.

Cha Jae-Hwan, Eugene dan Lee Joong-Yeop mempunyai alasan berbeza untuk mengejar kebenaran kes Chimera.

Sesungguhnya masa tidak dapat membasuh dosa silam, tidak menghakis dendam yang telah sekian lama terpendam! wajib tonton!!!


Ringkasan Antara Haq Dan Bathil Di Akhir Zaman

1:43:00 PTG

Ini sebabnya kita perlu amal doa minta Allah tunjuk kebenaran bezakan haq dengan bathil. Ulama su' itu wujud. Telah diberi amaran oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Ulama su' ini jauh lebih bahaya daripada dajjal sebab ia gunakan agama tapi bawa orang ke neraka.



Selain amal doa penting ini, sebagai manusia yang Allah bagi akal kena gunakan. Kalau dengar satu sumber saja, sebelah pihak saja, tengok televisyen saja, macam mana nak buka minda?

Itu sebab ajak follow kuliah para tuan guru pondok. Hanya setelah saya follow tuan guru pondok baru boleh nampak beza kuliah ahli agama pondok dengan kuliah ahli agama media arus perdana.


Yang masuk tv ni biasanya yang datang daripada universiti ada pangkat ada sijil, yang mengajar di pondok biasanya yang mengaji pondok ada bezanya sangat beza kuliah mereka macam langit dengan bumi yang satu sentiasa ingatkan pasal fitnah akhir zaman, tanda-tanda yang disebut sudah banyak berlaku.

Seorang Guru nampak bersemangat berada di hadapan kelas sedang mengajar anak muridnya dalam pendidikan Syari’at Islam. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.

Guru berkata, “Hari ini kita nak main sebuah permainan. Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam.

Jika saya angkat kapur ini, maka katakan ia “Kapur!”, jika saya angkat pemadam ini, maka berkatalah “Pemadam!” Anak muridnya pun faham dan mengikutinya. Guru mengangkat silih berganti antara tangan kanan dan tangan kirinya, makin lama makin cepat.

Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, “Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah “Pemadam!”, jika saya angkat penghapus, maka katakanlah “Kapur!”. Dan permainan itu diulang kembali untuk kali kedua.

Maka pada mulanya anak muridnya itu keliru dan pening, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi keliru. Selang beberapa saat, permainan dihentikan. Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya.

“Anak-anak, begitulah ummat Islam. Awalnya kalian jelas dapat membezakan yang haq itu haq, yang batil itu batil. Namun kemudian, musuh musuh Islam cuba melalui berbagai cara untuk menukarkan yang haq itu menjadi batil dan begitulah sebaliknya.

Pada permulaannya mungkin agak sukar untuk kalian menerima hal tersebut, tetapi kerana terus diracunkan dengan pelbagai cara, akhirnya lambat laun kalian menjadi terbiasa dengan hal demikian. Dan kalian mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.”

“Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi suatu kebiasaan, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup, rasuah menjadi kebanggaan dan lain lain. Semuanya sudah terbalik. Bahkan dalam sesetengah hal yang hak itu menjadi ‘batil’ dipandangan masyarakat. Dan tanpa disedari, kalian sedikit demi sedikit menerimanya.

Faham?” tanya Guru kepada murid-muridnya.

“Faham …..”

Belajar banyak sumber , berdoa kepada Allah S.W.T

Baru faham petunjuk Allah bagi. InsyaAllah

NOTA RINGKAS 30 DAJJAL KECIL SEDANG KAWAL DUNIA

12:54:00 PTG

Bumi Yaman telah dipuji oleh Rasulullah ribuan tahun dulu. Rasulullah bagitahu penduduk Yaman ini ibarat kepulan awan. Penduduknya orang yang baik. Rasulullah juga mendoakan keberkatan bumi Syam dan Yaman. Semasa minum air di talaga Kauthar nanti, Rasulullah akan tahan orang lain. Rasulullah akan bagi orang Yaman minum dahulu.



Sebelum datang dajjal sebenar, akan keluar dulu 30 dajjal kecil. Mereka adalah pemimpin. Mereka pimpin dunia dan kawal ekonomi. Bukan semua tapi kebanyakan. Rasulullah dah bagitahu orang yang selamat nanti adalah orang yang bersembunyi. Zaman itu macam lockdown malah lebih teruk. Keluar ke mana pun tak boleh.

Ulama' mengatakan sesiapa yang keluar untuk melihat dajjal, dia akan jadi murtad. Walaupun dia seorang Ulama'. Sehingga ada Hadith tentang seorang yang nak jumpa untuk berdebat dengan dajjal. Kononnya dia nak lawan dajjal. Akhirnya dia jadi pengikut dajjal. Malah mungkin jadi PA dajjal.


Antara orang yang selamat dari fitnah dajjal adalah yang amalkan baca surah Al-Kahfi. Ayat pertama permulaan sebut "Alhamdulillah". Ini adalah kalimah tauhid. Gaji yang kita dapat dari bos, orang yang tak faham tauhid akan kata bos bagi rezeki. Orang yang ada tauhid akan kata Allah bagi rezeki. Siapa yang lemah tauhidnya akan tertipu dengan bisikan syaitan.

Salah satu bisikan syaitan adalah dia akan risaukan kita tentang kemiskinan. Sehinggakan yang terpedaya sihirkan san jatuhkan kawannya untuk rebut jawatan. Sebenarnya sedang jatuh ke dalam rezeki yang haram. Zaman dajjal nanti kita akan hadapi 7 tahun kemarau. Tapi sebelumnya hujan akan mula berkurangan. Hujan turun tapi tidak beri manfaat. Tidak suburkan tanaman dan mengidupkan binatang. Malah menyebabkan banjir.

Zaman dajjal nanti tiada makanan. Dajjal yang akan bagi makanan. Tapi orang beriman tidak akan terima. Makanan orang beriman adalah zikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar. Sesiapa yang selamat semasa zaman dajjal, imannya dipuji oleh Rasulullah. Hebat imannya sehingga sanggup berlapar dan tolak makanan dari dajjal kerana menjaga iman.

Latih diri jangan bergantung dengan makhluk. Jangan kata gaji kita banyak sebab usaha kita. Tapi sebab Allah rezekikan. Mereka yang bergantung dengan makhluk besar kemungkinan akan ikut dajjal. Kerana sihir dajjal akan hidupkan orang mati, keluarkan air supaya orang kata dia tuhan. Beruntung orang yang mati zaman sekarang kerana terselamat dari zaman dajjal nanti. Dari sudut lain memang kita sedih.

*Kuliah sebelum Ustaz Moqti Ahmad Qalbun Salim terbang ke Yaman. Semoga Allah mudahkan safar ๐Ÿคฒ๐Ÿผ


Kredit : @notafitnahakhirzaman


Korea Drama Secret Royal Inspector Joy Yang Dibintangi Oleh Ok Taec-yeon

1:44:00 PTG

Pelakon yang kacak iaitu Ok Taec-yeon (Bahasa Korea: ์˜ฅํƒ์—ฐ; Hanja: ็Ž‰ๆพคๆผ”; lahir 27 Disember 1988), dikenali secara mononim sebagai Taecyeon, ialah seorang penyanyi rap, penyanyi, penulis lagu, pelakon dan usahawan Korea Selatan. Dia adalah penyanyi rap utama kumpulan lelaki Korea Selatan 2PM.



Jika ada masa terluang korang boleh layan drama korea ini di rangkaian tvN. Cerita ini ada selit-selit komedi memang kelakar bagi admin la. Drama ini masih belum habis disiarkan yang bermula tarikh tayangan pada 8 November 2021 setiap isnin dan selasa.


Admin layan drama ini di Viu ataupun Astro di rangkaian tvN 395. Jom baca sinopsis korang mesti tertarik nak menonton drama ini.


Plot Sinopsis:

Mengisahkan tentang polis rahsia diraja yang bertugas untuk menyamar dan membongkar rasuah atau mencuri. Impian Ra Yi-Eon (TaecYeon) adalah untuk membeli restoran ladu kecil dan menjalankan perniagaan. Dia mahukan kehidupan yang mudah, tetapi dia cukup bijak untuk lulus peperiksaan negeri yang baru diambilnya. Beliau kini mula bekerja di Pejabat Penasihat Khas, yang merupakan kursus elit untuk berjaya sebagai pegawai kerajaan. Dia kemudiannya dilantik sebagai ejen rahsia diraja, di mana dia ditugaskan dengan misi rahsia. Ia adalah satu penghormatan besar untuk Ra Yi-Eon dan keluarganya bahawa dia kini menjadi ejen rahsia diraja. Di rumahnya, dia masih mengekalkan kehidupan yang santai dan dia tidak bekerja keras sebagai ejen rahsia diraja. Kehidupannya berubah apabila dia bertemu dengan Kim Jo-Yi (Kim Hye-Yoon).

Fikiran Kim Jo-Yi penuh dengan rasa ingin tahu. Dia juga mempunyai pemikiran yang progresif untuk tempoh Joseon, di mana dia berpendapat bercerai tidak mengapa. Dia berkahwin dengan suaminya tiga tahun lalu dan dia kini cuba menceraikannya. Suaminya ketagih judi dan anak mama. Suaminya juga enggan menceraikannya. Akhirnya, apabila Kim Jo-Yi hampir menamatkan prosedur perceraiannya, dia bertemu Ra Yi-Eon. Ejen Rahsia Diraja Ra Yi-Eon dan Kim Jo-Yi bekerjasama untuk menyelesaikan kes.



Drama: Secret Royal Inspector & Joy (tajuk Inggeris)

Peribahasa yang disemak: Eosawa Joyi

Hangul: ์–ด์‚ฌ์™€ ์กฐ์ด

Pengarah: Yoo Jong-Sun

Penulis: Lee Jae-Yoon

Rangkaian: tvN

Episod:16

Tarikh Tayangan: 8 November 2021

Waktu tayangan: Isnin & Selasa 22:30

Bahasa: Korea

Negara: Korea Selatan


Dibintangi :

Ok TaecYeon

Kim Hye-yoon

Lee Jae-Kyoon


Nota

"Secret Royal Inspector Joy" mengambil alih slot masa Isnin & Selasa 22:30 tvN yang sebelum ini diduduki oleh "High Class."


"Happiness" Drama Korea Penyakit Berjangkit Yang Mesti Ditonton

11:49:00 PG

HAPPINESS ialah siri berterusan yang dibintangi oleh Han Hyo Joo, Park Hyung Sik, dan Jo Woo Jin. Ia adalah thriller apokaliptik yang berlaku pada masa di mana penyakit berjangkit telah menjadi kebiasaan baharu.



Ia ditayangkan di tvN pada 5 November 2021 dan disiarkan setiap Jumaat dan Sabtu. Ia juga tersedia untuk langsung dalam iQIYI atau Viu di wilayah terpilih.


Selepas 5 tahun, Han Hyo Joo kembali menerusi siri TV Korea kemunculannya "Happiness". Ini adalah drama Korea pertamanya sejak #WTwoWorlds 2016, kerana dia lebih memfokuskan kepada pembikinan filem.



Pemikiran yang lebih mendalam! Sedih tapi benar. Kebahagiaan mendedahkan dua bentuk dan jenis kepimpinan semasa pandemik. Orang yang benar-benar ingin membantu negaranya vs orang yang mementingkan diri sendiri dan hanya ingin mengaut keuntungan sendiri.


Sinopsis

Drama ini akan mengisahkan tentang kehidupan sekumpulan penduduk yang tinggal di bangunan pangsapuri di tengah-tengah wabak virus yang membawa maut. Lebih teruk lagi, pangsapuri yang baru dibina itu mendiskriminasi mereka berdasarkan status sosial. Orang kaya akan menduduki pangsapuri bertingkat tinggi dan ditutup apabila penyakit berjangkit muncul, manakala orang awam menduduki bahagian bawah pangsapuri yang lebih terdedah kepada penyebaran virus.

Drama ini memberikan gambaran sebenar tentang pertempuran psikologi yang sengit dalam masa penularan penyakit maut. Setiap orang diserang oleh ketakutan dan keputusan mereka sendiri yang hanya memburukkan keadaan. Terletak dalam masa terdekat, sebuah bangunan pangsapuri bertingkat tinggi baru sahaja dibina di sebuah bandar besar. Bangunan pangsapuri mempunyai penduduk dari semua lapisan masyarakat, tetapi penyakit berjangkit baru muncul. Disebabkan wabak itu, apartment bertingkat tinggi itu ditutup. Penduduk berjuang untuk terus hidup, sambil dibelenggu ketakutan dan ketidakpercayaan pada orang lain.

Yoon Sae-Bom (Han Hyo-Joo) ialah ahli skuad polis khas. Dia tegas, berani, dan tidak mudah keliru. Dia teruja untuk berpindah ke apartment barunya, tetapi, setelah berpindah ke sana, dia menghadapi krisis. Jung Yi-Hyun (Park Hyung-Sik) ialah seorang detektif. Dia bijak dan jujur. Untuk masa yang lama, dia mempunyai perasaan romantik terhadap Yoon Sae-Bom. Mereka lulus dari sekolah menengah yang sama. Jung Yi-Hyun berjuang untuk melindungi Yoon Sae-Bom dan lain-lain. Han Tae-Seok (Jo Woo-Jin) ialah seorang leftenan kolonel dan tergolong dalam perintah perkhidmatan kesihatan. Dia memegang kunci kepada wabak penyakit berjangkit.


Profile

Drama: Happiness

Revised romanization: Happiness

Hangul: ํ•ดํ”ผ๋‹ˆ์Šค

Director: Ahn Gil-Ho

Writer: Han Sang-Woon

Network: tvN, TVING


Episodes:

Release Date: November 5, 2021 —

Runtime: Friday & Saturday 22:40

Genre: Thriller

Language: Korean

Country: South Korea


Pelakon Drama Korea Happiness

Han Hyo-Joo Sebagai Yoon Sae-Bom

Park Hyung-Sik Sebagai Jung Yi-Hyun

Jo Woo-Jin Sebagai Han Tae-Seok


 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)