Terkini

MyBump Media Lewat Membayar Brand Ambassadors 'DEQUADIN'

10:07:00 PTG

Mybump nama seakan wanita yang sedang mengandung tapi tekaan itu salah kerana ia adalah sebuah syarikat pengiklanan moden di Malaysia yang menggabungkan teknologi internet dan traditional.



Bagi memberikan kesan positif kepada pengiklanan dan dengan kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalanraya tercetusnya iklan bergerak dimana membolehkan pemilik kenderaan menampal stiker iklan pada badan kenderaan masing-masing.


Sepertimana yang kita lihat iklan-iklan di badan pengangkutan RAPID KL haa begitulah fungsinya apabila dilekatkan di badan kenderaan pemilik persendirian.



MyBump Media diasaskan oleh seorang wanita yang dikatakan telah mendapat idea ketika sedang menghadapi kesesakkan jalan raya.

Nadia Jalil(CEO) peneraju utama Mybump.my dan pasukannya menurut sumber telah memulakan operasi semenjak tahun 2015 dimana ketika itu pemiliknya mendapat buah fikiran ketika menghadapi kesesakkan lalu lintas semasa memandu kereta dan mula dari situ ia menjadikan badan kenderaan sebagai papan pengiklanan bergerak.


Punca Lewat Membayar Brand Ambassador 'DEQUADIN'


Namun baru-baru ini pihaknya lewat menyelesaikan pembayaran kepada brand ambassador pada yang membawa iklan 'DEQUADIN' dan mereka juga telah berusaha mencapai target yang ditetapkan oleh Mybump Media.


Terma dan syarat dalam MyBump.my adalah akan melakukan pembayaran setiap bulan kepada duta jenama selama yang ditetapkan iaitu 3 bulan bersamaan 90hari. Tapi masuk bulan kedua iaitu November 2018 dapati ia telah melewatkan pembayaran dengan alasan menyalahkan pihak agency iaitu mungkin Dequadin.



Diatas adalah kenyataan yang dipaparkan setelah menghadapi kesukaran pembayaran kepada duta jenama iklan Dequadin. Itu pun berlaku setelah kelewatan berlanjutan lebih dari 10 hari dimana yang ditetapkan oleh MyBump sendiri.


Kesimpulan yang kami dapat huraikan tentang struktur perniagaan oleh MyBump adalah, syarikat mereka menjadi orang tengah dalam menguruskan pengiklanan. Secara ringkas mereka juga menanti pembayaran dari pelangan sebelum melakukan proses pembahagian hasil iklan kepada duta jenama (Brand Ambassadors).


Bagi pendapat Sekejung.com perniagaan sebegini tidak seharusnya diterapkan kerana ia akan menyebabkan kesukaran kepada duta jenama bagi meneruskan aktiviti harian mereka demi memastikan iklan itu aktif di jalan raya dan perniagaan sebegini juga kelihatan menggunakan konsep makan atas angin seperti mana yang dilakukan oleh syarikat e-hailing.


Sepatutnya syarikat pengiklanan bergerak yang mempunyai kaitan dengan orang awam harus menyediakan peti tunai kecemasan ketika mengalami masalah dengan pelangan supaya tidak menjejaskan emosi duta jenama yang sentiasa menanti hasil kerja mereka.


Akhir sekali disebabkan MyBump Media adalah syarikat yang diasaskan oleh anak tempatan maka Sekejung.com harap pihak mereka dapat memperbaiki kelemahan tersebut dimasa akan datang.


Kemaskini : Terima kasih kepada pihak MyBump Media kerana telah berjaya melangsaikan pembayaran walaupun lewat.


Restoran Western Kota Bharu, Kelantan - KB Burger Bakar

10:27:00 PG

Kelantan adalah sebuah negeri yang terkenal dengan pelbagai makanan tempatan dan dibawa masuk dari Siam maklumlah bersebelahan.



Juga mempunyai 8 buah daerah salah satu daedah yang yang membangun adalah kawasan Kota Bharu, lokasi ini boleh dikatakan pusat bandar bagi warga kelantan dan oleh sebab itu banyak yang melabur buka perniagaan di pusat bandar kota bharu.


Para pelancong juga tidak terlepas dari mengunjungi Kota Bharu untuk menikmati pelbagai lokasi kedai makan yang dibuka oleh rakyat tempatan, disini turut mempunyai pasar karat seperti di Kuala Lumpur cuma ia bukanlah bermakna menjual barangan hasil dari mencuri.


Ia lebih kepada car boot sale tepi jalan yang terletak di sekitar kota bharu, pengunjung di Kota Bharu pasti tidak terlepas pandang Pasar Besar Siti Khadijah dimana nama asalnya adalah Pasar Besar Buluh Kubu walaubagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu arwah Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz.



Kedai Makan Ala Hipster Di Kota Bharu?


Ya, sudah pasti ada selagi mana ia masih dianggap trending oleh masyarakat bandar dan luar bandar. Restoran pilihan kami adalah KB Burger Bakar yang terletak di alamat Jalan Kuala Krai, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan.



Dibuka setiap hari kecuali jumaat kerana di kelantan dan johor telah mula menetapkan hari cuti bagi umat Islam adalah jumaat. Waktu perniagaan pula bermula dari 4.30PM- 1.00AM.


Mungkin ada yang ingin mencuba hidangan lain selain dari makanan tradisi di kelantan namun restoran ini salah satu pilihan kami buat masa ini dimana mereka menyediakan hidangan burger bakar dan ala western serta mempunyai pilihan kualiti daging import.



Suasana dalam restoran juga agak baik kerana tidak mencampur aduk dengan pelangan yang merokok, dimana perokok disaran menggunakan meja makan diluar restoran bagi menghormati pelangan yang ada anak kecil.


Namun begitu harga hidangan di restoran ini tidaklah begitu menetapi citarasa pelangan yang mahukan penjimatan, cuma kami agak berpuas hati terhadap daging burger mereka yang tebal lagi empuk.



Akhir sekali kami dapati ada beberapa kelemahan terhadap cara penyedian terhadap hidangan mereka dan telah maklum kepada supervisor mereka yang bertugas supaya dapat diperbaiki.


Ingin mencari lokasi penginapan di sekitar kota bharu, kelantan boleh menggunakan kotak sistem carian Agoda dibawah supaya boleh membuat bajet sebelum menempah.


Advertisement

Percutian Singkat Di Bandar Brinchang, Cameron Highland

5:24:00 PTG

Cameron Highland terkenal dengan keindahan pemandangan ladang yang menghijau serta mempunyai udara yang sejuk lagi nyaman.



Tanah Tinggi Cameron dahulu boleh dikatakan kawasan percutian peranginan kerana ia memiliki udara sejuk tambahan lagi jika di ketika malam hari dimana tiupan angin dari luar tingkap pun sudah mampu menggantikan penghawa dingin.


Ketika perjalanan dari Kelantan menuju Kuala Lumpur pasti akan lalu gua musang dan jika kita ingin naik ke tanah tinggi Cameron dari masjid Lojing penghujung jalan dia adalah Tapah, Perak dan terus keluar lebuhraya plus utara-selatan lokasinya agak startergi kerana berada di tengah-tengah antara negeri perak dan kelantan manakala Cameron adalah sebahagian dari tanah Pahang.


Pengalaman kami ketika memandu menuju ke Cameron melalui Lojing, Kelantan. Keadaan permukaan jalan raya tidak begitu cantik dan mempunyai banyak spot jalan berlubang serta tanah runtuh dan mujur setiap lokasi itu mereka meletakkan papan peringatan supaya pemandu dapat mengelak.



Udara Tanah Tinggi Cameron masih sejuk seperti dahulu?


Ini adalah pertanyaan yang sering ditanya, jawapan kami adalah anda harus membuat sedikit sebanyak kertas kerja berdasarkan geografi dimana lokasi yang tinggi dan mempunyai hijauan pokok semestinya masih mempunyai udara nyaman dan sejuk.


Manakala jika anda lewati kawasan bandar seperti Tanah Rata dan bawah dari itu, udara sudah tidak begitu sejuk kerana faktor pembangunan yang tidak terkawal oleh manusia yang gilakan keuntungan.


Bandar Brinchang adalah kawasan pilihan kami kerana kelihatan masih kurang dengan pembangunan namun ketika kami mengunjungi sudah ada bangunan-bangunan sedang sibuk dibina. Oleh kerana itu kiraan kami dalam tempoh kurang dari 10 tahun bandar Brinchang pasti akan mengalami perubahan iklim dan ketika itu tempat penginapan sudah mula kena memasang penghawa dingin untuk pelangan.


Lokasi sarapan pagi pilihan kami di Brinchang



Memilih lokasi sarapan juga penting bagi kami kerana inginkan udara nyaman maka gerai tepi jalan adalah tempat terbaik. Disini mempunyai gerai yang menjual hidangan nasi lemak ayam berempah dan roti canai paling penting ia berdekatan dengan masjid.



Harga makanan disini jangan hairan jika ada sedikit perbezaan dari tempat korang sebabnya segala bahan-bahan mereka mungkin dibawa dari bawah kecuali sayuran.


Kos penginapan pula bergantung pada hari tertentu jika pergi waktu kemuncak sudah pasti ia mahal manakala kami pula datang waktu bekerja dapatlah separuh harga. Paling menarik ada kelompok yang mengambil keputusan tidak menginap mana-mana hotel salah satu sebab adalah membazir jika berjalan dari pagi hingga malam.


Untuk pengetahuan kita bersama lokasi-lokasi menarik untuk bergambar semuanya berbayar ya jadi jangan mimpi nak dapat pemandangan yang cantik ketika bergambar kecuali terpaksa keluarkan duit dan bayar di kaunter semata-mata untuk ambil gambar di kawasan dalam.


Sekarang pula musim hujan maka dapatlah pengunjung menikmati suasana sejuk diatas dan waktu tengah hari pula jika tidak hujan cuaca tetap terasa bahang kepanasan dan disarankan cari tempat berteduh jangan pula korang berlagak duduk bawah sinaran matahari macam di korea konon.


Mencari penginapan bersesuaian dengan bajet, boleh cuba kotak carian agoda dibawah



Advertisement

Tealive Promo RM2.50 :Touch 'n Go Digital Wallet

7:25:00 PTG

Touch 'N Go E-wallet telah mula diperkenalkan secara menyeluruh di lokasi-lokasi yang terpilih terutama kedai minuman Tealive di seluruh Malaysia.



Jika kita mengintai di negara China rakyat mereka memang boleh dikatakan sudah sepenuhnya menggunakan pembayaran digital tanpa ragu-ragu. Manakala Malaysia juga tidak ketinggalan akan teknologi sebegitu kerana pada tahun 2018 sahaja sudah banyak syarikat korporat melabur untuk pembangunan sistem dompet digital.


Walaupun dapat saingan dari syarikat teknologi dari China tapi di Malaysia sendiri telah mempunyai saingan tersendiri. Cara pemasaran mereka untuk menarik pengguna juga telah dipelbagaikan salah satu yang trending sekarang pengguna boleh menerima sejumlah pulangan tunai selepas melakukan pembayaran mengguna app mereka.



Dapatkan minuman Tealive dengan harga serendah RM2.50 tertakluk terma dan syarat.


Harga promosi RM2.50 hanya sah pada minuman harga RM6.50 sahaja selebihnya pelangan harus tambah dengan duit sendiri dan pastikan baki dompet digital mencukupi kerana mereka tidak boleh terima separuh dari dompet digital dan separuh lagi tunai.


Perkara diatas telah kami buat pengesahan pada beberapa cawangan Tealive yang terpilih dan untuk pengetahuan anda kedai minuman ini bukan sahaja menerima dompet digital dari Touch 'N Go malah ia turut menerima dari pelbagai jenama dompet yang lain.


Cara pembayaran sangatlah mudah dimana anda hanya perlu memuat turun app touch 'n go E-Wallet dari gedung playstore atau apple mengikut telefon pintar anda masing-masing.



Tempoh promosi ini adalah sah sehingga hujung tahun 2018 ini jadi mana yang belum silakan daftar dan tambah nilai untuk dapatkan harga istimewa untuk minuman Tealive.


Untuk maklumat terma dan syarat sila layari laman web https://www.tngdigital.com.my/promotions/tealive-promo.html


Percutian Singkat Ke Temerloh - Go'Bang Maju

11:49:00 PG

Negeri Pahang tidak hanya terkenal dengan lokasi percutian malah ia turut mempunyai tarikkan ikan patin tempoyak yang superrr!!



Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Temerloh memakan masa sekitar dua jam jika kekalkan pemanduan yang baik dan paling penting ia bukan pada hari perayaan atau cuti sekolah.


Jika pergi ketika musim cuti haaa mendapatlah korang kesesakkan lalu lintas yang luar biasa apa pun sila rancang perjalanan terdahulu sebelum membuang masa diatas jalan raya.



Ikan patin tempoyak di Temerloh patut anda cuba.


Setelah puas pusing temerloh maka perut pun sudah mula memberikan signal luar biasa maka kami pun mencari lokasi ikan patin tempoyak yang terdekat iaitu Go'Bang Maju yang betul-betul berada di tepi jalan berbanding yang lain-lain ada yang kata kena masuk kawasan pendalaman.



Hidangan yang diperkenalkan oleh restoran ini sungguh unik kerana lauk-pauk yang disediakan semua sudah berada didalam piring atau bekas masing begitu juga set nasi yang telah disertakan daun salad dan sambal belacan.


Kami memuji restoran ini kerana harga lauk pauk telah ditetapkan mengikut pingan atau mangkuk, maksudnya korang hanya ambil sahaja mana-mana lauk pauk yang telah disediakan itu kerana setiap kuantiti lauk dalam bekas itu sudah pun diletakkan harga tetap.


Cara perniagaan mereka jauh berbeza dari kedai nasi campur yang masih mengekalkan harga tidak menentu kepada pelangan setianya. Kebiasaan jika kita menikmati makanan di kedai nasi campur yang hari-hari kita datang tapi malangnya terpaksa membayar harga yang berlainan setiap hari walaupun hidangan lauk yang sama.



Pendapat dari pemilik restoran berkata semalam kuantiti lain hari ini kuantiti pun sudah pasti berbeza dan oleh kerana itu harganya turut berbeza setiap hari. Nahh, logik tak jawapan dari pemilik kedai makan nasi campur?? manakala pendapat pelangan pula ia sudah pasti tidak masuk akal disebabkan tiada cara untuk sukat kuantiti hidangan itu.


Jadi apa yang kami dapat pelajari dari perniagaan Go'Bang Maju adalah pemiliknya sudah menyukat lauk pauk bersama harga mereka menggunakan piring atau bekas yang disediakan dan pelangan hanya perlu ambil berapa bekas yang diperlukan.


Cari penginapan bajet di kawasan Temerloh, sila gunakan kotak carian agoda dibawah.


 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)