Terkini

Kecoh! Telenor (Digi) Bergabung Bersama Axiata (Celcom), Adakah Akan Memberi Kesan Buruk?

10:41:00 PG

Syarikat gergasi telekomunikasi bergabung kecoh kerana Telenor memiliki saham terbesar Axiata selepas khazanah terpaksa melepaskan beberapa peratus sahamnya.



Bukan nak cerita seperti kita tahu segalanya tentang dunia korporat tetapi rata-rata yang sedang memekak di media sosial tu agaknya mereka tahu ke selok belok urusan perniagaan atau sekadar menjadi pengguna semata-mata. Tahukah kita dalam perniagaan yang berstatus korperat hanyalah gah pada namanya sahaja namun secara sedar atau tidak pemiliknya sering sahaja bertukar tangan mengikut peredaran zaman iaitu dari era GSM, 3G, 4G, 5G.


Jadi yang menjadikan ia sebuah perniagaan menguntungkan atau tidak adalah bergantung dari keputusan setiap pemegang saham dimana adakah mereka bersetuju untuk menaik taraf akan setiap perancangan yang di bentangkan oleh pengurus syarikat. Jika tidak besar kemungkinan pelangan akan port in ke syarikat telekomunikasi yang menawarkan pakej lebih menarik dan mengikut citarasa keperluan masa kini.



Khabarnya syarikat gergasi telekomunikasi yang sudah bertapak lama turut membuka peluang perniagaan kepada syarikat MVNO bagi memperluaskan lagi perkhidmatan sambil mengaut keuntungan dari hasil sewaan pencawang. Manakala apa yang kami dapati kebanyakkan syarikat MVNO lebih kearah program multi level marketing atau dikenali sebagai simkad menjana pendapatan iaitu pengguna boleh menjana pendapatan dengan menawarkan simkad mereka kepada orang ramai.


Namun kebanyakkan program itu ada pasang surutnya sambil mengikut peredaran zaman disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan seperti tawaran pakej internet, panggilan dan SMS yang lebih mahal dari pasaran serta pernah juga sekeping simkad dijual dengan harga dari RM10 - RM100 mengikut sesuatu tahap iaitu dari pengguna sehinggalah mencecah tahap pengedar.


Saya tidak mahu menyebut senarai nama syarikat yang menawar program multi level marketing itu tetapi kepada sesiapa yang ingin cuba dipersilakan cuba sebabnya mindset di Malaysia jika nak berjaya harus berani berniaga atau menjual dengan orang walaupun adakala ia tidak mendatangkan keuntungan kepada pelangan.


Berbalik kepada isu yang sedang panas atau sengaja dipanaskan ini, pada kami ia hanyalah sebuah perniagaan yang sebahagian saham sebelum ini dimiliki oleh syarikat kerajaan semasa Barisan Nasional memerintah dan setelah bertukar kerajaan ia telah dijual semula dan kini dimiliki oleh syarikat Telenor dari Norway dan berkemungkinan ada pekerja yang akan diberhentikan kerja secara VSS atau MSS.


Berbalik kepada netizen yang sedang bersedih tu adakah anda sedang menggunakan perkhidmatan Celcom? Jika tidak, tak perlulah bersedih kerana segala keuntungan itu sama sekali tidak akan masuk ke poket anda kecuali anda adalah sebahagian dari pemegang saham Axiata. Akhir sekali adakah syarikat MVNO akan terkesan haa yang itu kena tunggu berita seterusnya dari pihak Telenor sama ada ingin meneruskan kontrak atau pun tidak, katakan Telenor tidak mahu meneruskan maka selamat tinggal kepada syarikat MVNO yang sedia ada atau sudah boleh menghantar proposal kepada syarikat gergasi telekomunikasi yang lain.


Siapa yang tidak bersetuju akan posting ini atau mempunyai kesalahan maklumat dipersilakan luahkan pendapat anda pada ruang komen dibawah semoga ia bermanfaat untuk orang lain.


FatBoi Mee Tarik Milik QSR Brands Yang Perlu Anda Cuba

11:38:00 PTG

Tahukah anda QSR Brands milik Johor Corporation(JCorp) kini telah mempunyai produk mee tarik FatBoi yang mampu bersaing dengan jenama lain seperti kimb*ll dan Pre*go.



Dengan kemunculan mee tarik FatBoi ini pengguna muslim bumiputra boleh menjadikan ia sebagai produk alternatif dengan harapan membantu mengukuhkan ekonomi ummah dan syarikat milik bumiputra. Kepada yang masih tidak tahu restoran Kentucky Fried Chicken(KFC), Ayamas, Life dan Pizza Hut Malaysia turut dimiliki oleh QSR Brands .

Jika sebelum ini penulis ingin menikmati hidangan mee spaghetti semestinya yang menjadi pilihan ketika itu adalah dari jenama Kimb*ll dan Pre*go kerana semasa itu belum ada lagi syarikat bumiputra yang ingin bersaing dalam pasaran pengiklanan produk mereka di kaca TV dan media sosial sehinggalah munculnya mee tarik FatBoi dan ia membuatkan kami rasa sungguh teruja.



Tanpa membuang masa penulis terus pergi ke pasaraya berdekatan iaitu Mydin Subang Jaya untuk mencari produk mee tarik FatBoi dan ia telah dijumpai dengan harga pada ketika itu sekitar RM3.50 untuk setiap perisa.

Perisa yang ditawarkan oleh FatBoi adalah Asli, Labu dan Oat setelah itu kami pun pulang dan melakukan penyedian bahan masakkan dengan menggunakan kuali baru Tefal Non stick.

Baca artikel berkaitan Tefal : https://www.sekejung.com/2019/04/tefal-kuali-non-stick-kebaikkan-dan.html

Sesudahnya memasak dengan menggunakan bahan yang simple lalu kami mencuba mendapati memang setanding dengan mee spaghetti jenama keluaran lain. Nak tahu bahan resepi? rahsia dia adalah bahan campak-campak sahaja bak kata orang legend yang mahir memasak.




Gambar diatas ada kelihatan seperti spaghetti yang sedap lagi puas hati tak? baiklah sebelum itu kami ada menerima maklumat semasa melakukan rondaan di pasaraya NSK dimana kelihatan harga produk ini hanya RM 2.70 jauh lebih murah dari pasaraya Mydin.

Advertisement

Tefal Kuali Non Stick Kebaikkan Dan Keburukkan

10:45:00 PG

Tefal menjadi tajuk utama posting ini kerana telah berjaya memasuki minda dikalangan wanita yang gemar memasak di dapur.



Untuk melakukan ujicuba kami telah pun membuat pembelian sebuah kuali jenama Tefal Non-Stick dari Shopee ketika kempen harga Shock Sale minggu lepas cuma tak pasti keluaran China atau France. Setelah barang berjaya dihantar oleh abang Pos Laju yang bersemangat naik tangga ketika itu, kami pun melakukan ujian pertama dengan menyediakan hidangan lempeng tanpa menggunakan sebarang minyak masak dan ternyata ia tidak melekat.


Tujuan ujicuba diatas adalah untuk mengurangkan penggunaan minyak ketika memasak oleh kerana itu kuali jenis non stick sangat diperlukan ketika proses penyediaan makanan. Namun sumber pencarian yang kami dapati berkata kuali jenis non stick dan seangkatan yang lain mempunyai beberapa kandungan kimia seperti bahan lilin, coating dan bahan-bahan yang mudah tanggal dan sekaligus akan memasuki dalam setiap hidangan kita.



Kami pun fikir secara logik dengan membayangkan kebanyakkan kuali diperbuat daripada bahan besi dan tidak mustahil kandungan besi itu mampu memasuki dalam makanan ketika dalam keadaan suhu yang panas setelah itu kami pun melakukan sedikit pencarian maklumat dari beberapa sumber laman web yang sudi berkongsi cara penggunaan kuali moden. Dapati ada beberapa tips yang berguna iaitu elak keringkan air basuhan dalam kuali non stick seperti yang sering dilakukan oleh tukang masak di gerai masakkan panas.


Manakala pengguna kuali jenis non stick harus meningkatkan tahap kesabaran ketika berada di dapur kerana kuali jenis ini tidak boleh digunakan dalam keadaan api besar kerana berupaya merosakkan permukaan cat. Pengunaan api sederhana atau baik adalah api minima sangatlah disarankan demi menjamin kesihatan tubuh badan kita sekaligus dapat menjaga jangka hayat kuali dan jangan lupa elakkan mencuci menggunakan bahan kasar seperti penyental besi bontot kuali.


Seterusnya anda dilarang melakukan perbuatan yang mampu merosakkan permukaan kuali dengan cara memanaskan kuali sebelum memasukkan minyak masak. Cara yang betul adalah memasukkan minyak masak sebelum menyalakan api gas bagi mengelakkan kepanasan yang terlampau.


Akhir sekali anda sebagai pengguna kuali moden harus sentiasa mencari maklumat tentang cara penggunaan sebelum memasak kerana kuali jenis ini tidak menyokong semua jenis masakkan kerana permukaan cat tidak dapat tahan suhu kepanasan yang agak lama oleh kerana itu anda dinasihatkan cari maklumat mengenai material kuali yang bersesuaian dengan masakkan anda sebelum ia memudaratkan kesihatan ahli keluaraga yang lain.


Advertisement

Resepi Begedil Jagung Manis Yang Patut Anda Cuba Buat

1:13:00 PG

Bosan dengan hidangan harian anda? Ingin cuba hidangan lain yang mungkin jarang kita jumpa di Malaysia tapi ia tidaklah pelik kerana di negara Asia yang lain turut memiliki pelbagai menu resepi yang kita tidak pernah ambil tahu.



Rakan kami di seberang memberitahu daerah mereka mempunyai pelbagai jenis begedil bukan sahaja perisa kentang seperti yang selalu kita lihat di semenanjung Malaysia. Macam penulis jika diberi begedil kentang dengan nasi kosong pun mahu tiga kali tambah itu pun jika isinya mempunyai pelbagai lauk seperti ayam atau daging kisar.


Bahan-bahan yang diperlukan untuk menyiapkan hidangan begedil jagung anda adalah seperti dibawah.:-



- 4 jagung manis

- 100 gram tepung terigu ( Dalam carian google mengatakan 'Terigu' adalah 'Gandum' )

- 1 senduk air ( Seeloknya air yang secukupnya )

- 2 tangkai daun ketumbar dan hiris halus

- 2 butir telur yang telah di sebati

- 3 biji cili padi merah yang dipotong

- 1/4 sendok pati ayam ( Secukup rasa yang diperlukan oleh tekak korang)

- Akhirnya sudah semestinya Minyak Masak untuk menggoreng


Dah siap bahannya nak tunggu apa lagi kasi marilah kita gabungkan keseluruhannya menjadi sebati sehingga menjadi hidangan perkedel jagung manis dari seberang ini.


Cara penyedian lanjut sila lewati laman web https://selerasa.com/ kerana resepi ini telah menjadi pilihan posting kami untuk kali ini.


Kepada yang sudah berjaya jangan lupa Pos Laju kepada kami, manalah tahu lebih sedap dari biasa bolehlah buat tempahan supaya boleh stok dalam peti sejuk.


Ikhtiar Mengurangkan Asma Menggunakan Limau Kasturi Dan Madu

9:39:00 PTG

Perahan jus limau kasturi atau nama saintifiknya Citrus Microcarpa memang diakui mampu menambah rasa sesetengah minuman dan masakan namun masih ramai yang tidak tahu akan keistimewaannya tidaklah terhenti setakat itu.



Sebenarnya banyak lagi khasiat limau kasturi dan madu yang ramai masih terlepas pandang dan lebih rela kearah ubatan moden dari klinik dan hospital yang harganya semakin hari semakin mahal. Bukan hanya jus perahan limau kasturi sahaja yang bermanfaat tidak lupa juga dengan kulit limau kasturi dimana ia boleh mengurangkan beberapa penyakit seperti asma, sakit tekak dan pening kepala.


Bagaimana cara pemakanan untuk mengurangkan asma? Ambil sesudu madu kemudian campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi dan minum serta amalkan. Ada sesetengah pakar berpendapat pengambilan makanan sejenis masam tidak elok untuk penghadaman usus dan membolehkan seseorang itu menghadapi penyakit batu karang.



Posting ini adalah terbuka, jika anda ingin cuba silakan manakala mana yang mempercayai ia memburukkan lagi keadaan sila abaikan sepertimana tahukah kita pakar dari barat mengatakan susu kambing tidak elok diminum kerana ia boleh membuatkan seseorang itu mudah mendapat penyakit gout atau darah tinggi setelah mengamalkan pemakanan sumber dari kambing.


Tapi lain pula media dari bangsa Yahudi dimana telah mengamalkan pemakanan khasiat sumber dari kambing kerana mereka mempercayai ia adalah pemakanan dari Nabi Muhammad SAW. Namun ahli pakar yang lahir dari golongan yahudi telah muncul dengan menyebarkan berita daging dan susu kambing sangatlah bahaya untuk individu yang mengalami penyakit gout dan darah tinggi.


Tidak terlepas juga peniaga madu di pasaraya gergasi kerana pengguna bakal ditipu disebabkan kebanyakkan produk madu yang dikilangkan bukanlah 100% hasil dari sarang lebah malahan ada syarikat yang tidak bertanggungjawab telah mencampurkan ia dengan gula supaya ia dapat dihasilkan dengan banyak dalam satu masa.


Jadi pastikan anda dapatkan produk madu yang diyakini akan kualitinya sebelum membeli, risau anda akan dapat gula 80% berbanding dengan madu hanya 20%.


 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)